8:00 am

Peserta dikumpulkan dan diberi taklimat oleh Abang AS. Taklimat merangkumi, peraturan pertandingan, lokasi dibenarkan memancing dan juga pembahagian ahli kumpulan. Alhamdulillah saya dapat local guide, NAZRI, rakan 1 bot dengan saya yang merupakan jurumudi ialah orang Lumut, Perak.

 

Nazri telah siap-siap menyediakan bot dengan enjin dan extra minyak, untuk masuk ke belah dalam lagi katanya. Lokasi pertama kami di hulu sungai, dalam 15 minit perjalanan bot. Memang kawasan ini sunyi dari orang dan persekitaran yang cukup mendamaikan, di sini Nazri telah mengajar saya beberapa teknik mengudang yang berkesan dan umpan yang biasa digunakan.

 

Memang saya langsung tak bawa umpan memandangkan Abang AS dah maklum hanya umpan yang dibeli di sekitar Jeti pada pagi pertandingan sahaja dibenarkan (guna untuk pertandingan).

 

Event Trobek – Pengalaman First Time Join Event Jenggo

 

Strike… terasa henjutan pada Joran dan cepat-cepat saya karau, alah anak udang sahaja yang kena. NAZRI meminta saya menggunakan rod simpanannya.

“Rod akak tuh besar sangat… nak tangkap ikan layor ker kak?” perli dia lagi… tergelak kami berdua dengan keadaan tersebut.

 

Memang rod UL nie dah banyak kali menumpaskan Ikan Layaran, oleh kerana ianya berstatus UL saya menjangkakan sesuai untuk udang juga. Setelah menukar kepada rod yang sesuai kepunyaan Nazri barulah saya merasa nikmat layanan bermain dengan udang, rasa macamana udang menggigit, sampailah kepada menaikkan udang. Sensitiviti rod meningkat seiring dengan saiz rod yang halus.

 

10.30 am

IKLAN

Udang dan ikan dah banyak dalam bot nie, namun tiada seekor pun yang layak dipertandingkan memandangkan saiznya yang sederhana dan kecil. Kami beralih beberapa port lagi mencari udang juara untuk diri kami.

 

Event Trobek – Pengalaman First Time Join Event Jenggo

 

Pada waktu ini tangkapan saya sahaja dah lebih 10 ekor tapi yang saiz kecil saya lepaskan kembali, nak siang pun malas kalau kecik nie. Lagipun biarlah dia besar dulu kata hati saya, agaknya dah terbiasa dengan konsep CATCH & RELEASE di KUALA ROMPIN. Tergelak Nazri dengan saya.

 

11.00 am

Saya berjaya mendapat udang yang agak besar, wah boleh dipertandingkan nie kata hati saya, Nazri pun menjerit, wooo kak besar tuh.. Tapi udang nie OKU lah, sepit dia sebelah jer, sebelah lagi dah takder.. kesian dia, kita lepaslah boleh? Tergelak si Nazri dengan perangai saya, kak kalau macam tuh sampai bila kita nak menang kak, hmm okeylah.. tapi kalau dapat yang besar lagi kita lepaskan yang oku nie ek… Geleng kepala Nazri dengan perangai saya.

 

Rakan-rakan bot lain yang kami selisih cukup tertib dan senyap memancing, bot kami jer riuh rendah tergelak, ketawa bercerita hal memancing di mana-mana. Walaupun baru kenal, rasa dah macam member lama dah. Banyak juga bot selain daripada bot yang masuk game ni, sempat sembang dengan 1 bot dari kawasan jeti lain.

IKLAN

 

Event Trobek – Pengalaman First Time Join Event Jenggo

 

Dia dah 3 hari memancing di situ, pada hari sebelumnya dia mendapat hasil tangkapan mencecah 5 kilo katanya. WOW, saya mesti usaha lagi boleh belanja anak-anak makan udang yang mama dia tangkap nanti.

 

Menjelang tengahari kami berlindung di bawah jambatan, rupanya kat sini saja berbelas ekor yang naik dan saiz yang kasar-kasar rupanya. Cis kat sini rupanya ko duduk, kalau tau dari pagi aku lepak sini kata Nazri. Abang AS yang ikut memancing sejak dari pagi stay di bawah jembatan menaikkan udang yang berskala besar dan banyak pula.

 

Bermula dari tengahari sampai menjelang jam 6.00 petang kami tak berganjak dari spot bawah tiang jambatan tersebut, game tamat jam 7.00 malam memandangkan cuaca masih terang lagi tapi rata-rata pemancing dah landing pada jam 6.00 petang untuk berehat dan berkenal-kenalan antara satu sama lain.

 

IKLAN

Event Trobek – Pengalaman First Time Join Event Jenggo

 

Dalam pada waktu ini juga, proses menimbang udang di jalankan oleh urusetia. Yang membanggakan saya ialah udang OKU yang saya tangkap pagi tadi berjaya saya lepaskan, supaya dia membesar dengan sihat.

 

6.45 pm

Acara penyampaian hadiah dilangsungkan. Acara sempoi sahaja di tepi Jeti Pak Musa meninggalkan kenangan yang cukup bermakna. Ada rakan pemancing yang dating dari Muar, ada yang dari Temerloh dan sebagainya. Tak lupa juga nak bagi tau korang semua, saya berjaya mendapat tempat ke-7, udang terberat dengan berat 160gram.

 

Okey what untuk beginner udang macam saya, lepas sembang-sembang dan bersiap untuk balik, suami pun sampai dengan anak-anak. Anak-anak cukup teruja tengok hasil tangkapan mama mereka dalam lingkungan 2kg, rata-rata peserta hari tersebut mendapat hasil sekitar 2kg setiap orang.

 

Event Trobek – Pengalaman First Time Join Event Jenggo

 

Pertandingan ini mendidik saya untuk mencintai sungai kita kerana hasil yang dinaikkan amat menggalak kan, mungkin pihak berkuasa tempatan boleh menaikkan lagi status Pemancingan Udang Galah di Teluk Intan supaya boleh mencapai kepesatan pemancingan seperti di Kuala Rompin yang terkenal dengan Layaran dan Udang Galah. Rakan pemancing yang cukup sporting walaupun saya seorang bunga disitu, cukup professional dan membantu saya yang BUTA memancing udang ini.

(Oleh: RosJery @ Rosmaniza Johari)

 

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI