Untuk menjerat ikan-ikan liar khususnya dilombong, umpan yang digunakan haruslah berkesan bukan saja untuk memakan umpan, bahkan lebih utama agar mendekati umpan tersebut.
Pelbagai resepi dibuat dan hasil tangkapan menjadi kayu pengukur. Berikut merupakan salah satu resepi yang telah terbukti keberkesanannya.
Bahan umpan:
Dedak ayam
Dedak 929
Dedak 928
Perisa strawberi Original
Minyak belangkas
Pelet / roti dadu
Langkah 1
Ads
Masukkan kesemua satu paket dedak ayam ke dalam bekas bancuhan.
Langkah 2
Masukkan pula satu paket dedak 929 ke dalam bekas bancuhan.
Langkah 3
Masukkan kira 1/3 paket dedak 928 dan gaul sekata kesemua bahan tersebut.
Langkah 4
Ads
Masukkan kira-kira 5 penutup pes perisa strawberi dan gaul sekata.
Langkah 5
Masukkan air sedikit dan gaul sehingga adunan boleh dikepal.
Langkah 6
Adunan terbaik adalah adunan yang boleh dikepal dan tidak terlalu mudah berderai.
Ads
Langkah 7
Akhir sekali barulah masukkan minyak belangkas dengan anggaran 10 penutup dan gaul adunan hingga sekata.
Langkah 8
Guna spring 2 mata kail atau lebih dan cucukkan roti dan pelet yang telah dicampurkan minyak belangkas.
Langkah 9
Kepalkan dedak pada spring dan selit 1 atau 2 mata kail bersama di dalam dedak tersebut.
Langkah 10
Baling umpan ke spot yang sama beberapa kali dan ikan akan segera menjamah umpan apabila menemuinya.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Ikan haruan mempunyai banyak jenis dan gelaran yang mungkin sebahagian daripada kita tidak kenal. Jenis-jenis haruan adalah seperti haruan todak, haruan palas, toman bunga dan bujuk. Selain daripada 4 jenis ikan haruan di atas, saya juga pernah jumpa Ikan haruan tasik (jenis ikan di laut) dan ikan harun bodoh (ketutu).
Saya mengenali beberapa jenis ikan tersebut kerana memang ada terdapat pada sawah dan anak sungai di kampung dahulu. Kumpulan ikan ini adalah jenis ikan yang suka menyambar makanannya seperti anak ikan, katak, cicak dan umpan pada mata kain dan menarik dengan kuat ketika memancing.
Mulutnya yang besar dan pergerakannya yang sukar dikesan oleh mangsa menyebabkan ikan haruan merupakan ikan yang hebat dalam air. Saya memang suka memancing ikan haruan di kampung zaman remaja dulu dan jarang-jarang kecewa walaupun menggunakan mata kail buatan sendiri.
Ikan Haruan todak atau juga dikenali sebagai ikan kedak merupakan ikan air tawar. Nama saintifiknya adalah Channa gachua. Ikan haruan todak boleh didapati di kawasan air sungai berjeram dan berair jernih.
Diet utamanya adalah anak-anak udang, dan serangga kecil. Saya pernah mengail ikan ini dahulu di kawasan sungai di kaki Gunung Ledang dekat Sagil, Tangkak. Memang tidak mudah untuk mendapatkan ikan ini kerana pada air jernih ia amat sukar untuk ditangkap.
Ikan haruan palas pula merupakan ikan air tawar. Nama saintifiknya adalah Channa melasoma. Ikan Haruan palas mempunyai warna kebiru-biruan di sebelah bawah badannya sementara bahagian lain berwarna agak gelap atau sedikit coklat bergantung kepada kualiti air.
Ikan haruan palas mendiami kawasan-kawasan berpaya dan kawasan-kawasan yang kandungan pH airnya rendah atau senang dikatakan agak berasid. Diet utamanya adalah anak-anak ikan dan juga udang, katak, cengkerik dan cacing. Ikan jenis ini pernah saya dapat dikawasan Paya Serompong iaitu kawasan paya yang agak luas dan mempunyai habitat sesuai untuk ikan jenis ini.
Ikan toman bunga atau juga dikenali sebagai ikan jelai, jaloi, kuang, kerandang, merupakan ikan air tawar. Nama saintifiknya adalah Channa marulloides. Ikan toman bunga merupakan ikan pemangsa jenis ikan seperti kepala ular.
Ikan toman bunga mendiami sungai, tasik dan kawasan berpaya berair gambut mendiami kawasan-kawasan berpaya dan kawasan-kawasan yang kandungan pH airnya rendah, sama seperti ikan haruan palas dan juga ikan bujuk.
Diet utamanya adalah anak-anak ikan dan juga udang, katak, serangga kecil seperti cengkerik, dan cacing. Saya juga pernah menangkap ikan jenis ini yang tersangkut pada jaring yang dipasang di kawasan paya di Kg Batu 27, Lenga, Muar dan sangat puas hati apabila digoreng dan makan dengan nasi panas.
