Tidak mengira apa saja jenis kerapu, ia merupakan spesies sasaran utama penggemar casting muara. Lebih-lebih lagi jika berjaya menjinakkan kerapu harimau yang bersaiz kasar.
Kerapu sememangnya terkenal sebagai spesies yang sukar untuk ditewaskan terutamanya pada minit awal apabila mata kail tercangkuk pada mulutnya. Hanya jika berjaya mengekang benamannya ke sarang atau bangkar maka kejayaan menjadi milik pemancing.
Mengilat ikan kurau mungkin agak janggal bagi pemancing di negara kita. Namun di negara Australia, ikan kurau merupakan spesies sasaran utama acara casting. Mungkin disebabkan kesukaran untuk mengesan lubuk dan laluan, atau juga belum ditemui gewang yang sepadan dengan diet pemakanannya.
Jika perkara ini diatasi pasti ikan kurau pasti akan menjadi spesies sasaran paling atas dalam acara mengilat di muara.
Alu-alu atau barracuda mungkin tidak menduduki barisan teratas spesies sasaran casting. Sebaliknya mungkin menjadi spesies yang dibenci ekoran memiliki senjata tajam yang mampu merosakkan atau lebih teruk lagi memutuskan sambungan gewang dengan set casting pemancing.
Walau bagaimanapun ia juga spesies yang menghiburkan apabila tercangkuk pada mata gewang.
Sebut saja nama gerepoh atau nama globalnya yang melambangkan gergasi iaitu giant trevally (GT) dan habitat yang gergasi ini sering ditemui di laut dalam, mungkin ramai yang tidak menyangka bahawa ia juga boleh ditemui dan dipancing di muara.
Walaupun GT yang sering ditemui di muara berstatus juvenile, namun ia tetap mewarisi kekuatan dan kelincahan giant trevally.
Mengilat ikan talang di muara dan kuala sungai terutamanya di pantai timur semenanjung Malaysia kini menjadi satu fenomena. Malah ia turut dijadikan acara tahunan merebut sesuatu kejuaraan.
Ia jelas menggambarkan bahawa ikan talang bukan saja menjadi spesies sasaran aktiviti jigging, bahkan sudah dijadikan spesies sasaran utama aktiviti lure casting di muara. Di Terengganu contohnya, ada kejohanan tahunan khusus casting talang atau queenfish di muara.
Tentu ramai yang terkejut apabila belukang pun disenaraikan, ya tak? Sememangnya belukang bukan ikan sasaran utama para caster apabila turun casting di muara. Namun ia bukanlah tangkapan yang mustahil untuk diperoleh.
Malah daya juang belukang terutamanya saiz melebihi 1kg cukup memberikan anda satu kejutan walaupun pada akhirnya ramai yang memilih untuk membebaskan ia kembali ke habitat asalnya.
Pada asasnya, untuk kejayaan pancingan di sungai berarus, berbatu dan bertebing tinggi, ia bermula dengan setup peralatan pancing yang digunakan. Joran disarankan berukuran 6 kaki ke atas. Ia penting untuk berhadapan dengan tebing tinggi dan mengekang larian ikan ke reba atau celahan batu.
Kekili pula perlu gear ratio tinggi, terutamanya jika anda casting di sungai berarus deras. Sementara tali pancing sama ada tangsi atau sulam perlulah tahan lasak terhadap geseran. Selain itu drag kekili perlu diregangkan pada tahap sehingga melebihi 50% agar tidak memberi ruang kepada ikan untuk melepaskan diri.
Sebelum memancing sebaiknya anda selidik struktur sungai terlebih dahulu. Mengetahui keadaan lubuk amat penting bagi menghalang ikan menyelinap ke lokasi tersebut sekaligus menggagalkan kejayaan.
Apabila umpan mengena, pertama sekali anda perlu merasai tentangannya terlebih dahulu. Jika tentangan lemah, bolehlah dilayan seperti biasa. Jika tentangan kuat dan pantas, pastikan anda mengekang lariannya dengan meninggikan joran atau menambah sedikit tahap regangan drag.
