Memancing je pun… takkan memancing pun kena ada etika jugak? Ya betul… memang memancing je pun, tapi perlulah ada etika. Kalau pengumpul setem pun ada etika tersendiri, takkan hobi yang diikuti oleh berjuta orang tak ada etika tersendiri?
KAWASAN PERIBADI PEMANCING
Hormatilah pemancing lain. Setiap pemancing memerlukan kawasan memancing peribadi mereka. Jangan ‘menceroboh’ ke dalam kawasan ini. Kawasan ini pastinya berbeza, terpulang kepada keadaan. Namun, anda perlulah menggunakan logik, supaya tidak mengganggu pemancing lain.
Ads
BERHEMAH
Bersopan-santunlah terhadap pemancing lain. Minta izin jika hendak memancing berdekatan dengan mereka.
Ads
Jangan buat bising. Ini mungkin menakutkan ikan, dan mungkin juga membuat pemancing lain marah.
Jangan mengacau permukaan air tanpa sebab, umpamanya meranduk air, membasuh. Jika anda mengguna bot dan berdekatan dengan pemancing lain, perlahankan bot anda supaya tidak mengganggu mereka. Cuba elakkan kawasan pancingan mereka, jika boleh.
KESELAMATAN
Ads
Sentiasa fikirkan keselamatan bagi diri anda dan juga orang lain.
Jangan tinggalkan benda tajam seperti pisau atau mata kail di atas tanah atau lantai bot.
Pakailah alat pelampung (personal floatation device) setiap masa, bila anda berada di dalam bot atau dalam air.
Buat tinjauan keselamatan dulu, sebelum anda meranduk sungai atau menggunakan bot. Cari nasihat tentang sungai atau tasik atau laut yang ingin anda jelajahi.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Memancing merupakan kegiatan yang menyenangkan dan juga menyihatkan, ditambah lagi jika berhasil mendapatkan ikan sasaran. Tapi, harus diingat agar selalu menjaga kebersihan dan kelestarian dalam laut. Berikut beberapa cara pancingan di laut.
Teknik Bottom fishing
Teknik memancing ini merupakan teknik yang paling asas dan umum digunakan oleh para pemancing. Untuk memancing dengan teknik ini, hanya memerlukan kelengkapan pancingan dasar, kemudian umpan dipasang dan dilepaskan ke laut dan tunggu sehingga ada ikan yang menyambar.
Teknik pancingan ini boleh menggunakan joran dengan reel spinning atau overhead atau koyan. Memancing dengan teknik ini juga wajib menggunakan pemberat atau batu ladung yang membolehkan umpan berada di dasar untuk memburu ikan dasar.
Teknik Drifting
Teknik ini biasanya digunakan untuk memburu ikan yang berada di permukaan dan pertengahan air. Ia menggunakan ikan hidup sebagai umpannya. Selar, tamban, atau kembung biasanya dijadikan umpan untuk teknik ini.
Cara memancing menggunakan teknik ini adalah umpan hidup dibiarkan berenang menjauhi bot untuk menuju spot sambil menunggu ikan yang akan memangsanya. Belon biasanya diikat pada tali utama ini agar ikan tidak berenang jauh ke bawah. Batu ladung kecil digunakan sekiranya arus deras bagi mengelakkan umpan terapung di permukaan air.
Teknik Trolling
Teknik memancing ini umumnya digunakan ketika bot sedang berjalan dengan kelajuan 4-6 knot. Umpan yang digunakan oleh teknik ini adalah umpan tiruan untuk memancing ikan tenggiri dan wahoo dan lain-lain lagi.
Selain gewang berbentuk ikan, umpan lain yang digunakan adalah skirt menunda yang berbentuk seperti kepala sotong dengan warna terang. Biasanya jarak umpan dari bot mencapai 10 hingga 30meter tergantung kepada ukuran gewang tundaan. Selain itu, joran trolling juga biasanya jenis overhead iaitu reel yang posisinya berada pada sisi atas joran.
Teknik Casting
Memancing jenis ini menggunakan umpan tiruan atau lure untuk mendapatkan ikan. Lure boleh berbentuk ikan, serangga atau binatang laut lainnya. Caranya adalah dengan melemparkan lure menuju target menggunakan rod dan reel.
