(Oleh: MK Fly Syndicate)

Blue sapphire nymph adalah nymph kegemaran saya. Setiap kali ada aktiviti pancing layang, saya akan pastikan pattern ni sentiasa dibawa.

Jika kekurangan dalam fly box, saya juga dengan pantas akan penuhkan kembali pattern ini kerana pattern blue sapphire nymph ini paling banyak ‘membunuh’ setiap kali saya turun memancing.

 

Saya ingin kongsikan rahsia bahan penting untuk mencipta pattern jenis ini dan cara-cara untuk mengikat pattern blue sapphire nymph.

baca juga try buat green emerald nymph

 

ALATAN DAN BAHAN -BAHAN

1- Vice

2- Dubbing material brown

3- Mustad hook #10

4- Bobbin holder and black Thread

5- Whipe finishing

6- Copper wire medium saiz

7- Fish skin imitation

8- Peacock herl

9- Pheasant tail

10- UV clear finish

11- UV torch light

 

LANGKAH 1

Masukkan beadhead dan mulakan ikatan.

 

LANGKAH 2

Ambil copper wire dan ikatkan sehingga ke bahagian belakang.

 

LANGKAH 3

Potong phesant tail secubit dan ikat untuk jadikan ekor.

 

LANGKAH 4

Potong fish skin dlm anggaran 3 mm dan ikat daripada bahagian belakang.

 

LANGKAH 5

Gulungkan dubbing material di benang dan lilitkan sehingga ke bahagian depan.

 

LANGKAH 6

Ambil 2 helai peacockherl dan ikatkan di bahagian ekor.

 

LANGKAH 7

Lilitkan peacock herl dan potong lebihannya dengan kemas.

baca juga diy bulu itik

 

LANGKAH 8

Warnakan bahagian bawah fish skin tadi dengan marker pen berwarna hitam.

 

LANGKAH 9

Bawa fishskin tadi ke hadapan dan lilitkan copper wire sampai bahagian tengah body.

 

LANGKAH 10

Ambil lagi phesantail dan ikat seperti dalam gambar rajah.

 

LANGKAH 11

Lilit sedikit dubbing berwarna brown dan lilitkan untuk menjadikan thorax.

 

LANGKAH 12

Tarik sekali fish skin dan phesantail ke bahagian hadapan dan ikatkannya serta potong bahagian lebihan.

 

LANGKAH 13

Buat ikatan terakhir dan ulang sebanyak 3 kali untuk lebih kukuh.

 

LANGKAH 14

Titiskan UV clear finish untuk menghasilkan thorax cover.

 

LANGKAH 15

Suluh menggunakan lampu UV untuk keringkan dan jemur di sinar matahari untuk lebih kukuh.

baca juga diy ikatan alberto

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan