Etika Carpool Trip Mancing Rentas Negeri!!

Share

 

Pemandu

Pandu dengan cermat dan berhemat.

Pastikan sampai ke destinasi dengan selamat.

Jangan berangan strike lebih-lebih.

Jangan paksa drive sebab mengantuk atau letih.

 

Co-Pilot

Navigate jalan. Tolong cadangkan route yang lebih cepat dan selamat.

Jangan tidur! Sentiasa pantau keadaan pemandu dan gaya pemanduannya.

Jadi penghibur atau tukang cerita. Cerita bohong pun tak apa janji ada interaksi dengan pemandu terutamanya.

Jadi pembantu keperluan pemandu seperti berikan air minuman, nyalakan rokok atau sebagainya.

 

 

Penumpang seat belakang

Jangan komplen sempit

Agih dan sediakan kudapan

Jangan acah-acah macam bos mentang-mentang duduk belakang.

Jangan kondem gaya pemanduan drebar.

Sedia untuk ganti pemandu.

Jangan tidur kecuali terlalu penat atau untuk ganti drebar.

Published by
Amang