Bujuk merupakan jenis pembangkai. Anda tidak perlu bersusah payah memikirkan umpan apa yang sesuai. Sama ada umpan hidup atau umpan mati boleh dipakai. Kalau nak nak pakai gewang, gunalah gewang replika yang menyerupai sifat diet utamanya.

 

Fahami Sifat & Tabiat Ikan Bujuk!!

 

Habitatnya di kawasan air sedikit berarus. Dalam erti kata lain, peluang untuk memperoleh bujuk di kolam atau lombong yang tidak bersambung dengan sistem sungai amat tipis sekali. Begitu juga di kawasan jeram yang laju arusnya.

 

Habitat liar bujuk sememangnya mengelirukan. Jangan cepat terpedaya dengan parit kecil yang kelihatan seperti tak berpenghuni. Kebanyakan bujuk menghuni sungai atau parit yang dasarnya bertunggul, longgokan daunan, berlumut dan berair sejuk.

Ads

 

Air tanah gambut

Air yang berwarna gelap bukanlah bermakna kualiti air itu kotor atau kurang oksigen seperti air longkang. Paya tanah gambut yang lazim airnya berwarna hitam gelap jarang tidak dihuni oleh bujuk.

 

Kawasan redup

Ads

Jika anda menemui lokasi sebagaimana yang digambarkan, jangan sesegan untuk melontar umpan ke kawasan tersebut. Bujuk dipercayai gemar berlegar sekitar kawasan redup atau di bawah naungan pokok rimbun untuk memburu mangsanya.

 

Fahami Sifat & Tabiat Ikan Bujuk!!

 

Ads

Cepat mati

Walaupun kelihatan lasak dan tinggal di habitat mencabar tetapi apabila terkena mata kail, ikan bujuk cepat tertekan dan mudah mati. Daripada membiarkan ia mati secara perlahan-lahan selepas terkena mata kail maka lebih baik ia dibawa pulang dan dimasak.

 

Boleh menyerang manusia jika terdesak. Walaupun belum ada kes tetapi tidak perlulah menciptanya semata-mata untuk membuktikan ia sememangnya betul.

 

Perubahan warna.

Rasa-rasanya inilah fakta yang paling penting. Bukan ikan bujuk saja, ikan-ikan lain pun turut dipengaruhi oleh persekitaran terutamanya faktor air. Atas sebab itulah anda akan melihat warna badan ikan bujuk sedikit berbeza di lain-lain tempat.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI