Selain meninggalkan kediaman untuk pulang beraya di kampung halaman dalam keadaan berkunci, sebaiknya juga lakukan doa dan sedikit amalan memohon perlindungan dari Allah SWT kerana Dialah Maha Pelindung.
Ketika rumah atau premis anda telah dikunci, letakkan tapak tangan anda ke dinding atau pintu rumah dan baca doa berikut:
i. Baca dua kalimah syahadah
ii. Berselawat ke atas nabi sebanyak dua kali
اللهم صل على محمد وآل محمد
iii. Baca Ayatul Kursi sebanyak sekali
اللَّهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لاَ تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلاَ يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلاَّ بِمَا شَاءَ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاو ;َاتِ وَالأَرْضَ وَلاَ يَئُودُهُ
حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ
“Allahu la ilaha illa huwa Al -Haiyul-Qaiyum
La ta’khudhuhu sinatun wa la nawm
lahu ma fi as-samawati wa ma fil-‘ard
Man dhal-ladhi yashfa’u ‘indahu illa bi-idhnihi
Ya’lamu ma bayna aydihim wa ma khalfahum
wa la yuhituna bi shai’in min ‘ilmihi illa bima sha’a
Wasi’a kursiyuhus-samawati wal ard
wa la ya’uduhu hifdhuhuma
wa Hu wal ‘Aliyul-Aziim”
iv. Baca Surah Yasin, ayat ke-9 sebanyak sekali
وَجَعَلْنَا مِن بَيْنِ أَيْدِيهِمْ سَدًّا وَمِنْ خَلْفِهِمْ سَدًّا فَأَغْشَيْنَاهُمْ فَهُمْ لَا يُبْصِرُونَ
” Wa Ja’alna mim baini aidihim saddaw wa min kholfihim saddan fa agsyaina hum fa hum laa yubsiruun ”
Bermaksud:
“Dan KAMI adakan di hadapan mereka dinding-dinding dan di belakang mereka dinding-dinding (pula), dan KAMI menutup mata mereka sehingga mereka tidak dapat melihat”.