SAUH MERUPAKAN SALAH SATU ALAT YANG TIDAK KURANG PENTINGNYA KETIKA MEMANCING MENGGUNAKAN SAMPAN ATAU BOT. TERUTAMA KETIKA DI LAUT ATAU PUN DI LOKASI YANG KURANGNYA TEMPAT UNTUK MENAMBAT BOT. PENGGUNAAN SAUH DAPAT MEMBANTU BOT PEGUN DI LUBUK YANG DIKEHENDAKI.
Ads
Menurut definisi Wikipedia, sauh adalah sejenis benda yang diperbuat daripada besi ataupun logam untuk menambat kapal agar tidak berpindah ke tempat lain kerana hembusan angin, arus ataupun gelombang laut. Sauh dihubungkan dengan rantai yang dibuat dari besi ke kapal dan dengan tali pada kapal kecil atau perahu.
Bahkan logo sauh juga telah menjadi simbol bagi hampir semua kegiatan yang berkaitan dengan lautan ataupun maritim. Namun di sebalik penggunaannya, terdapat teknik mengikat sauh dengan betul bagi kegunaan perahu kecil. Tidak kira ia dibeli yang telah siap dan dijual di kedai-kedai marin ataupun sauh yang dibuat sendiri ia perlu ada sifat-sifat keselamatan.
Ads
Setiap sauh yang tersedia mempunyai dua tempat mengikat tali atau rantai. Kedudukan tempat mengikat tersebut terletak di pangkal dan juga pucuk sauh.
Kenapa ianya direka begitu? Setiap sauh yang diturunkan ke dasar mempunyai risiko untuk tersangkut ke karang ataupun reba serta akar pokok yang tidak dapat dilihat oleh kita. Caranya, buat ikatan utama yang kuat pada pucuk sauh agar mampu menjadi pemegang utama ketika kejadian sauh tersangkut berlaku.
Ads
Gunakan tali yang kuat dan sepadan dengan berat sauh dan berat bebanan bot. Kemudian ikat tali bersaiz kecil yang sederhana kuat di pangkal sauh sebagai pelaras kepada sauh supaya dapat mengunci sauh pada kedudukan yang di kehendaki. Tali sederhana kuat perlu diikat pada tali sauh utama. Tali ini akan menjadi tali keselamatan apabila sauh tersangkut dan mampu terbuka apabila ditarik dengan kuat.
Apabila tali keselamatan terbuka atau putus maka ikatan pada bahagian pucuk sauh akan berfungsi untuk mengeluarkan sauh selepas ia tersangkut pada dasar kerana ia ditarik dari arah bertentangan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Ikan tambak spesies tidak segan silu dengan umpan dan gemar merentap umpan setelah menggetu seketika.
Sistem penggera adalah perlu jika anda memancing malam dan pastikan pancing diikat supaya tidak menjunam ke air pada waktu siang apabila tambak mula merembat umpan.
Saiz terbesar dilaporkan boleh mencapai kira-kira 1 kaki dan saya belum lagi berjumpa dengan tambak melebihi skala 3kg.
Jika terjumpa umpan pada waktu siang atau malam, tambak pasti menerkamnya dan kawasan karang dicari untuk menyelinap seperti mana kerapu.
Sesetengahnya pula akan berenang lari merentasi atau berlegar di kawasan karang berdekatan dengan dasar di mana tangsi (perambut) mudah bergesel dengan karang ketika bertarung.
Barisan giginya tidak berupaya memutuskan perambut tangsi dengan mudah. Ia berbeza dengan seroncheng dan assoh yang lebih aktif pada malam hari.
Awal pagi dan awal petang adalah waktu terbaik pada siang hari. Manakala lepas senja membawa tengah malam sebelum ia berhenti dengan umpan seketika dan kembali gasak menjelang pagi.
Tambak biasa bergerak dan mendiami kawasan karang secara berkumpulan. Jika dapat seekor pada peringkat permulaan, tunggu kerana di bawah masih banyak lagi kawanan ikan karang ini.
Jika berhajat untuk bergasak dengan tambak pastikan labuhkan bot di kawasan karang atau pinggir karang kerana di situlah tambak selalu berada.
Umpan
Tambak pada dasarnya tidak memilih jenis umpan. Umpan hidup adalah tidak sesuai kerana saiz tambak yang kebanyakan sekarang ini dipancing adalah kurang dari sekilo.
Umpan yang paling berkesan ialah sotong sama ada hirisan sotong jarum, sotong cumit dan sotong kurita.
Sotong kurita lebih berkesan untuk kawasan yang mempunyai anak-anak ikan karang yang banyak kerana ia liat untuk dikutis oleh anak-anak ikan sebelum dijumpai oleh tambak ini.
Ikan tamban sisik potong dan ketam serta udang boleh digunakan bila-bila masa kerana masa yang sama juga anda mungkin boleh menjerat ikan bayan.
