Dua Spesies Ikan Terbul Di Malaysia

Share

 

Taksonomi:

 

Kingdom: Animal

Filum: Kordata

Class: Actinopterygii

Order: Cypriniformes

Family: Cyprinidae

Genus: Osteochillus

 

 

Ada yang memanggilnya ikan terbol atau terboi tetapi lebih ramai yang lebih senan panggil terbul saja. Ikan terbul merupakan ikan natif atau ikan asal perairan air tawar negara kita. Nama umum bagi ikan ini ialah bonylip barp dan tergolong dalam keluarga kap atau Cyprinidae.

 

Dalam pecahan keluarga yang lebih kecil atau genus, terdapat dua spesies ikan terbul di dalam genus Osteochilus iaitu O. vitatus dan O. haseltii. Dipercayai spesies O. vitatus ini merujuk kepada ikan terbul yang memiliki titik atau tanda hitam pada kaudal pedunkal atau pangkal ekornya.

 

 

Manakala O. haseltii pula merujuk kepada ikan terbul yang tidak memiliki tanda hitam. Hanya kehadiran titik hitam ini sahaja yang membezakan kedua-dua spesies terbul ini. Kedua-dua spesies ini terdapat di negara kita hanya spesies terbul bertanda hitam lebih mudah ditemui.

 

Ikan terbul merupakan spesies ikan air tawar yang semakin kurang dikenali oleh generasi baru masa kini. Ikan terbul hanya terdapat disekitar sungai air tawar di Asia Tenggara, Sungai Mekong dan sekitar sungai-sungai Chao Phraya. Ikan ini hanya mendiami kawasan sungai berarus, tasik, kolam, paya berarus dan sebagainya.

 

 

Dari aspek morfologi, Ikan terbul mempunyai bentuk badan yang lebih lebar membulat dan leper tidak sama dengan ikan seluang dan ikan lampam sungai, meskipun berkongsi habitat yang sama. Ia mendiami kawasan sungai dengan air yang jernih dan mempunyai arus serta dasar berpasir. Ia lebih mudah ditemui di banyak sungai beberapa negeri yang belum tercemar seperti di Terengganu, Kelantan, Pahang, Selangor, Johor serta Sabah dan Sarawak.

 

 

Ikan terbul merupakan jenis ikan air tawar bersisik dengan warna sisik sama ada gelap atau terang bergantung kepada tahap kejernihan air dan dasar sungai. Jika air dan dasar sungai sangat jernih dan berpasir lazimnya ikan terbul berwarna kelabu keputihan dan sukar dilihat daripada atas permukaan air. Sebaliknya jika air sungai agak gelap sedikit dan dasar sungai juga gelap maka ikan terbul akan berwarna gelap sedikit.

 

 

Ikan ini amat cepat berenang didalam air secara berkumpulan atau solo apabila ada manusia mendekatinya dan bersembunyi. Selain itu Ikan ini sebenarnya mempunyai penglihatan yang baik untuk mengenal pasti apa yang berada di atas permukaan air dan diatas tanah daratan.

 

Ikan terbul mampu membesar panjang sehingga 35 cm namun spesimen yang biasa ditemui kurang daripada 20 cm.

 

 

Published by
Amang