Ikatan atau simpulan drooper loop merupakan satu simpulan pada bahagian tengah seutas perambut bagi membolehkan kedua-dua bahagian perambut digunakan untuk mengikat mata, batu ladung atau sebagainya.
Terdapat beberapa cara untuk menghasilkan drooper loop dan ini merupakan contoh paling asas dan mudah untuk melakukannya.
Langkah 1
Hela sepanjang mana tali yang ingin digunakan dan buat lingkaran pada bahagian tengah.
Langkah 2
Pegang bahagian tindanan tali dan buatkan lilitan pada bahagian tersebut dengan menggunakan bahagian hujung tali.
Langkah 3
Lakukan sekurang-kurangnya 10 lilitan.
Langkah 4
Buatkan ruang pada bahagian tengah lilitan tersebut.
Langkah 5
Masukkan bahagian tengah lingkaran tali ke dalam ruang antara lilitan.
Langkah 6
Perkemaskan bahagian simpulan agar tidak bertindan sebelum tarik kedua-dua hujungnya.
Langkah 7
Pegang simpulan atau loop ketika menarik hujung tali agar simpulan tidak terlepas keluar dan betulkan lagi lilit ikatan agar bersimpul dengan kemas.
Langkah 8
Tarik seketat mungkin dan drooper loop yang sempurna dapat dihasilkan.
Aku nak share sedikit tip macam mana nak jimat kos untuk pemancing terutama sekali bab batu ladung yang selalu sangat sangkut. Tau-tau sajalah harga sebiji ladung pun agak mahal sekarang ni. Tak payah nak buat mould bagai. Semua tu leceh nak kena masak timah. Cara ni lagi senang dan muai. Cuma korang perlulah cari barang seperti yang disenaraikan ini
Timah jaring
Pelbagai saiz ada biasa beli timbang kilo dan boleh campur-campur ikut saiz yang kita nak. Harga pun murah dalam RM12 je sekilo kalau beli kat kedai. Kalau nak jimat lagi kena rajinlah cari kat jaring buruk yang orang dah tak pakai. Jangan curi orang punya sudah!
Skru kecik
Kegunaan skru kecik adalah sebagai stopper yang akan dimasukkan kat bahagian bawah batang lollipop. Skru kecik tu boleh cari kat kedai RM2 bersepah.
Lollipop stick
Lollipop stick ni kena cari kat kedai plastik. Batang straw plastik keras ni murah je. RM5 boleh dapat 150pcs. Dia ada lubang kat bahagian atas jadi senang untuk sangkut klip nanti. Batang lollipop ni ngam-ngam saiz timah jaring. Nak buat straw ranggum atau tanduk pun boleh.
Cable tie kecil
Kegunaan cable tie ni sebagai stopper untuk grip timah supaya tidak bergerak.
Cara pembuatan:
Cara nak buat ni korang boleh lihat kat gambar yang disediakan. Boleh buat batu hidup dan batu gantung. So lepas ni tak perlu risau bab batu ladung sangkut lagi. Dan yang pasti, confirm tool box korang berat dengan batu ladung sebab beli timah pun pakai kilo tak main beli biji-biji lagi.
p/s: Kalau ada member tu jenis yang payah nak beli batu ladung dan selalu balun korang punya ladung boleh share kat dia artikel ni… hahahha.
Reverse clinch knot atau ikatan reverse clinch merupakan satu simpulan atau ikatan jerut yang agak popular digunakan secara meluas dalam aktiviti memancing. Ia merupakan satu ikatan yang mana tunjang kekuatannya bergantung kepada simpulan yang dihasilkan.
Ikatannya tidak terlalu sukar untuk dipraktikan dan sangat sesuai untuk menghubungkan tali pancing dengan swivel, snap atau mata kail yang bertangkai.
Tutorial 1
Masukkan hujung tali pancing (perambut atau tali utama) ke dalam cincin mata kail atau swivel lebih kurang sejengkal atau lebih pun boleh.
Tutorial 2
Bawa bahagian hujung tali ke bahagian bawah tali utama.
Tutorial 3
Mulakan lilitan dengan menindan bahagian hujung tali ke atas tali utama.
Tutorial 4
Kemudian teruskan lilitan ke atas kedua-dua tali iaitu tali utama dan tali utama yang keluar dari gelung cincin.
Tutorial 5
Teruskan lagi lilitan menghala ke arah mata kail atau swivel.
Tutorial 6
Lakukan lilitan sekurang-kurangnya 5 hingga 7 kali. Lagi banyak lilitan sebenarnya lagi bagus kerana ia menguatkan lagi simpulan.
Tutorial 7
Kemudian masukkan hujung tali ke dalam ruang gelung yang terhasil antara tali utama dan tali yang keluar dari gelung cincin.
Tutorial 8
Kemudian masukkan pula bahagian hujung tali ke dalam gelung pertama yang dihasilkan dari lilitan tadi.
Tutorial 9
Tarik bahagian hujung tali sambil melurut lilitan agar tidak bertindan antara satu sama lain. Kemudian tarik pula bahagian tali utama dengan kuat. Apabila ikatan sudah cukup ketat, potonglah lebihan hujung tali yang tidak diperlukan. Siap!
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...