Bagi enjin sangkut bersaiz kecil ia diikat menggunakan 2 skru bagi memudahkan ia dipasang dan dibuka semula dan bagi enjin sangkut bersaiz besar ia di skru pada empat bahagian secara kekal namun boleh dibuka jika diperlukan untuk diselenggarakan.
Dua faktor yang menyebabkan bahagian ini rosak adalah kerana kayu di bahagian dalam telah dimamah usia. Walaupun ada bahagian yang disaluti penuh dengan fiber lama kelamaan ia menghakis dan merosakkan bahagian dalam.
Ads
Faktor kedua adalah perlanggaran enjin terhadap struktur yang keras yang boleh menyebabkan bahagian ini cepat pecah atau rosak. Lebih malang lagi, enjin boleh terkeluar dari kedudukannya jika dalam keadaan yang laju dan bot juga boleh terbalik.
Ads
Bagi mengatasi masalah ini, sila periksa setiap kali ingin memulakan perjalanan dan ketatkan enjin pada bahagian tapak pemegang dengan kemas dan berada di tengah-tengah bot.
Bagi bot yang sering dipisahkan enjin sebaiknya buat penanda kedudukan enjin agar memudahkan ia dipasang setiap kali turun memancing.
Ads
Jika papan pemegang enjin ditukar sebaiknya dicat menggunakan cat anti karat dan di salut dengan fiber dengan kemas supaya air tidak boleh meresapi kayu secara maksima.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Sekiranya kita memancing spesies bersisik seperti kerapu, jenahak dan kerapu di sesuatu lubuk, di bahagian manakah yang terbaik untuk dilabuhkan umpan? Sama ada di bahagian depan, tengah atau di belakang lubuk?
JAWAPAN:
Jika kita memancing di kawasan lubuk (kawah, lubang, kapal karam atau tukun) sasaran melabuh umpan terbaik adalah di dalam lubuk di mana tempat ikan selalu berkumpul di dasarnya.
Lubuk begini lazimnya lubuk kawah atau lubang yang tiada hadangan di tengah-tengah lubuk.
Namun berbeza jika kita memancing di lubuk yang mana di tengah lubuk terdapat reba, tukun atau kapal karam.
Sudah tentu jika kita melabuhkan umpan di tengah lubuk maka umpan, mata kail dan ladung akan turut sama menjadi tukun.
Jika kita memancing di lubuk sebegini maka sasaran terbaik melabuhkan umpan adalah di bahagian hadapan lubuk.
Seperkara lain lazimnya, ikan-ikan besar sering berada di hadapan dan dalam tukun untuk melakukan serang hendap dan sebagainya.
Lokasi pilihan lain ialah bahagian sisi lubuk sama ada di sebelah kiri atau kanan sisi lubuk. Jangan berada di belakang lubuk kerana kawasan ini terlalu jauh dari zon serangan ikan bersisik.
Kebiasaannya ikan bersisik akan menyerang mangsa dari dalam dan belakang lubuk dengan menerpa arah hadapan di mana terdapat sumber makanan seperti anak ikan yang datang mengikut arus di hadapan lubuk.
Saya jarang menemui pemberat jenis ini di pasaran terutamanya kedai-kedai pancing Lembah Kelang. Namun saya pernah melihat para tekong dan awak-awak di Pantai Timur menggunakan batu ladung ini ketika mencandat sotong atau memancing tenggiri menggunakan koyan.
Uniknya pemberat ini ia didatangkan dengan jalinan tali tangsi sebagai ganti gelung atau cincin yang biasa terdapat pada batu ladung mati. Saya percaya ia adalah pemberat custom yang membolehkan ia disambung dengan set perambut atau tanduk buatan sendiri yang tidak menggunakan swivel penyambung.
Batu Ladung Bertangkai
Pemberat jenis ini hampir sama bentuknya dengan batu ladung leper, panjang atau silinder kecuali pada bahagian atasnya disambungkan dengan gelung atau cincin bertangkai panjang. Ia juga hampir menyamai batu ladung sauh tetapi tidak memiliki kaki labah-labah.
Ia dipercayai lebih banyak digunakan dalam pancingan surf casting sebagaimana batu ladung sauh. Memandangkan dawai tangkainya diperbuat daripada logam yang mudah karat, saya percaya ia lebih sesuai digunakan untuk pancingan air tawar yang luas seperti tasik atau lombong.
Batu Hidup Lonjong
Pemberat atau running sinkers yang mirip batu ladung biji kana pada asasnya direka bentuk untuk konsep pancingan yang sama. Secara teori pula pemberat jenis ini lebih efektif berbanding batu ladung biji kana bagi mengurangkan tali utama bersimpul.
Bentuknya yang dipanjangkan itu mampu menyelamatkan perambut dari diputuskan ikan bergigi tajam. Selain itu ia juga lebih baik dari aspek lontaran yang lebih jauh serta boleh digunakan sebagai pemberat tambahan pada gewang.
Batu Ladung Leper
Ia merupakan pemberat yang paling sinonim dengan pancingan dasar laut dalam. Dan boleh dianggap pemberat yang paling sesuai dengan jumlah berat maksimum sehingga 1kg dihasilkan.
Dengan bentuk seperti empat segi dengan lengkungan separa bulat pada bahagian bawah memboleh batu ladung leper ini menjunam ke dasar dengan lebih laju dan mampu membelah arus dengan baik.
Ia penting bagi membolehkan umpan yang didasarkan tidak kesasar jauh dari lubuk sasaran. Selain itu ia juga mampu melekap atau kekal pada dasar dengan lebih kukuh melawan tolakan arus pada dasar laut.
Batu Ladung Berlian
Berbanding batu ladung seangkatan dengannya, batu ladung berlian merupakan pemberat yang paling bercorak dan aerodinamik. Sebagaimana bentuk berlian, pemberat ini dibentuk sedemikian rupa dengan tujuan tertentu.
Ia sesuai untuk kegunaan pancingan air tawar dan juga air masin. Dengan reka bentuk sedemikian rupa membolehkan ia dilontar ke lubuk dengan lebih tepat dan menerjah ke permukaan air dengan riak yang minimum dan menjunamkan ke dasar bersama bentukan buih dan mampu membelah air dengan baik.
Boleh tak admin senaraikan gewang yang killer untuk ikan siakap?
JAWAPAN:
Sekiranya wujud gewang yang betul-betul killer khusus untuk sesuatu spesies ikan, sudah pastinya industri pembuatan gewang tidak akan berkembang pesat seperti sekarang.
Dan mungkin juga ikan siakap akan pupus umpama ditangkap menggunakan racun tuba atau bahan peledak.
Jikalau memang ada gewang yang betul-betul berkesan untuk siakap sekalipun, saya masih tidak berani untuk melabelnya sebagai killer.
Ini kerana sekiranya anda menggunakan gewang tersebut dan kumpau, ia akan menjejaskan reputasi saya pula.
Walau bagaimana pun saya boleh mencadangkan untuk anda memilih gewang berdasarkan pengalaman dan teori. Saya mencadangkan gewang jenis minnow.
Pilihlah gewang minnow jenis deep diver yang berbadan sedikit slim berbanding gewang crank.
Biasanya minnow untuk siakap bentuknya sedikit melengkung ke bawah seperti udang. Atau gewang minnow yang agak panjang melebihi 80mm.
Gewang minnow yang agak pipih tetapi panjang ini lebih menyerupai ikan belanak yang merupakan diet utama ikan siakap.
Contoh gewang yang banyak digunakan untuk casting siakap antaranya ialah Rapala barra, x-rap, Rapala Husky, Husky Jerk, Original Floating, Countdown, Shad rap, Nils Master Invisible, spearhead, Rebel Minnow dan lain-lain lagi.
Dalam pada pemilihan gewang perlu mengikut faktor keadaan dan warna air juga. Selain itu faktor warna gewang dan kesesuaian dengan faktor air perlu diambil kira juga.
Kesimpulannya, anda perlulah banyak melakukan r&d sendiri untuk mencari gewang yang betul-betul killer untuk siakap.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...