Peralatan terminal seperti gewang termasuklah jig, direka cipta untuk siap sedia digunakan. Atau dalam erti kata tidak perlu sebarang bentuk modifikasi. Tetapi, sekiranya anda seorang yang kreatif dan inovatif, tiada salahnya untuk melakukan kerja modifikasi bagi menambahbaikan aksi sesuatu gewang.
Sebagaimana diketahui gewang jigging atau jig direka bentuk dengan sempurna namun tidak bermakna ia tidak boleh dimodifisikasi. J ig ultra ringan atau mikro jig ini boleh ditambah bip atau lidah sebagaimana gewang replika ikan. Jig mikro berlidah ini berperanan seperti gewang biasa tetapi pada masa yang sama ia mempunyai kelebihan boleh dilontar jauh ke spot yang dikehendaki.
Kini aksi unjunan jig anda kini tidak lagi statik, tetapi anda ada teknik baru yang anda boleh mainkan.
Peralatan Keperluan:
Jig mikro (berbadan tebal)
Split ring plier
Plastik keras
Gergaji kecil
Pengikir besi
Pita pelekat kertas
Super glue
Cara membuatnya:
TUTORIAL 1
1A. Tanggalkan mata kail dan split ring dari jig mikro sekiranya masih ada pada jig.
1B. Lekatkan pita pelekat kertas pada tepi badan jig mikro (berkedudukan 45 darjah ). Pita pelekat sebagai garis panduan ketika proses menggergaji badan jig mikro. Boleh juga jika menandanya dengan marker dakwat kekal.
TUTORIAL 2
2A. Tampalkan juga pita pelekat pada bahagian bawah dan tepi mikro jig.
2B. Gergaji secara mengiring pada kedudukan 45 darjah dan gunakan pita pelekat sebagai panduan.
TUTORIAL 3
3A. Gergaji sehingga setengah dari badan jig mikro.
3B. Kemudian gunakan pengikir besi untuk meluaskan kawasan yang digergaji.
TUTORIAL 4
4A. Bahagian digergaji yang sudah dibesarkan mengikut ketebalan plastik keras yang akan digunakan.
4B. Letakkan pita pelekat sebagai penanda bahagian yang hendak digunakan dan panduan memotong.
TUTORIAL 5
5A. Gergaji plastik keras yang telah ditandakan dengan pita pelekat tadi.
5B. Letakkan plastik keras tadi di bahagian tengah jig mikro. Letakkan pita pelekat sebagai penanda untuk memotong plastik keras.
TUTORIAL 6
6A. Lekat pita pelekat pada kedudukan senget.
6B. Potong bahagian pita pelekat tadi (gunakan pisau, pembaris dan berhati-hati).
TUTORIAL 7
7A. Bentuk lidah yang telah siap dipotong dari plastik keras.
7B. Lidah jig mikro yang sudah siap.
TUTORIAL 8
8A. Gunakan super glue untuk lekatkan lidah jig mikro atau anda boleh menggunakan apa saja pelekat yang kuat untuk mencantumnya.
8B. Biarkan super glue kering. Kemudian bolehlah digunakan dengan teknik casting.