Ikan Bujuk adalah tergolong dalam ikan air tawar yang terdapat di negara-negara ASEAN, termasuk di Malaysia. Nama saintifiknya Channa Lucius. Ikan ini suka mendiami anak sungai yang mengalir dan kawasan paya. Ikan bujuk mempunyai warna gelap di bahagian bawah (coklat kehitaman) dan agak terang sedikit di bahagian atasnya.
Ikan ini suka makan anak-anak ikan, serangga kecil, katak dan juga cengkerik serta bersifat seperti haruan lain yang cekap memburu mangsanya. Saya banyak kali memancing ikan bujuk di kawasan anak sungai Parit Pelampong depan rumah dan rasa ikan haruan jenis ini memang enak sekali.
Swim bladder, gas bladder, air bladder atau fish maw adalah nama umum merujuk kepada pundi renang, pelampung ikan atau gelembung ikan. Pundi renang adalah organ internal yang berisi gas yang berkontribusi terhadap kemampuan kebanyakan ikan bertulang (tetapi bukan ikan bertulang rawan) untuk mengawal daya apung mereka, dan dengan demikian mereka tetap pegun pada kedalaman air tanpa harus membuang tenaga untuk berenang.
Selain itu ia juga berfungsi sebagai agen penstabilan, ruang beresonansi, untuk menghasilkan atau menerima bunyi. Organ ini merupakan kantong selaput yang berisi gas seperti oksigen yang memiliki tekanan yang berubah-ubah.
Kedudukan pundi renang ini tepatnya pada rongga tubuh ikan. Meskipun pundi renang berada di dalam bahagian tubuh (dalam rongga ikan) namun kantong ikan juga boleh terjejas dan rosak disebabkan pergaduhan atau kelainan tubuh ikan.
Organ dalam tubuh ikan ini memiliki fungsi yang penting bagi ikan itu sendiri diantaranya:
Pundi renang membantu ikan untuk mengapung di dalam air, sehingga ikan tidak harus berenang secara terus menerus untuk mempertahankan posisinya di dalam air.
Pundi renang akan mengatur volume tubuh ikan yang disesuaikan dengan berat jenis air dalam kedalaman tertentu, sehingga ikan dapat mempertahankan posisinya dalam kedalaman air tanpa harus berenang.
Pundi renang juga menjadi salah satu alat untuk ikan dalam mendapatkan informasi mengenai lingkungannya.
Ia berfungsi sebagai ruang resonansi sebagai pembuat gema dan organ yang dapat menerima bunyi dari sekelilingnya.
Untuk beberapa jenis ikan, gelembung ikan ini boleh berfungsi sebagai alat pernapasan pada ikan tersebut.
Secara umum, gelembung ikan mengandungi oksigen yang bertekanan. Namun, pada beberapa jenis ikan, kantong ini berisi minyak, bukan gas seperti oksigen.
Tidak semua ikan memiliki pundi renang. Ikan yang tinggal di laut dalam dan ikan yang memiliki tulang rawan seperti yu dan pari tidak memiliki pundi renang.
Gelembung ikan yang banyak dicari adalah ikan jenis gelama, siakap dan kurau. Gelembung ikan yang telah dipisahkan dari tubuh ikan pula memiliki manfaat dan khasiat tinggi untuk kesihatan manusia.
Ikan depu sememangnya digeruni kerana kepaduan duri yang tajam dan memiliki warna merah, coklat, kuning, hitam atau putih yang amat berbisa yang terdapat di bahagian sirip belakang, jika terkena boleh menyebabkan seseorang itu pengsan dan boleh membawa maut.
Jadi kepada para pemancing perlulah berhati-hati ketika mengendalikan ikan ini, atau dengan kata mudah tak payah sentuh langsung ikan ini kerana boleh dikatakan seluruh tubuh spesis ini mempunyai bisa yang amat beracun.
Bisa yang ada pada ikan depu merupakan racun heat-labile yang membawa maksud racun ini akan rosak atau mengalami denaturasi bila terkena panas. Bila bisa sudah masuk ke dalam tubuh manusia, gejala yang timbul adalah hipertensi, takikardia (kenaikan denyut jantung), dan mati rasa (kebas).
Dalam waktu tiga jam setelah terkena bisa, ia boleh menyebabkan kelumpuhan dan dalam beberapa kes menyebabkan kematian. Segera lakukan ikhtiar rawatan dengan merendam atau membilas bahagian yang terkena sengat dengan air hangat (sekitar 40 – 60 darjah Celcius) selama lebih kurang 30 minit.
Bila masih terasa sakit segera hubungi doktor terdekat untuk dilakukan rawatan penuh. Patil atau duri ikan yang mungkin masih tertinggal harus dicari dan dikeluarkan. Disarankankan juga untuk diberikan suntikan tetanus (luka kecil juga boleh mengakibatkan tetanus). Bila luka meluas, harus diberikan antibiotik untuk mencegah infeksi kulit.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...