Ambil tali perambut yang korang suka berkekuatan 20-50lb bergantung kepada saiz ikan yang korang target.
Buat dalam 1 depa hingga 3 depa bergantung pada kedalaman kolam tu macam mana. Lepas tu bahagikan sama panjang dan buat satu simpulan drooper loop.
Kalau tak tau nak buat drooper loop, korang boleh buat carian dalam website umpan ni ada tutorial siap video lagi.
Batu ladung
Ikat la batu ladung ikut saiz dan bentuk yang korang berkenan. Batu ladung memainkan peranan dalam menanam (menggantung) umpan korang dan juga jarak balingan umpan. Batu ladung yang terlalu ringan akan menyebab umpan korang timbul.
Perambut mata kail
Hujung perambut gantung satu lagi korang ikat la mata kail. Terlebih dahulu saya suka buat sambungan perambut dengan tali sulam dengan teknik ikatan improved Albright. Tali sulam berkekuatan 50lb yang disulamkan sikit lebihan talinya.
Bancuh la roti dadu dengan umpan pilihan korang. Sebelum cucuk roti dadu pada mata kail, korang cucuk dulu marshmellow melepasi mata kail. Tujuan marshmellow ini untuk mengapungkan lagi umpan.
Hasilnya, patin saiz sederhana makan, spesis chaophraya pun makan.
(sumber: Umpanulongoriginal.wordpress.com)
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Beg galas atau backpack merupakan elemen yang paling penting dalam jungle trekking. Kesesuaian dan ketahanan sesebuah beg galas adalah perkara yang memainkan peranan menentukan keselesaan anda. Sesebuah beg galas itu haruslah sesuai dengan saiz tubuh pemakai.
SAIZ
Ia mestilah sesuai dengan bahagian belakang kita yang dikenali sebagai ‘Torso’. Untuk menentukan ukuran torso, anda perlulah berdiri tegak di mana kaki haruslah dibuka selaras dengan luas bahu. Minta rakan anda mengukur menggunakan tap ukur bermula dari vertebra ke tujuh (tulang yang berada dibawah sekali di bahagian tengkuk biasanya berbonjol). Dari situ ukur hingga ke bawah mengikut kontur tulang belakang.
Untuk mencari titik akhir anda perlulah meletak kedua belah tangan anda di bahagian pinggul dengan ibu jari menghala satu sama lain. Garisan di antara ibu jari tadilah yang akan menandakan penghujung torso anda. Amnya jika ukuran torso anda di bawah 46cm (18 inci), anda adalah bersaiz kecil. 46-51cm (18-20 inci) bersaiz sederhana dan sekiranya anda lebih daripada 51cm (20 inci) adalah bersaiz besar.
Jika saiz beg terlalu panjang, ia akan menjadikan keseimbangan dan pergerakan seseorang itu terganggu seterusnya boleh mencetuskan kecederaan kepada anggota-anggota badan seperti bahagian belakang. Juga akan membahayakan sekiranya melalui cerun yang sempit kerana gangguan kepada imbangan.
BERAT
Selepas selesai menentukan saiz dan model diperlukan untuk memenuhi kehendak anda. Pastikan anda pergi kemana-mana kedai outdoor dan timbangkan ia. Anda perlu mengisi pemberat 9kg (20lb) untuk menjadikan ia mantap di belakang anda. Tali pinggang mestilah berada di pinggul anda, bukan di pinggang anda.
Jika ianya terlalu rendah ia akan mengganggu pergerakan kaki ketika berjalan ke hadapan. Jika ia terlalu tinggi pula anda akan mengakibatkan beban akan tertumpu pada bahagian bahu. Perlindung alas pada tali pinggang seharusnya membaluti di bahagian tulang pinggul, tetapi tidaklah begitu tepat di hadapan.
Tempat di mana penggalas bahu bersambung dengan beg seharusnya berada dibahagian bawah bahagian tertinggi bahu anda, ia menyediakan balutan sesuai tanpa ada ruang di antaranya. Kedudukan penggalas juga haruslah selesa tanpa mengganggu pergerakan tangan anda dan tidak merasa sempit di bahagian ketiak.
