UMPAN: Sejak bila bergelar pengusaha umpan memancing ikan air tawar?
HISHAM: Saya mula memasarkan produk Umpan Terbang pada Ogos 2017 di kedai-kedai pancing seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
Berbanding pembuat umpan lain, mungkin saya masih berstatus nubis.
Ads
UMPAN: Kenapa anda memilih usaha ini?
HISHAM: Semestinya kerana minat memancing serta suka mengkaji kesesuaian umpan yang digunakan untuk memancing ikan air tawar khususnya untuk pemancing-pemancing kolam.
UMPAN: Apa cabaran dan harapan anda dalam meneruskan usaha ini?
Ads
HISHAM: Cabaran sentiasa datang dalam meneruskan usaha menghasilkan Umpan yang terbaik buat pemancing-pemancing di seluruh negeri.
Semoga Umpan Terbang dikenali dan menjadi pilihan kaki-kaki pancing seluruh negeri dengan kepelbagaian produk seperti Perisa Umpan, Umpan Minyak, Umpan Serbuk serta
Pallet Umpan Terbang termasuk juga pakaian memancing serta barangan memancing jenama sendiri… InsyaAllah.
UMPAN: Ceritakan apa kelebihan produk anda?
Ads
HISHAM: Kelebihan produk Umpan Terbang ini memang sangat mudah digunakan untuk pemancing-pemancing baru dan lama.
Apa yang paling penting kualiti dan kuantiti produk yg dihasilkan berharga mampu milik untuk pemancing-pemancing.
UMPAN: Cerita sedikit pencapaian membanggakan yang pernah diperolehi?
HISHAM: Pencapaian yang blh dibanggakan apabila Komplot Persahabatan Sahabat Umpan Terbang 1 Mei 2019 di kolam Pancing Harmoni Puchong mendapat sambutan daripada pemancing dan tajaan oleh jenama-jenama besar tempatan dan luar negara.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Saya masih baru belajar mancing di laut dan setahu saya, ikan tamban dan selar cukup popular dijadikan umpan memancing jika memancing di kelong. Soalan saya ialah ada tak ikan lain yang boleh dijadikan umpan jika kita memancing di laut lepas?
JAWAPAN:
Ikan-ikan pelagik seperti tamban, selar, selayang sememangnya sinonim dan banyak digunakan sebagai umpan di kalangan kaki pancing. Ia diguna secara meluas sama ada pancingan di pesisir pantai atau di laut dalam. Namun beberapa spesies ikan kecil lain yang dipancing juga boleh dijadikan umpan yang mujarab.
Spesies ikan demersal (ikan dasar) yang dipancing boleh dibuat umpan ialah ikan gelama dan bebolos. Dua spesies ikan ini sangat sesuai dan popular untuk dijadikan umpan pari dan senangin bagi pancingan pesisir pantai.
Caranya, ikan ini boleh digunakan seekor ataupun boleh menggunakan hirisan isinya yang dicangkuk pada mata kail. Saya sendiri pernah menggunakan umpan hirisan ikan belanak dan ia amat efektif dan lambat habis sekiranya digetu ikan kecil, kerana isinya yang agak liat.
Selain itu ikan-ikan bersaiz besar seperti tongkol atau ikan parang juga boleh dijadikan umpan. Ia boleh digunakan secara seekor atau dijadikan hirisan. Apa yang penting kesemua ikan ini haruslah dalam keadaan segar jika ingin dijadikan umpan.
SOALAN: Saya berminat untuk cuba memancing di kawasan sungai pergunungan. Bolehkan Mejar berikan sedikit tip untuk memancing di kawasan sebegini?
JAWAPAN:
Pancingan sungai pergunungan salah satu cabang memancing yang menyeronokkan. Malah, dalam kategori pancingan air tawar ia merupakan pancingan yang paling mencabar dan menyeronokkan tetapi tidak semua pemancing mampu mengaplikasikannya.
Namun, dalam keseronokan keselamatan diri jangan mudah terlupa. Pertama sekali pastikan langkah keselamatan diutamakan. Contohnya menggunakan kasut yang sesuai. Bawa bekal ubat-ubatan, mesti ada guide atau pergi secara berkumpulan, tidak berkhemah terlalu dekat dengan gigi air. Pilih waktu yang sesuai untuk berkhemah dan patuhi pantang larang di dalam hutan.
Jika memancing pada waktu malam, pastikan anda meminimakan cahaya seperti lampu suluh atau unggun api di kawasan anda memancing. Elakkan menggunakan loceng pada waktu malam pada hujung joran, sebaliknya gantikan dengan stik cahaya kerana ikan kawasan sungai pergunungan lebih sensitif dan sukar dipancing.
Untuk umpan, ia tidaklah sukar. Selain umpan sawit yang sangat sesuai untuk memancing kelah, anda juga boleh menggunakan umpan cacing dan juga hirisan isi ikan. Saya juga gemar menyarankan wisel dibawa ke mana-mana kerana, jika tersesat, anda boleh gunakan ketika kecemasan.
Nama FB: Ku Khairul Nizam bin Ku Mat Isa (Kkn Sea Hunt)
Usia: 49
Status: Boat charter / tekong
UMPAN: Sejak bila memancing dan mula menjadi guide / tekong?
KKN: Pengalaman memancing bermula semenjak zaman kanak-kanak kerana sering dibawa arwah ayah dan mengikut arwah Tok Wan memancing.
Ia menimbulkan minat apabila meningkat usia pada zaman persekolahan dengan kehidupan di kampung berdekatan dengan jeti nelayan.
