Terdapat 3 jenis umpan yang sering digunakan oleh kebanyakan pemancing untuk memancing tenggiri batang iaitu:
Umpan Ikan Hidup
Umpan hidup yang paling biasa digunakan adalah terdiri dari jenis-jenis ikan pelagik atau ikan unjam mengikut istilah nelayan pantai timur. Ikan-ikan pelagik seperti kembung, pelaling, selayang, selar, selar pucat, tamban beluru, tamban sisik dan lolong.
Ikan pelagik ini mudah ditemui di kawasan unjam dan perairan tempatan. Selain itu sotong, anak Kerisi, kekacang, anak seer, tongkol (aya) boleh digunakan sebagai pilihan.
Sotong (jarum dan cumit) hidup yang mudah ditangkap pada malam hari amat efektif digunakan pada sebelah malam, selain jenis ikan hidup yang mempunyai sisik yang berkilat atau berkilau untuk menarik perhatian pemburu malam.
Masalah utama yang di hadapi oleh kebanyakan pemancing ialah ketiadaan bekas umpan hidup yang sesuai dari segi kapasiti umpan dan ketahanan ikan untuk hidup dalam tempoh memancing.
Banyak bot nelayan yang disewa tidak memiliki kemudahan ini, maka umpan hidup tidak tahan lama dan umpan mati pula menjadi pilihan kedua.
Umpan Ikan Segar
Tidak semua nelayan memilih umpan hidup seperti yang diterangkan di atas. Faktor sifat ikan tenggiri itu sendiri selain jenis teknik memancing yang digunakan menjadikan umpan ikan mati digunakan sebagai pilihan alternatif.
Jenis-jenis umpan mati terdiri dari ikan pelagik yang mati tidak lama selepas dipancing. Atau masih segar. Selain itu bilis air, bulu ayam dan bersia mati boleh digunakan dengan teknik yang betul.
Umpan mati yang disebutkan mestilah dalam keadaan segar dan seboleh-bolehnya jangan kena panas yang boleh menyebabkan kulit ikan kering dan disimpan dalam ais dalam tempoh yang lama.
Menjaga kesegaran umpan mati adalah perlu jika anda ingin melihat hasil lumayan. Umpan mati yang digunakan mestilah mampu bertahan di dalam air kerana tenggiri sifatnya tidak suka mangsa yang berbau atau hancur dikerumuni anak-anak ikan kecil.
Gewang
Umpan tiruan adalah teknik yang paling mudah dan tidak cerewet. Di antara jenis umpan tiruan yang popular ialah replika ikan atau lebih di kenali gewang, sesudu (spoon), rambu (skirt) dan logam jig.
Umpan tiruan jenis gewang yang menjadi pilihan ialah jenis Jackson Pin Tail, Rapala CD-18 dan Big Max terutama yang mempunyai kombinasi warna merah putih.
Gewang berkepala merah dan berbadan putih menarik minat tenggiri dan lain-lain ikan pemburu di permukaan kerana ia lebih menyerupai pergerakan ikan yang tercedera dan berdarah di kepala.
Jadi ikan pemburu menganggap tugas menjadi lebih mudah menerkam mangsa yang lemah dan sakit.
Nelayan komersial lebih berminat mengunakan sesudu yang kebanyakan dibuat sendiri dari bekas kole teh aluminium diikat bersama mata kail no 6/0 ke atas.
Setiap perbuatan yang dilakukan haruslah disertai dengan etika. Begitu jugalah dengan memancing.
Apabila beretika ketika memancing, barulah seseorang pemancing itu akan dihormati sekaligus memartabatkan hobi memancing itu sendiri.
KAWASAN PERIBADI PEMANCING
➡ Hormatilah pemancing lain. Setiap pemancing memerlukan kawasan memancing peribadi mereka. Jangan CEROBOH ke dalam kawasan ini.
Kawasan ini pastinya berbeza, terpulang kepada keadaan. Namun, anda perlulah menggunakan logik, supaya tidak mengganggu pemancing lain.
BERSOPAN SANTUN
➡ Bersopan santunlah terhadap pemancing lain. Minta izin jika hendak memancing berdekatan dengan mereka.
Jika tidak diberi keizinan, beredarlah tanpa menimbulkan sebarang provokasi atau persengketaan.
➡ Jangan buat BISING. Ini mungkin menakutkan ikan, dan mungkin juga membuat pemancing lain tidak selesa sekaligus boleh mencetuskan insiden yang tidak sepatutnya berlaku.
➡ Jangan mengacau permukaan air tanpa sebab, umpamanya meranduk air, membasuh.
Jika anda menggunakan bot dan berdekatan dengan pemancing lain, perlahankan bot anda supaya tidak mengganggu mereka. Cuba elakkan kawasan pancingan mereka, jika boleh.
KESELAMATAN
Sentiasa fikirkan keselamatan bagi diri anda dan juga pemancing lain. Sudah banyak insiden yang berlaku ketika memancing.
➡ Jangan tinggalkan benda tajam seperti pisau atau mata kail di atas tanah atau lantai bot.
Kebanyakan kemalangan yang melibatkan benda-benda tajam seperti ini bukanlah ketika sedang menggunakannya, sebaliknya akibat kecuaian.
➡ Pakailah alat pelampung atau jaket keselamatan seperti personal floatation device setiap masa, bila anda berada di dalam bot atau dalam air.
Tak kiralah sama ada anda mahir berenang atau sebaliknya.
➡ Buat tinjauan keselamatan terlebih dalulu sebelum anda meranduk sungai atau menggunakan bot.
Lebih baik sekiranya anda membuat sedikit kerja rumah dengan mencari nasihat tentang sungai atau tasik atau laut yang ingin anda jelajahi.
Kewujudan sesebuah buah di tengah lautan umpama kebun permainan bagi kehidupan marin terutamanya ikan. Ia juga umpama syurga memancing bagi kaki pancing. Namun, terdapat beberapa perkara penting yang perlu diketahui sebelum melabuhkan pancing di kawasan sekitar pulau.
Kebanyakan pulau terutamanya di perairan pantai timur diwartakan sebagai kawasan taman laut. Oleh yang demikian sebarang aktiviti menangkap ikan adalah dilarang dalam radius 2 batu nautika. Jadi, kita kenalah faham kenapa tekong tidak membawa kita memancing berdekatan dengan pulau.
Kebanyakan pulau yang tidak berpenghuni adalah pulau berbatu. Sementara struktur batu-batu yang tenggelam di sekeliling pulau tidak seragam saiznya. Tidak semua pulau boleh dihampiri dengan bot dalam jarak yang rapat. Oleh yang demikian, kita sebagai pemancing jangan cepat beranggapan negatif jika tekong tidak merapati pulau sebagaimana yang diinginkan.
Sentiasa perhati pergerakan arus dan angin jika ingin merapati tebing pulau berbatu. Sekiranya angin dan arus lebih terarah ke tebing maka sebaiknya beralih ke kawasan yang lebih selamat untuk merapati tebing.
Turut sama membantu tekong memerhati skrin sonar perihal kedalaman air walaupun tidak terlalu hampir dengan tebing pulau. Kewujudan struktur batu yang tidak seragam ketinggiannya boleh mendatangkan bahaya terutamanya di ke dalaman kurang daripada 20 kaki.
Sepadan dengan dasar yang berbatu maka gunalah perkasasan pancing yang dapat membantu mengurangkan kadar sangkut. Sekiranya berjigging, sebaiknya kurangkan jumlah penggunaan mata kail dan elakkan dari mengguna mata tiga.
Sepadan jugak dengan spot ikan-ikan kecil berlindung maka jangan terlalu harap akan strike kerapu bara 3-4kg. Dan kalau asyik strike kerapu biasa-biasa besar tapak tangan tu jangan nak salahkan tekong pula.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...