Malaysia adalah antara sebuah negara mega-biodiversiti di dunia yang kaya dengan pelbagai spesies dan ekosistem.

Walau bagaimana pun aktiviti eksploitasi sumber yang tidak terkawal telah mengakibatkan spesies-spesies tertentu diancam kepupusan di antaranya ialah sumber perikanan air tawar.

 

Senarai merah oleh Kesatuan Antarabangsa Pemuliharaan Alam Semulajadi (IUCN) telah menyenaraikan 18 spesies ikan air tawar yang diancam kepupusan.

IUCN merupakan sebuah badan antarabangsa yang terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan dari pelbagai negara yang bertanggungjawab untuk membentuk garis panduan bertujuan membantu dalam usaha pemuliharaan spesies yang terancam.

 

Singkatan: EX

Status: EXTINCT (PUPUS)

Definisi: Individu terakhir dari sesuatu spesies sudah mati, atau sudah mati berdasarkan anggapan yang tidak diragukan.

 

Singkatan: EW

Status: EXTINCT IN THE WILD (PUPUS DI HABITAT ASAL)

Definisi: Populasi di alam semulajadi tidak ada lagi dan hanya boleh ditemui di dalam kurungan seperti di zoo atau akuaria.

 

Singkatan: CR

Status: CRITICALLY ENDANGED (AMAT TERANCAM)

Definisi: Spesies menghadapi risiko kepupusan yang paling tinggi dalam waktu terdekat.

 

Singkatan: EN

Status: ENDANGERED (TERANCAM)

Definisi: Spesies yang menghadapi risiko kepupusan sangat tinggi di waktu terdekat.

 

Singkatan: VU

Status: VULNERABLE (MUDAH TERANCAM)

Definisi: Spesies menghadapi risiko tinggi kepupusan di masa depan.

 

Singkatan: NT

Status: NEAR VULNERABLE (HAMPIR TERANCAM)

Definisi: Spesies yang tidak diklafisifikasikan sebagai CR, EN & VU. Besar kemungkinan menghadapi risiko dalam masa terdekat.

 

Singkatan: LC

Status: LEAST CONCERN (KURANG PENTING)

Definisi: Spesies yang tidak diklasifikasikan sebagai CR, EN, VU & NT. Taburan dan populasi masih luas dan banyak.

 

Singkatan: DD

Status: DATA DEFICIENT (KURANG PENTING)

Definisi: Kekurangan data untuk diklafisikasikan.

 

Singkatan: NE

Status: NOT EVALUATED (TIDAK DINILAI)

Definisi: Spesies yang belum dinilai.

 

Antara spesies ikan yang tawar yang terancam di Malaysia:

 

Nama tempatan: Hangus, Hangus ekor

Nama global: Bala shark

Nama saintifik: Balantiocheilos melanopterus

Status: EN

Nama tempatan: Sepilai merah

Nama global: Emerald-spot fighting fish

Nama saintifik: Betta livida

Status: EN

Nama tempatan: Tompok hitam

Nama global: Spot fin barb

Nama saintifik: Disherodontus halei

Status: CR

Nama tempatan: Keli

Nama global: Soft fin walking catfish

Nama saintifik: Encheloclarias kelioides

Status: CR

 

Nama tempatan: Keli

Nama global: Soft fin walking catfish

Nama saintifik: Encheloclarias curtisoma

Status: CR

Nama tempatan: (Tiada)

Nama global: Harvey’s Licorice Gouramy

Nama saintifik: Parosphromenus harveyi

Status: EN

 

Nama tempatan: Temoleh, temelian

Nama global: Isok barb

Nama saintifik: Probarbus jullieni

Status: EN

Nama tempatan: Kelisa

Nama global: Asean bony tougue

Nama saintifik: Scleropages formosus

Status: EN


(Sumber: Jabatan Perikanan)