Untuk pengetahuan anda beg galas ini juga dilengkapi dengan penggalas-penggalas dan juga bahagian yang boleh diubah alih bagi memastikan keselesaan anda ketika memakainya. Adalah bijak sekiranya anda mendapatkan khidmat nasihat dari mereka yang berpengalaman dan berpengetahuan.
SUSUNAN
Susun barang yang paling berat di atas dan sebolehnya hampir dengan bahagian belakang. Susunan beg seharusnya mempunyai berat antara 1/5 hingga ¼ dari berat badan anda. Beg tidur (sleeping bag) selalunya di susun di bahagian bawah, kemudian diikuti dengan pakaian, makanan dan khemah. Masukkan semua barang tersebut ke dalam plastik hitam bagi mengelakkan dari dimasuki air.
Pastikan tiada benda tajam di dalam beg yang tertonjol keluar, terutama di bahagian belakang beg. Ini memberi kesan pada tulang belakang anda. Kalau benda berat tu keras pastikan diletakkan apa-apa sahaja barang lembut yang bertindak sebagai pengalas / pelapik di antara beg dengan benda berat tadi.
Simpan tabung gas dan botol air di luar bagi mengurangkan selerak jika terdapat tumpahan dan sebagainya. Elakkan meletak barang anda tergantung di luar beg. Ini memastikan ia tidak tersangkut pada ranting-ranting dan duri pokok. Jika perlu, ada sesetengah barang yang boleh disimpan di luar beg, pastikan ia tidak berayun ketika anda berjalan kerana ia boleh menyebabkan anda hilang keseimbangan.
Gunakan alas beg (rain cover) untuk memastikan beg anda tidak basah ketika hujan. Sekiranya hujan lebat, letakkan plastik hitam di bawah rain cover untuk mengelakkan beg basah dan menjadi berat. Lindungi barang di dalam beg anda dengan membalutnya dengan plastik. Juga bawalah beg plastik sampah lebih kerana anda memerlukannya untuk memastikan barang anda kering.
Buat sistem penyusunan sendiri, bagi memudahkan anda mengingati barang yang anda bawa. Jika kecemasan ia boleh memudahkan anda mengeluarkan barang yang diperlukan. Susun secara tertib.
IMBANGAN
Barang berat rapatkan dengan belakang (dekat dengan frame backpack). Ini adalah supaya posture kita akan lagi natural. kalau berat ke bahagian belakang beg, centre of graviti akan berubah, kita berdiri pun tak selesa, dan badan kita kena adapt dengan posture baru (bongkok ke depan).
Barang berat di letakkan sama ada di bahagian atas atau di bahagian tengah. Kalau barang berat diletakkan di atas, maka beg akan kurang stabil; mudah gerak-gerak sebab centre of gravity dah berubah, lebih kepada bahagian atas badan. Cara packing ini sesuai untuk terrain yang rata.
Barang berat yang paling sesuai diletakkan di bahagian tengah kerana centre of gravity tak berubah banyak sangat. Beg stabil kerana berat berada pada bahagian badan yang paling berat (kawasan torso). Sesuai untuk terrain yang tidak rata.
(Sumber: Facebook/endy kubis)
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Boleh dikatakan semua ikan memiliki sisik sama ada di air tawar mahupun air masin. Dalam siri ini kami nak ketengahkan spesies ikan bersisik air masin gred tinggi yang menjadi buruan ramai pemancing serata negeri.
BAYAN / KETARAP
Nama Saintifik: Scarus rubroviolaceus
Nama umum: Ember parrotfish
Nama tempatan: Bayan, ketarap
Ikan bayan merupakan ikan yang mendiami kawasan batu karang serta pesisiran pantai yang berbatu. Habitat ikan ini merangkumi seluruh perairan Asia Pasifik. Ikan ini sangat terkenal dengan daya juang di kalangan kaki pancing walaupun bersaiz kecil telah menjadikannya sebagai sasaran kaki pancing.
Umpan: Ketam nipah ialah umpan paling popular untuk menjerat bayan ini. Selain itu, umpan seperti siput, kerang-kerangan, udang dan sotong juga boleh digunakan.
