Mata bom atau mata rambai ini merupakan benda penting untuk memancing rohu. Walaupun pelbagai teknik dan cara digunakan namun bagi aku mata bom jugalah yang selalu digunakan.
Di kedai pancing banyak terjual mata bom ni namun bagi bagi seorang pemancing, buat sendiri mata bom memberi satu kepuasan.
Ia merupakan satu kerja seni dan salah satu cabang seni dalam memancing. Setengah orang kata ia kerja yang leceh namun tidak bagi pemancing tegar.
Langkah 1
Sambung spring dengan swivel menggunakan kevlar (tali sulam bersaiz kasar) kira-kira 2inci panjang.
Langkah 2
Ikat 3 perambut tali sulam pada cincin swivel mengikut ikatan yang anda biasa gunakan.
Ads
Langkah 3
Masukkan getah paip akuarium paip oxigen pada tali perambut dan swivel sehingga menyentuh spring dan keluarkan tali perambut dari dalam getah paip.
Langkah 4
Kemudian ikat getah paip dengan kuat agar spring tidak lari apabila ikan tarik mata kail (bukan takut ikan terlepas atau putus tapi swivel yang atas akan turun ke bawah dan nak tarik bagi sediakala susah sebabb lubang getah sempit).
Ads
Langkah 5
Kemudian masukkan tali perambut benang pada lubang jarum (pastikan jarum bersaiz besar) untuk dimasukkan ke dalam lubang paip.
Langkah 6
Ads
Tali perambut yang dikeluarkan dari getah paip bolehlah diikatkan mata kail yang sesuai. Kemudian buat perambut 2 mata kail untuk disambungkan pula pada spring bahagian bawah.
Langkah 7
Perambut spring mata bom yang siap untuk digunakan.
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Ikatan penyu atau TURTLE KNOT ini merupakan salah satu ikatan yang mudah tetapi agak kukuh juga. Namun ia lebih sesuai digunakan untuk mengikat mata kail dengan menggunakan tali sulam atau kevlar berbanding perambut mono apatah lagi fluorucarbon.
Step 1
Masukkan tali perambut melalui cincin mata kail dari arah hadapan. Masukkan tali dengan kepanjangan yang selesa untuk dibuat ikatan.
Step 2
Buatkan satu lingkaran biasa di atas tali perambut.
Step 3
Kemudian masukkan hujung tali perambut ke dalam lingkaran yang dihasilkan tadi dari bahagian bawah.
Step 4
Buatkan satu lagi lingkaran dan kemudian masukkan hujung perambut ke dalam lingkaran pertama tadi.
Step 5
Tarik hujung perambut perlahan-lahan sehingga satu simpulan terbentuk pada bahagian tali yang bersilang. Ketatkan simpulan tersebut.
Step 6
Masukkan lingkaran atau bulatan tali yang terhasil tersebut kepada mata kail melalui bahagian matanya.
Step 7
Tarik tali perambut utama sehingga ikatan kemas pada mata kail. Potong lebihan hujung tali perambut.
Perambut 2 mata kail atau perambut Y mata merupakan antara perambut yang digunakan bagi pancingan muara. Ia merupakan perambut yang mudah dihasilkan jika anda sudah biasa melakukan simpulan drooper loop.
Ia sama saja dengan perambut Y, yang membezakannya ialah kedudukan batu hidup. Biasanya batu hidup dimasukkan pada tali utama, namun batu hidup ini dimasukkan pada perambut bagi memboleh umpan dihantar tepat pada lubuk yang dikehendaki.
Tutorial 1
Pegang bahagian tengah perambut sepanjang 60 cm (atau sepanjang mana yang dikehendaki) dan buat satu lingkaran penuh. (Ini merupakan cara menghasilkan drooper loop. Atau boleh lakukan cara yang anda sudah biasa buat dropper loop).
Tutorial 2
Lakukan silangan antara dua tali.
Tutorial 3
Lakukan silangan tali sekurang-kurangnya 10 kali pintalan.
Tutorial 4
Masukkan tali yang melengkung bulat ke bahagian tengah pintalan yang dihasilkan tadi. Tali perlu dimasukkan agak banyak bagi membolehkan batu ladung dimasukkan nanti.
Tutorial 5
Tarik perlahan-lahan kedua-dua bahagian tali sambil membentulkan simpulan yang terbentuk dan pastikan lingkaran di tengah pintalan tidak terlucut keluar.
Tutorial 6
Tarik dengan kuat sehingga simpulan menjadi ketat dan rapat.
Tutorial 7
Seterusnya ikat mata kail pada kedua-dua hujung bahagian tali perambut (anda boleh buat apa saja ikatan yang anda suka).
Tutorial 8
Masukkan lingkaran bulat pada bahagian tengah perambut ke dalam lubang batu ladung hidup dan kemudian bolehlah disambung terus pada set pancing.
TN knot juga disebut super ring knot atau simpulan cincin merupakan ikatan yang paling popular dalam dunia jigging. Terutamanya jigging perlahan. Ikatan ini boleh dikatakan digunakan hampir kesemua jigger di negara kita. Jadi, korang patut cuba hasilkan ikatan ini.
Tutorial 1
Masukkan leader atau perambut ke dalam cincin swivel atau mata kail. Leader paling baik untuk ikatan ini ialah material fluorocarbon 100%.
Tutorial 2
Masukkan lagi sekali hujung tali ke dalam lubang cincin. Pastikan juga hujung leader agak panjang supaya banyak lilitan dapat dibuat nanti.
Tutorial 3
Pastikan simpulan yang dihasilkan tidak bertindih kerana ia boleh menjejaskan kualiti ikatan.
Tutorial 4
Tarik hujung tali melalui bahagian bawah tali utama.
Tutorial 5
Kemudian masukkan hujung ke dalam semua simpulan yang terhasil.
Tutorial 6
Tarik hujung tali dan tali utama sehingga ikatan menjadi kuat dan pastikan ikatan ini tidak bertindih.
Tutorial 7
Buat simpulan biasa bermula dari bahagian atas tali utama dan ketatkan.
Tutorial 8
Simpul pula dari bahagian bawah tali utama dan ketatkan.
Tutorial 9
Setelah membuat simpulan sekurang-kurangnya 10 kali, buat dua lilitan dalam satu simpulan bagi tujuan mematikan ikatan.
Tutorial 10
Potong lebihan tali dan bakar hujungnya.
Tutorial 11
Ring knot atau TN knot yang telah siap dalam masa singkat.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...