Perbuatan melemparkan dan menggulung lure merupakan kunci dari teknik ini, sehingga ada juga yang mempraktikkan teknik ini hanya dengan tangan kosong atau handline. Lure dilontar dan dikarau sebanyak kali yang mampu sehingga mendapat strike. Maka dari itu, teknik ini seringkali dikategorikan sebagai sportfishing atau sukan memancing.
Teknik Surfcasting
Teknik ini hampir sama dengan teknik casting, namun teknik ini dilakukan dengan joran yang lebih panjang sekitar 350—450 cm. Teknik asasnya pun sama dengan casting iaitu melemparkan umpan sejauh-jauhnya, tapi dalam surf casting, umpan yang dilemparkan akan dibiarkan mendarat seperti memancing dasaran. Maka dari itu, memancing dengan teknik ini pun memerlukan pemberat agar umpan tidak hanyut.
Perbezaan antara casting dan surfcasting juga terletak pada umpan yang digunakan. Jika casting menggunakan umpan tiruan, dalam surfcasting umpan yang digunakan bukanlah umpan buatan, melainkan ikan-ikan kecil, perumpun, udang ataupun kerang yang banyak ditemukan di pesisir pantai.
Waktu yang paling tepat untuk memancing menggunakan teknik ini adalah saat air bergerak pasang naik, kerana saat itulah ikan-ikan berenang mendekati pantai untuk mencari makan.
Teknik Jigging
Jigging dipercaya teknik memancing yang sudah ada sejak ribuan tahun lalu. Di mana saat itu nelayan mencuba untuk memancing ikan menggunakan umpan yang dibuat daripada timah atau logam lain yang kemudian dilemparkan ke dalam air dan kemudian ditarik dengan laju ke atas.
Biasanya teknik memancing seperti ini digunakan untuk memancing di kawasan terumbu karang dengan kedalaman 50-100 meter. Ketika memancing menggunakan teknik ini, jig tidak dihayunkan langsung ke spot yang disasarkan, melainkan dilemparkan dan dibiarkan meluncur hingga ke dasar laut secepat mungkin baru kemudian menggulung reel dengan cepat sambil disentak-sentakan. Ia dilakukan agar umpan tersebut bergerak seperti ikan yang menuju ke atas sehingga ikan sasaran mahu menyambarnya.
Pembahasan dan perbualan tentang ikan tenggiri tidak pernah berkesudahan. Sama ada di laut atau di pasar, ia adalah spesies yang sentiasa dicari dan diburu. Di sebalik kepopularan tenggiri ini, ramai juga yang masih tidak tau fakta-fakta kehebatannya.
Tenggiri merupakan ikan pelagik yang kerap berenang secara kawanan dalam kelompok kecil, tidak jauh dari pantai. Apabila berjaya mendaratkan seekor, maka anda akan berpeluang mendaratkannya lagi.
Tenggiri berkembang biak dengan cara bertelur. Tenggiri mencari perairan laut cetek untuk pemijahan dan akan kembali ke laut dalam setelah proses tersebut selesai.
Ikan ini dikategorikan sebagai ikan sukan yang sangat digemari oleh ramai pemancing kerana kepantasan renangan dan kualiti dagingnya yang bergred tinggi. Selain itu, ikan tenggiri sangat baik untuk kesihatan kerana kandungan nutrisinya yang lengkap.
Meskipun tersenarai dalam spesies ikan perenang pantas dan juga termasuk salah satu ikan predator, ikan tenggiri yang lebih kecil seringkali menjadi santapan bagi predator lain yang lebih besar, khususnya barracuda monster.
Ikan tenggiri betina dapat hidup selama 11 tahun namun tiada kajian pula jangka hayat bagi tenggiri jantan.
Di India, orang menyebutnya ikan anjai. Di Filipina lebih dikenali dengan nama ikan dilis, dan di Thailand lebih mesra dengan istilah ikan thu insi.
Jumlah penangkapan ikan tenggiri terbesar di dunia pernah tercatat di Indonesia, diikuti Filipina, Sri Langka, Yaman, dan Pakistan.