Jangan hentikan secara mengejut dengan memegang spool. Kemudian ketahui hala tuju ikan tersebut. Sekiranya menuju ke arah reba, segeralah menukar arah renangannya dengan menyentap sedikit joran ke arah yang anda kehendaki ia pergi. Selamat mencuba!
Ketika hendak menangkap gambar hasil tangkapan, entah macam mana tekan banyak kali tapi ia tidak berfungsi. Anda tengok lens ada fungus dan penuh habuk. Kamera ‘jem’ tiba-tiba menyebabkan anda hilang mood. Untuk elakkan perkara sebegini, ikuti langkah-langkah membersihkan kamera dengan betul.
Kamera DSLR amat sensitif terhadap habuk. Bahkan bukan itu sahaja, habuk juga boleh menyebabkan fungsi kamera akan terhenti secara tiba-tiba. Untuk itu, anda hendaklah selalu membersihkan kamera supaya ia sentiasa terjaga dan berada dalam keadaan sempurna ketika menggunakannya.
Mesti ada kit pembersih kamera
Untuk membersihkan kamera DSLR ini, anda perlu membeli set alatan pembersih kamera yang ada dijual di kedai-kedai kamera. Ia dipanggil kit pembersih kamera. Mula-mula, anda ambil kain sintetik khas dan lapkan lens anda. Lap beberapa kali permukaan lens tersebut.
Kemudian, tarik keluar kamera tersebut dan gunakan blower untuk menyedut habuk-habuk disekitar lens tersebut. Seterusnya, gunakan kain sintetik tadi dengan mengelap cermin pantulan di dalam kamera.
Setelah itu, anda ambil berus dan sapu setiap tempat di sekeliling kamera anda terutamanya di kawasan-kawasan yang kecil seperti di tempat menekan kamera, di sekitar tempat lens. Paling penting apabila menggunakan berus lembut ni, anda juga hendaklah membersihkan slot kad kerana banyak habuk akan berkumpul di situ.
Bersihkan viewfinder
Viewfinder ialah tetingkap yang kita selalu lihat sewaktu mengambil gambar. Anda hendaklah membuka penutup getah viewfinder dan lap permukaan cermin tersebut menggunakan kain sintetik.
Setelah itu, bersihkan skrin kamera anda. Ini adalah kerana LCD skrin juga tempat paling banyak merangkap habuk.
Tip penjagaan kamera dengan betul
Selepas mengambil gambar tidak kira sama ada di laut mahupun darat, anda hendaklah sentiasa membersihkannya sebelum simpan di dalam beg kamera. Ia amat penting supaya kamera tersebut tidak termasuk pasir, air mahupun habuk.
Kamera amat sensitif dengan air terutamanya air laut mahupun air tawar. Jika terkena, segera lap dengan kain bersih dan kering. Kamera yang terdedah dengan kelembapan tinggi akan menyebabkan fungus dan kulat membiak terutamanya lens yang boleh menjejaskan kualiti gambar.
Lilit, jangan gantung. Lilitkan strap kamera anda di tangan berbanding gantung di leher. Ini kerana jika anda gantung di leher, ia akan menarik perhatian ramai untuk meragut. Jangan sesekali abaikan keselamatan kamera ini kerana sekali jatuh, memang menangis jawabnya.
Beli gel silika. Gel silika digunakan untuk menyerap kelembapan kamera.
Kepentingan filter. Filter digunakan untuk melindungi lens anda dari sebarang calar. Sekiranya anda mempunyai 5 lens, seeloknya beli UV filter untuk melindungi lens tersebut.
Kalau turun ke laut, sila pastikan anda membawa beg plastik atau kain batik atau tuala khas untuk kamera sahaja. Bukan tuala tersebut bercampur dengan peluh-peluh anda. Ini adalah kerana tuala atau kain tadi dapat mengelakkan pasir masuk ke celah-celah lens. Balut kamera tersebut bila naik bot.
Cuci tangan bersih-bersih selepas anda memakai losyen, sunblock, minyak rambut atau sebarang produk penjagaan diri. Ini adalah kerana kamera amat sensitif dengan bahan-bahan ini.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...