Fahami Makna Tatasusila Dalam Memancing!!

Share

 

Hormatilah pemancing lain. Setiap pemancing memerlukan kawasan memancing peribadi mereka. Jangan ‘menceroboh’ ke dalam kawasan ini. Kawasan ini pastinya berbeza, terpulang kepada keadaan. Namun, anda perlulah menggunakan logik, supaya tidak mengganggu pemancing lain.

 

 

Bersopan-santunlah terhadap pemancing lain. Minta izin jika hendak memancing berdekatan dengan mereka. Jangan buat bising. Ini mungkin menakutkan ikan, dan mungkin juga membuat pemancing lain marah.

 

Jangan mengacau permukaan air tanpa sebab, umpamanya meranduk air, membasuh. Jika anda mengguna bot dan berdekatan dengan pemancing lain, perlahankan bot anda supaya tidak mengganggu mereka. Cuba elakkan kawasan pancingan mereka, jika boleh.

 

Sentiasa fikirkan keselamatan bagi diri anda dan juga orang lain.

Jangan tinggalkan benda tajam seperti pisau atau mata kail di atas tanah atau lantai bot.

Pakailah alat pelampung (personal floatation device) setiap masa, bila anda berada di dalam bot atau dalam air.

Buat tinjauan keselamatan dulu, sebelum anda meranduk sungai atau menggunakan bot. Cari nasihat tentang sungai atau tasik atau laut yang ingin anda jelajahi.

 

Published by
Amang