Dipercayai ikan tenggiri yang ditewaskan dengan penggunaan joran dan kekili lebih mahal harganya berbanding tenggiri yang terperangkap pada jaring. Kebanyakan tenggiri yang mati lemas pada jarring kualiti dagingnya merosot.
Walaupun populasi ikan tenggiri kian menurun namun, sama ada ia ditangkap secara sengaja atau pun tidak, jarang sekali ia dilepaskan kembali ke laut. Percaya atau tidak?
Memancing memang merupakan aktiviti yang mengujakan. Tetapi harus diakui, sesetengah spot atau lokasi pancing mempunyai tarikan dan menjadi idaman kaki pancing untuk ke
sana sekurang-kurangnya sekali merasai pengalaman memancing di spot sebegini. Kami bawakan kepada anda 10 spot pancing terbaik yang harus dikunjungi.
➡ NORWAY’S FJORDS
The Fjords of Norway menawarkan banyak jenis teknik pancingan. Dalam satu hari anda boleh melakukan aktiviti pancingan daripada pancingan laut dalam, pancingan pesisir
pantai atau menggunakan teknik pancingan layang di sungai. Variasi pancingan di kawasan geografi unik ini juga menjanjikan pelbagai spesies ikan dan pemandangan yang cukup menarik.
➡ PATAGONIA
Patagonia cukup terkenal dengan pancingan trout menggunakan teknik pancingan layang.
Gabungan banyak aliran sungai yang jernih yang mengalir melalui kawasan pergunungan Patagonia menjadikan lokasi ini sebagai lokasi terbaik untuk lari daripada kesibukan.
➡ CHRISTMAS ISLAND
Christmas Island terletak di Australia dan merupakan antara lokasi pancingan terbaik di dunia dengan keadaan cuaca yang baik sepanjang tahun.
Spesies yang paling popular di sini pastinya spesies bonefish lebih-lebih lagi dengan teknik layang. Jika anda mahu lebih kepuasan, anda boleh cuba memancing spesies tuna.
➡ THE BAHAMAS
Anda mahu memancing spesies bonefish, tarpon atau permit dengan kadar ‘sukses’ yang tinggi? Mungkin anda perlu cuba ke Bahamas, salah satu lokasi pancing terbaik.
Bahamas juga sesuai sebagai lokasi percutian dengan keluarga.
➡ THE LOUISIANA SALT FLATS
Terdapat banyak tempat pancingan spesies red drum di sepanjang pesisir teluk, namun Louisiana Salt Flats merupakan lokasi terbaik kerana lokasi ini merupakan lubuk red drum yang lebih besar berbanding tempat lain.
➡ BELIZE
Sama ada on-shore, off-shore atau pesisir pantai, Belize menawarkan hampir kesemua yang dimahukan oleh kaki pancing dan aktiviti memancing juga boleh dilakukan hampir sepanjang tahun. Memang terbaik!
➡ CAPE POINT ON THE OUTER BANKS
Cape Point di Kepulauan Hatteras merupakan salah satu spot pancingan terbaik.
Bahagian Outer Banks pula merupakan salah satu spot untuk pancingan surfcasting terbaik di dunia. Bagi kaki surfcasting, spot ini antara spot idaman yang mesti dikunjungi.
➡ LAKE SUPERIOR
Bagi peminat pancingan tasik pula, Lake Superior yang merupakan tasik terbesar di dunia merupakan lokasi yang harus dilawati.
Dengan 88 spesies ikan di dalamnya, spot ini pastinya menjadi impian ramai kaki pancing.
➡ PUYALLUP RIVER IN WASHINGTON
Sungai Puyallup merupakan spot terbaik untuk anda mencungkil spesies salmon atau steelhead.
Sungai ini merupakan spot persenyawaan semula jadi spesies ini, malah pihak berkaitan juga ada menambahkan stok ikan secara konsisten.
➡ KENYA
Perairan Watamu dan Malindi di Kenya merupakan spot pilihan bagi ikan billfish. Ini menjadikan Kenya merupakan salah satu spot pancingan billfish terbaik di dunia dan pelbagai pertandinganbillfish dilangsungkan di sini setiap tahun.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...