Jika ingin hasil yang lebih produktif pemancing perlu berusaha mendapatkan sotong segar sama ada candat ataupun sauk dan potong kecil-kecil dengan memanjang. Isi ikan mudah habis dikerjakan spesies yang bermulut kecil yang berkongsi habitat dengan tambak.
Peralatan Dan Teknik
Peralatan terutama jenis perambut bergantung kepada padang pancing, kedalaman air serta saiz peralatan yang dibawa.
Jika anda ingin memancing dengan lebih mudah iaitu mengelakkan perambut tersangkut pada karang, gunakan teknik apollo. Pastikan perambut untuk mengikat batu ladung dipanjangkan lagi dan gunakan tangsi halus supaya ia mudah putus apabila tersangkut.
Menggunakan tanduk ketika memancing di air dalam (50kaki keatas) dan untuk melayan tambak yang bersaiz besar lagi. Kekuatan perambut tangsi disyorkan maksimun 50Ib atau 30Ib.
Tak perlu pakai dawai. Mata kail saya gemar yang kuat dan tajam seperti Gamakatsu 1/0 dan 2/0 sesuai untuk menembusi ruang mulut tambak keras itu.
Gunakan teknik dua mata (umpan) dan pastikan anda mempunyai perambut standby siap dengan mata kail sekali.
Lepas 3 hingga 5 ekor adalah dinasihatkan tukar sahaja perambut baru kerana tangsi asal pasti banyak tercalar.
Jangan terlalu besar kerana tambak yang bersaiz besar jarang diperolehi lewat masa kini. Peralatan paling sesuai ialah kelas pertengahan
Sekarang ini ramai pihak penganjur yang berlumba-lumba mengadakan pertandingan memancing dengan tawaran hadiah yang mampu memukau ramai pemancing untuk turut serta. Malah individu yang tak pernah pernah pegang joran nak join sama.
Sekiranya korang sudah biasa sertai pertandingan memancing tentu tidak akan berhadapan dengan banyak masalah (walaupun belum pasti tak kumpau). Tetapi jika korang tak pernah join walaupun pertandingan secara kecil-kecilan, korang kena luangkan sedikit masa untuk hadam panduan berikut supaya tak kumpau.
Sama ada pertandingan di kolam, tasik atau lombong, sebaiknya buat kajian serba sedikit tentang teknik memancing di lokasi pertandingan sebelum menyertai pertandingan yang diadakan. Selidik juga apa spesies ikan yang dipertandingkan dan umpan yang tepat untuk memancingnya.
Untuk memperoleh spot pancing berpotensi tinggi untuk strike, datanglah awal untuk pendaftaran dan dapat undian memasang pancang. Kemudian (jika dibenarkan) jagalah kawasan pancang (spot) agar tidak dicerobohi oleh pemancing yang lain.
Sebaiknya sertai pertandingan tersebut secara berkumpulan. Lagi ramai lagi bagus apatah lagi jika korang tak pernah menyertainya. Selain itu ia bagus untuk tujuan keselamatan dan peluang untuk peroleh strike dalam pertandingan juga lebih cerah.
Fahami betul-betul syarat pertandingan yang ditetapkan oleh penganjur. Ia sebenarnya langkah pertama yang teramat penting untuk difahami di supaya tidak berputih mata jika hasil tangkapan yang berjaya didaratkan tidak dibatalkan kerana melanggar syarat.
Perkara utama sebelum menyertai pertandingan adalah menguasai teknik balingan. Pastikan anda mampu membuatkan balingan dengan lurus dan tepat. Pastikan juga lubuk yang dilabuhkan umpan itu berada tepat di hadapan anda, bukannya tepat di hadapan muka peserta hujung sebelah kiri atau kanan anda.
Pastikan alatan pancing yang digunakan adalah bersesuaian. Joran, kekili, tali utama, perambut dan mata kail adalah berkualiti bagi mengelak daripada kegagalan fungsi ketika bertarung dengan ikan. Harus diingat, banyak kejadian kumpau disebabkan oleh perkara ini.
Jadilah pemancing yang sporting dan bertimbang rasa. Beri laluan kepada pemancing yang sedang cuba menaikkan ikan kerana perkara yang sama juga kita harapkan apabila berhadapan dengan situasi demikian.
Elakkan dari melakukan sebarang penipuan atau sabotaj semata-mata untuk memenangi pertandingan. Dan sebaiknya juga elaklah dari menyertai pertandingan yang jelas melanggar hukum syarak. Lagi parah kalau kumpau.
Ada yang beranggapan ikan jenak atau jenahak amat cerewet memilih umpan dan ada pula yang menyatakan ikan jenahak ini bersifat pelahap dan bedal apa saja umpan yang melintas depan matanya. Pendapat tersebut ada pro dan kontranya tersendiri. Walaupun spesies jenahak ini merupakan ikan yang oportunis, umpan-umpan berikut antara umpan yang dianggap terbaik untuk memancing jenahak.
