DIY black bug – umpan pancing layang

Share

 

(Oleh: MK Syndicate)

Umpan tiruan yang lazimnya meniru atau menyerupai serangga yang menjadi diet sesuatu spesies ikan merupakan umpan yang cukup efisien dalam method fly fishing.

Jadi, kemahiran untuk menghasilkan sendiri umpan ini perlu dimiliki oleh setiap pemancing walaupun lebih menyukai teknik pancingan lain.

 

ALATAN DAN BAHAN

 

 

1- VISE
2- BOBBIN HOLDR DAN BENANG HITAM
3- GUNTING
4- WHIPE FINISHING
5- DUBBING MATERIAL
6- BUG BODIES
7- FOAM MERAH
8- SAMPERFLI STRAGGLE STRING
9- MUSTAD HOOK #12

 

Step by step

 

Langkah 1

Ikatkan benang kira-kira ¼ dari bahagian depan mata kail.

 

Langkah 2

Ikatkan bug bodies bermula dari bahagian belakang.

 

Langkah 3

Kemudian, ikat straggle string di bahagian belakang.

 

Langkah 4

Lilitkan dubbing keseluruh bahagian body.

 

Langkah 5

Ambil straggle string lilitkan sehingga kebahagian depan dan potong lebihannya.

 

Langkah 6

Tarik bug bodie ke depan dan ikat dibahagian suku hook utk dijadikan kepala (rujuk pada gambar).

 

Langkah 7

Potong saiz kecil foam berwarna merah dan ikatkan di bahagian atas kepala.

 

Langkah 8

Buat ikatan terakhir dan ikatkannya dengan kemas.

 

Langkah 9

Umpan serangga kumbang hitam yang telah siap!

Published by
Amang