JENAHAK
Nama saintifik: Lutjanus johnii
Nama umum: John’s Snapper, golden snapper
Nama tempatan: Jenahak, Jenak, Unga
Dikenali sebagai bantal emas di kalangan pemancing. Jenahak merupakan ikan yang sangat popular di negara ini, termasuklah di kolam-kolam air masin. Ikan ini terdapat di semua perairan Asia Pasifik. Seperti ikan kakap merah, ikan jenahak juga mendiami kawasan berhampiran muara semasa kecil. Apabila dewasa, ikan ini akan mendiami lubang atau struktur karang yang berlumpur.
Umpan: Sotong, sotong kurita, udang lipan dan kembung/selar hidup merupakan umpan popular untuk menjerat ikan jenahak ini. Hirisan isi ikan dan sotong juga boleh digunakan.
KURAU
Nama Saintifik: Polydactylus macrochir
Nama umum: King Threadfin Salmon
Nama tempatan: Kurau / Senohong
Ikan kurau memang dikenali dengan isinya yang lazat serta harganya yang tinggi. Harga ikan ini akan melambung sekali ganda apabila di jadikan ikan masin. Kerana itulah ikan ini menjadi buruan kaki pancing. Ikan kurau yang tinggal di kawasan lubang berlumpur amat pandai mencuri umpan ketika pemancing terleka dan jika disentap kuat, pasti kita akan kehilangan umpan.
Umpan: Cabuk ataupun ikan timah merupakan umpan popular untuk menjerat ikan kurau. Selain itu, umpan sotong kurita, ikan belanak hidup dan udang hidup boleh digunakan.
SENANGIN
Nama saintifik: Eleutheronema tetradactylum
Nama umum: fourfinger threadfin, Indian salmon, blue threadfin
Nama tempatan: Senangin, gubal
Ia boleh ditemui di atas dasar berlumpur yang cetek di persisir pantai, sering hadir dalam kawanan yang kecil. Spesies dewasa dari spesies ini memasuki muara sungai ketika musim hujan. Spesies dewasa memakan udang, ikan, dan kadang-kadang polychaetes.
Senangin yang bernaung dalam keluarga Polynemidae ini mudah dikenali berikutan penampilan yang hampir sama pada penampilan keseluruhan badan, saiz mata dan filamen pada sirip pektoral. Sirip pektoral senangin terbahagi kepada dua seksyen.
Sirip bahagian atas lengkap dengan filamen, manakala di bahagian bawah terdapat 3 hingga 16 sirip tunggal tanpa filamen. Sirip ini berfungsi sebagai agen deria untuk mengesan makanan di dalam perairan yang berlumpur.
Umpan: Banyak dipancing dengan umpan udang hidup
IBU KERISI
Nama Saintifik: Pristipomoides multidens
Nama umum: Gold banded jobfish
Nama tempatan: Ibu kerisi, kerisi bali
Ikan yang mendiami lubang dan struktur karang di perairan negara kita ini sangat terkenal dengan isinya yang enak dan sukar diperolehi. Ikan ini yang bergerak secara berkumpulan dan bersikap tidak memilih umpan menyebabkan ia amat mudah diperolehi semasa trip memancing. Berbeza dengan ikan kerisi bersaiz kecil. Ikan ini merupakan hidangan lazat setanding dengan ikan gred A yang lain.
Umpan: Ibu kerisi tidak cerewet untuk memilih umpan. Teknik dasar menggunakan umpan hirisan sotong, udang mati atau hirisan isi ikan pasti dapat menjerat ikan ini.
KAKAP MERAH
Nama Saintifik : Lutjanus argentimaculatus
Nama umum : Mangrove jack
Nama tempatan : Kakap merah, tambong
Ikan kakap merah atau lebih dikenali sebagai MJ (Mangrove jack) di kalangan para pemancing. Ikan Kakap merah bersaiz juvenil kebiasaannya akan tinggal di kawasan muara sebagai tempat perlindungan dan mencari makanan.
Kemudian apabila telah matang, ikan ini akan berhijrah kelautan lepas. Waktu malam merupakan masa sesuai untuk memancing ikan ini kerana ikan ini amat aktif pada waktu malam untuk mencari makanan.
Umpan: Umpan sotong dan kembung hidup amat popular untuk menjerat ikan ini. Walaupun begitu, hirisan isi ikan dan umpan ikan hidup juga dikatakan efektif untuk dijadikan umpan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...