Sotong jarum (sotong cumit)
Tidak kiralah perairan di Selat Melaka atau Laut China Selatan, sotong jarum atau sotong cumit merupakan umpan yang paling killer untuk menjerat ikan jenahak. Terutamanya jika menggunakan sotong hidup pada malam hari. Sotong hidup ini boleh dijadikan umpan dengan mencangkukkan mata kail pada bahagian sirip atau hujung ekornya.
Sekiranya ia sudah mati dan masih berkeadaan segar ia masih merupakan umpan yang sangat berkesan. Ia boleh dihiris secara kepingan atau dicangkuk seekor pada mata kail.
Sotong kurita
Di sesetengah tempat atau perairan mungkin sotong kurita tidak selaris sotong cumit jika dijadikan umpan jenahak.
Namun di sesetengah tempat terutamanya di perairan zee zone Pelabuhan Kelang (laluan kapal), sotong kurita merupakan umpan paling killer dan WAJIB dibawa sekiranya ingin memancing jenahak.
Ekoran daripada itulah harga sotong kurita di sini melambung sehingga RM20 seekor. Sotong kurita sangat berkesan digunakan ketika hidup sama ada menggunakan tentakel (tangan) sahaja atau seekor.
Jika menggunakan seekor, mata kail perlu disangkut tidak terlalu dalam pada bahagian kepalanya.
Udang lipan
Udang lipan atau ada sesetengahnya memanggil udang mentadak merupakan umpan alternatif sekiranya tidak berjaya mendapatkan sotong cumit atau sotong kurita. Udang lipan sebenarnya merupakan umpan yang killer jika digunakan ketika ia masih hidup.
Namun jika sudah mati, ia sudah hilang keberkesan untuk menggoda jenahak atau spesies lain. Justeru ia haruslah disimpan di dalam bekas yang terdapat air masin (laut) dan udara mengalir masuk ke dalamnya. Manakala bekas simpanan udang lipan pula sebaiknya tertutup atau tidak terdedah secara langsung kepada cahaya matahari.
Sebelum menjadikan udang lipan sebagai umpan, terlebih dahulu perlu diketahui cara-cara pengendalian udang tersebut bagi mengelak sebarang kecederaan berikutan keupayaan kuasa jentikan kaki depannya. Udang lipan perlu dipegang dari arah belakang dengan menekan kepala dan ekornya sehingga berlipat.
Kemudian barulah dua mata kail dicangkukkan pada sisi ekor dan sisi badannya bergantung pada saiz udang dan perambut mata kail itu sendiri.
Udang putih (hidup)
Sebagaimana udang lipan, udang putih juga sangat berkesan untuk memikat jenahak ketika ia masih hidup. Apabila sudah mati ia lebih merangsang selera ikan-ikan lain yang merupakan bukan ikan sasaran seperti duri dan seangkatan dengannya. Pada kebiasaannya juga udang hidup lebih sesuai untuk memburu jenahak diperairan cetek sekitar 30 kaki dan ke bawah.
Ia mungkin sesuai dengan habitat udang yang tidak berada di perairan dalam. Namun jika ingin mencari jenahak di muka kuala atau muara sungai, udang hidup sememangnya umpan terbaik.
Ikan hidup & hirisan ikan
Ikan hidup seperti belanak, tamban dan pelata merupakan antara umpan hidup yang bersesuaian untuk menjinakkan jenahak. Namun sebagaimana udang, ia memerlukan penjagaan yang rapi untuk mengekalkan kesegarannya. Namun umpan ikan hidup ini tidak sesuai untuk digunakan agak lama kerana ia mudah mati.
Justeru ia perlu diperiksa kesegarannya untuk tempoh tertentu. Manakala untuk hirisan ikan segar pula, ikan-ikan seperti selar, selayang dan kembung merupakan alternatif terbaik jika kehabisan umpan hidup. Malah ada ketikanya umpan hirisan ikan ini lebih laris berbanding umpan hidup.
Gewang
Tidak dinafikan teknik pancingan jenahak menggunakan umpan tiruan seperti jig merupakan trend terkini. Disebabkan keberkesanan penggunaan jig inilah membuatkan ikan jenahak semakin ramai peminatnya. Berbanding penggunaan umpan hidup, penggunaan umpan tiruan ada kelebihan dan kekurangan.
Umpan tiruan (jig dan lain-lain) berupaya menggoda jenahak datang menerkamnya dan boleh dikatakan spesimen yang didaratkan menggunakan umpan tiruan ini lebih besar namun ia masih kalah jika dibandingkan jumlah atau kuantiti hasil yang diperoleh.
Tiga tahun mengejar ilmu, akhirnya aku lulus semua ujian ku. Bulan depan aku akan memiliki ijazah sarjana muda ekonomi perniagaan. Sementara itu aku cadang...