Pemberat atau biasa disebut sebagai batu ladung oleh pemancing merupakan alatan tambahan dalam kelengkapan memancing. Antara fungsi kegunaan pemberat adalah memudahkan umpan dilontar ke posisi lubuk, mengekalkan posisi umpan di dasar atau menghalang umpan daripada timbul di permukaan.

 

Pemberat lazimnya diperbuat daripada timah kerana ciri utama timah ialah ketumpatan tinggi dan menjadikannya berat, suhu lebur rendah menjadikan kos pembuatan murah, tahan karat dan tahan hakisan air laut. Namun ia juga boleh diperbuat daripada pelbagai jenis logam lain.

 

Fahami Kegunaan Yang Tepat Batu Ladung

 

Terdapat pelbagai jenis batu ladung yang ada di pasaran masa kini. Walau bagaimanapun, masih ramai lagi kurang arif mengenai kesesuaian penggunaan batu ladung ini sama ada bentuk, saiz ataupun beratnya.

 

Batu Ladung Bulat

 

Pemberat berbentuk bulat (lebih kepada bentuk buah pear) ini juga popular sebagai batu mati atau batu gantung pertama yang dikenali oleh pemancing sebagaimana batu ladung hidup.  Pemberat ini sangat sesuai digunakan untuk memancing di kawasan yang pantai atau laut yang landai, berpasir ataupun berlumpur. Tetapi ia tidak sesuai digunakan di kawasan berbatu karang kerana bentuknya yang bulat sememangnya memudahkan batu jenis ini untuk tersangkut.

 

Ads

Fahami Kegunaan Yang Tepat Batu Ladung

 

Cara penggunaan batu ladung ini bergantung pada keadaan air di kawasan anda memancing. Jika kawasan tersebut berarus deras, gunakanlah saiz yang lebih berat agar tali anda tidak hanyut terlalu jauh dari kawasan permainan ikan.

 

Batu Ladung Hidup (running sinkers)

 

Boleh dikatakan ia adalah batu ladung pertama yang digunakan atau dikenali oleh pemancing. Sememangnya sejak dari kecil lagi pemancing didedahkan dengan batu ladung hidup atau turut dikenali sebagai batu biji kana.

 

Ads

Batu ladung hidup merupakan sejenis pemberat yang membenarkan tali pancing utamabergerak bebas melaluinya tanpa diikat. Kebiasaannya batu jenis ini sesuai digunakan di kawasan muara dan ia juga sering digunakan untuk memancing di tasik, sungai atau kolam-kolam komersial.

 

Fahami Kegunaan Yang Tepat Batu Ladung

Penggunaan batu jenis ini amat sesuai digunakan untuk memancing ikan siakap di muara-muara sungai kerana bagi sesetengah ikan (seperti siakap) ia akan memuntahkan kembali umpan apabila terasa ‘berat’ dan umpan tersangkut-sangkut pergerakannya. Jenis batu hidup yang popular ketika ini ialah ladung biji kana dan ladung bulat.

 

Batu Ladung Panjang

 

Batu Ladung berbentuk seperti silinder panjang juga antara jenis pemberat yang biasa digunakan oleh pemancing tidak kiralah di pantai, kolam mahupun tasik. Batu jenis ini sangat efektif digunakan untuk pancingan tepi pantai ataupun kuala.

Ads

 

Batu ladung jenis ini juga boleh diguna pakai untuk pancingan di kawasan berbatu karang. Bentuknya yang tirus menajam di kedua-dua hujung berpotensi untuk mengelakkan perambut anda dari tersangkut di celah-celah batu karang. Sama seperti batu ladung bulat, saiz batu ladung panjang juga digunakan mengikut kawasan memancing anda.

 

Fahami Kegunaan Yang Tepat Batu Ladung

 

Batu Ladung Sauh

 

Pemberat yang dilengkapkan dengan dawai logam umpama kaki labah-labah tetapi kelihatan seperti bentuk jauh ini amat popular digunakan oleh kaki pancing dari Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Terutamanya pemancing pantai. Batu jenis ini amat bersesuaian digunakan di kawasan yang berarus deras terutamanya sewaktu air jalan pasang ataupun jalan surut.

 

Fahami Kegunaan Yang Tepat Batu Ladung

 

Kegunaan dawai di sekeliling batu sauh ini adalah untuk memastikan batu ini dapat mencengkam dasar laut sekali gus mengelakkan dari perambut kita dihanyutkan arus deras. Walaupun kelihatan seperti lebih mudah tersangkut namun ia dihasilkan untuk ditarik keluar dari kawasan sangkut dengan mudah.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI