Perisa atau pes Original sebenarnya sudah boleh digunakan terus bersama roti, palet atau dedak untuk dijadikan umpan. Untuk tarikan yang lebih, ia boleh dicampurkan dan dimasak. Malah umpan yang dimasak boleh meningkatkan lebih aroma dan tahan lebih lama.
BAHAN-BAHAN KEPERLUAN
Perisa strawberi nangka Original
Perisa pisang Original
Minuman berkarbonat perisa epal
Roti sandwic
CARA PENYEDIAAN SOS
Masukkan setengah botol (anggaran 150 ml) perisa strawberi nangka ke dalam periuk.
Tambahkan kira-kira 30 ml perisa pisang dan kacau campuran ini hingga sekata.
Campurkan pula kira-kira 50 ml minuman berkarbonat perisa epal.
Kacau kesemua bahan di atas api sederhana sehingga mendidih. Setelah sejuk, masukkan ke dalam bekas atau botol simpanan.
CARA PENGGUNAAN SOS
Sos ini boleh digunakan bersama roti sandwic, roti kentang, roti bun, palet atau juga dedak. Cara penggunaan sama sahaja dengan cara penggunaan jika menggunakan sos atau perisa lainnya.
Lazimnya sos atau umpan ini digunakan untuk memikat spesies patin namun ikan rohu dan tongsan turut sama menggemari aromanya.
Bukan sesuatu yang pelik bila lain kolam lain umpan walaupun untuk memancing spesies ikan yang sama. Sebenarnya ia bukanlah disebabkan oleh perbezaan selera ikan sebaliknya dipengaruhi oleh faktor air kolam itu sendiri.
Sifat air kolam sedikit sebanyak mempengaruhi resepi umpan yang sepadan dengan selera ikan. Walau bagaimana pun umpan tongsan ini merupakan umpan asas dan paling banyak digunakan untuk memancing spesies ini.
Bahan keperluan
1kg dedak 929
Serbuk pandan
Perisa pandan NS Power.
Perisa pisang Umpan Original
Air kolam
Cara Penyediaan:
Tutorial 1
Masukkan sekilo dedak 929.
Tutorial 2
Masukkan kedua-dua paket serbuk pandan.
Tutorial 3
Masukkan kedua-dua paket NS
Tutorial 4
Masukkan 4-5 penutup perisa pisang original.
Tutorial 5
Masukkan air kolam sedikit demi sedikit dan digaul.
Tutorial 6
Perambut spring dua mata yang digunakan.
Tutorial 7
Kepal dedak dengan kemas pada spring dan biarkan mata kail terjuntai keluar.
Pelbagai jenis perisa umpan terjual di kedai-kedai pancing masa kini. Baik dalam bentuk pes mahupun esen. Terpulang kepada anda untuk memilih dan mengadunnya menjadi umpan terbaik untuk memikat ikan patin di kolam pancing.
Sekiranya anda tidak mahu pening-pening kepala, apa kata anda cuba adun umpan yang kami pilih ini. Penyediaan umpan juga tidaklah sesukar mana. Namun ia amat berkesan untuk memancing ikan patin.
Bahan-bahan:
Pelet 920
Strawberi Killer A1
Sos Raya A1
Esen Badam
Esen Pisang
Esen Nenas
Kelapa Parut
Cara-Cara Penyediaan:
Tutorial 1
Masukkan pelet 920 sebanyak 2 kg ke dalam bekas bancuhan. Masukkan air sehingga tenggelam pelet kesemuanya, biarkan seminit, kemudian toskan kesemua air tersebut.
Tutorial 2
Masukkan Sos Raya A1 sebanyak 6 penutup botol.
Tutorial 3
Masukkan pula Strawberi Killer sebanyak 6 penutup botol.
Tutorial 4
Tuangkan esen pisang sebanyak dua penutup botol.
Tutorial 5
Tuangkan pula esen nenas sebanyak 3 penutup botol.
Tutorial 6
Seterusnya masukkan pula esen badam sebanyak 2 penutup botol.
Tutorial 7
Gaul pelet bagi rata dan perap sekurang-kurangnya satu jam sebelum digunakan. Apabila ia agak kering, masukkan kelapa parut secukup rasa (segenggam dua). Umpan ini boleh dimainkan dengan teknik perambut 2 mata kail atau juga atau penggunaan spring.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...