Pantang ada peluang sering memenuhi masa lapang menangkap ikan di sawah padi dan sungai berdekatan memancing ikan-ikan air tawar.
Aktiviti ke laut pula sering mengikuti nelayan menahan bubu. Jjadi berpeluanglah belajar memandu bot dan memancing di laut.
Apabila meningkat usia dewasa selepas tamat belajar dan bekerja hobi ini diteruskan dengan membeli bot sambil bekerja.
Peringkat awal memancing sekadar hobi bersama sahabat-sahabat terdekat tetapi bila mereka mula memperkenalkan rakan-rakan mereka di situlah bermulanya sewaan bot untuk memancing.
Sekarang telah lebih 15 tahun menjadi tekong/guide membawa pemancing.
UMPAN: Kenapa anda memilih kerjaya ini?
KKN: Saya tidak memilih kerjaya ini tetapi hobilah yang telah membawa saya ke sini. Memancing telah menjadi darah daging dan sebati dalam kehidupan saya.
Justeru saya pula melihat potensi di dalam bidang ini seperti industri yang mampu membantu membuka peluang kerjaya kepada saya dan penduduk setempat.
UMPAN: Apa rintangan yang dihadapi dan harapan anda dalam meneruskan kerjaya ini?
KKN: Rintangan di dalam meneruskan kerjaya ini antaranya, kenaikan harga bahan api menyukarkan operasi.
Bantuan hanya diberikan kepada nelayan tetapi pengusaha bot memancing tidak mendapat mendapat bantuan.
Harga enjin dan pembuatan bot meningkat tinggi diburukkan lagi dengan kejatuhan mata wang memberi kesan kepada pengusaha.
Tiada sokongan dari bank-bank untuk membantu pengusaha di dalam menyediakan pinjaman untuk melebarkan lagi perniagaan.
Semua urusan adalah tunai dari pengusaha merencatkan aktiviti pengembangan.
Banyak karang dirosakkan dengan penangkapan ikan secara komersial menggunakan teknologi yang telah diharamkan oleh negara maju masih dipraktikan di negara kita.
Ikan-ikan semakin berkurangan disebabkan tiada kawalan dan penguatkuasaan dibuat. Karang-karang musnah, benih-benih ikan kecil dikaut dengan rakus.
Pembiakan terganggu dan makin pupus.
Harapan saya bagi meneruskan kerjaya ini sokongan dan batuan dari pihak berwajib dan bank-bank dapat dilaksanakan bagi merancakkan aktiviti memancing ini ke arah satu industri.
UMPAN: Ceritakan pengalaman trip memancing yang manis dan pahit?
KKN: Pengalaman trip memancing pahit dan manis memanglah banyak jika nak dikongsikan.
Sudah tentu pengalaman manis bila mana hasil yang diperolehi luar biasa dan tidak terfikir oleh kita rezeki kurniaan Allah.
Di mana waktu itu kita berjaya membuatkan semua pemancing tersenyum dan gembira.
Lihat dari beberapa gambar yang saya kongsikan ini adalah semuanya detik-detik manis yang terakam dari banyak kenangan manis yang berlaku sepanjang kerjaya memancing.
Paling manis yang terbaru adalah bila saya sendiri berjaya mendaratkan spesies GT seberat 51kg pada trip Februari 2019 bersama pemancing.
Pengalaman pahit sudah tentu sesuatu yang sukar dilupakan dan menjadi pengalaman yang amat berguna selagi kita hidup.
Ia sesuatu yang amat berharga tak dapat dibeli dengan wang ringgit. Pengalaman mengharungi gelora dan ribut di laut selama 15 jam sehingga kehabisan minyak pada tahun 2017.
Perjalanan biasa memakan masa selama 5 jam sahaja. Sesuatu yang amat pahit tetapi cukup berguna.
UMPAN: Berikan sedikit tip untuk memperoleh hasil pada trip anda?
KKN: Tip bagi memperolehi hasil yang baik semasa trip bersama saya adalah mudah. Sediakan kelengkapan yang sesuai di lokasi bersesuaian dengan teknik dan cara pancingan kita sama ada bottom, jigging dan popping.
Biasanya sebelum trip kita akan berbincangan bagi memastikan semua persediaan dibuat dengan baik.
Atas faktor cuaca baik, keadaan kualiti air baik dan tiada sebarang masalah lain InshaAllah saya dahagakan kerajinan setiap pemancing.
Jangan merungut buat kerja kita rezeki pasti datang cepat dengan lambat sahaja. Sentiasa peka dan perhatikan kepada sahabat anda yang kerap menaikkan ikan dan cuba lakukan perkara yang hampir sama.
Servis pakej:
Nama bot: Bot Drezki
Saiz: 50 x 12 kaki
Enjin: Suzuki 300hp berkembar
Jumlah pemancing: 8-10 pemancing
Pakej sewa:
Pakej 1 – 3H2M (RM8000) / 4H3M (RM9500)
Lokasi: Tukun Perak (popping, jigging dan bottom)
Pakej 2 – 3H2M (RM6500) / 4H3M (RM8000)
Lokasi: Karang tengah / kapal karam / unjam tengah (bottom & jigging)
Nama bot: Bot Say Yes
Saiz: 36 x 8 kaki
Enjin: Mercury 150hp berkembar
Jumlah Pemancing: 6-7 pemancing
Pakej:
Pakej 1 – 1 hari (RM1100) / 1H1M (RM1700) / 2H1M (RM2100)
Lokasi: Kapal sub marin (casting dan bottom)
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...