Jadi untuk pilihan, apa kata gunakan daging burger sebagai umpan untuk memikat ikan ini.
Syaratnya, perlu cari lokasi yang airnya mengalir (tidak terlalu deras) jika mahu menggunakan umpan ini.
Bahan-bahan
Daging burger
Tepung jagung
Cara penyediaan:
Langkah 1
Daging burger perlu dinyahbekukan (dilembutkan) terlebih dahulu dan letakkan di dalam suatu bekas.
Langkah 2
Campurkan sedikit tepung jagung.
Langkah 3
Uli dan adun tepung jagung bersama daging burger.
Langkah 4
Hasil adunan haruslah kenyal tetapi lembut.
Langkah 5
Umpan burger yang telah siap. Hanya ambil dan cangkukkan pada mata kail dan terus boleh memancing.
baca juga Umpan Asas Pancing Patin Kolam ABE
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan