Pada isu lepas, saya telah membuat SBS untuk pattern nymph iaitu stonefly yang bersifat tenggelam di dalam air. Berbeza pada isu kali ini, saya akan membuat pattern jenis dryfly pula untuk followers Umpan belajar membuat umpan sendiri.
Kita sedia maklum bahawa serangga mayfly ini adalah serangga yg menghuni di kawasan hutan atau sungai yang berjeram.
Jadi, tak hairan lah ia menjadi sumber makanan bagi ikan-ikan di sungai dan jeram seperti tengas, lampam, sebarau dan lain-lain.
Kali ini saya akan tunjukkan cara utk membuat pattern jenis dryfly pula iaitu Mayfly with wally wing.
Pattern jenis ini sangat menjadi untuk ikan-ikan air tawar di negara kita dan ia juga cukup popular digunakan oleh pemancing-pemancing layang luar negara kerana ia bersifat terapung.
Alatan & bahan-bahan yang digunakan
- Whipe finishing.
- UNI thread 3/0 white color.
- Marker pen warna coklat.
- Marker pen warna hitam.
- Paper foam.
- Hook MUSTAD USD saiz #14.
- Bulu ayam (hackle).
- Bulu Mallard Flank.
- Bulu pheasant tail.
- Dubbing material
Gambar 1
Mulakan ikatan dari depan sehingga kebahagiaan tengah depan dan lebihkan bahagian benang sepanjang 1 jengkal di belakang.
Gambar 2
Ambil sehelai bulu mallard flank dan ikat bahagian hujung yang sudah dikebelakangkan (lihat contoh gambar) kemudian potong lebihan mallard flank tersebut.
Gambar 3
Ambil 3 helaian phesant tail atau ia boleh digantikan dengan fiber dari deer hair untuk membuat bahagian ekor mayfly, ikatan mesti bermula dari bahagian belakang.
Gambar 4
Letak sedikit dubbing material pada benang dan lilitkan sehingga ke bahagian depan untuk menghasilkan body.
Gambar 5
Ambil maker pen berwarna coklat dan warnakan lebihan benang yang ditinggalkan pada langkah pertama tadi.
Gambar 6
Kemudian lilitkan dengan menjarakkan susunan lebihan benang yang sudah diwarnakan tadi ke bahagian depan.
Gambar 7
Ambil foam yang sudah dipotong dalam anggaran 4mm dan ikat bahagian hujungnya.
Gambar 8
Ambil 2 helaian bulu ayam (hackle) dan ikatkan hujungnya, lakukan seperti dalam gambar.
Gambar 9
Lilitkan kedua-dua helai hackle sampai ke bahagian depan dan matikan ikatan serta potong lebihannya.
Gambar 10
Tarik perlahan-lahan mallard flank dengan cermat untuk bahagikan 2 bahagian supaya menjadi sayap.
Gambar 11
Tarik mallard flank ke belakang dan bawa bahagian foam ke depan untuk menghasilkan thorax cover. Kemudian ikat dan potong lebihan foam tersebut.
Gambar 12
Apabila selesai kesemua langkah tadi, ikatan terakhir perlu dibuat untuk mematikan semua ikatan. Ulang ikatan tersebut sebanyak 2 kali untuk lebih kukuh.
Gambar 13
Kemaskan dan potong bahagian sayap untuk kelihatan lebih menarik.
Gambar 14
Warnakan bahagian thorax cover atau head dengan menggunakan marker pen berwarna hitam untuk menampakkan lebih natural.