Oleh : Man kodak
Popper adalah lure top water yang sering pemancing gunakan untuk mengumpan ikan. Ia juga mempunyai peminat yang tersendiri kerana lure top water menjanjikan kepuasan apabila disambar ikan.
Bergolak permukaan air semasa disambar ikan pemangsa dan di situlah kepuasan diperoleh bagi setiap kaki pancing.
Dalam teknik pancing layang juga ada pattern jenis sebegitu dan ia dipanggil sebagai popper fly.
Kali ini saya cuba menunjukkan cara-cara untuk membuat pattern popper fly bertujuan memperdayakan spesies ikan yang gemar menyambar di permukaan air.
ALATAN DAN BAHAN-BAHAN
1- Vise
2- Bobbin holder
3- Gunting
4- Thread (hitam )
5- Permanent marker
6- 3D eyes
7- Hackle
8- Marabou (kuning & hitam )
9- Mustad hook #8
10- Flash bou
11- Whipe finishing
12- Pelampung gabus (untuk dijadikan popper head)
Langkah 1
Buat ikatan pertama di bahagian suku depan mata kail.
Langkah 2
Ambil flashbou dan ikatkan sehingga ke bahagian belakang dan potong lebihannya.
Langkah 3
Ikatkan marabou berwarna kuning di bahagian belakang.
Langkah 4
Ambil 2 helai hackle (bulu ayam) dan ikat dari bahagian tepi kanan dan kiri. Sila Pastikan lengkungan hackle tadi ke bahagian luar.
Langkah 5
Kemudian ambil marabou berwarna hitam dan ikat seperti dalam gambar.
Langkah 6
Matikan keseluruhan ikatan dengan kemas.
Langkah 7
Letakkan gam gajah di bahagian batang mata kail dan masukkan kepala popper dari bahagian depan untuk lekatkannya.
Langkah 8
Lukis corak ikut kreativiti masing-masing untuk nampakkan lebih cantik.
Langkah 9
Lekatkan mata 3D di bahagian kepala popper untuk lebih menarik.