Diy Asas Assist Hook Fast Jigging!!

Share

 

Tiada simpulan asas menghubungkan kevlar dengan mata kail dalam penghasilan assist hook ini. Hanya lilitan tali sulam dan kekuatan gam saja yang menyatukannya. Bagi korang yang malas atau tak pandai nak buat simpulan, bolehlah cuba ikatan ini.

 

Langkah 1

Kepitkan mata kail (apa saja mata kail yang korang nak guna) pada fly tying vise. Kalau tak ada vise ni, guna jari pun boleh je.

 

Langkah 2

Lilitkan mata kail dengan tali sulam (6lb-10lb) sebagai tapak untuk memegang kevlar. Lilit dalam anggaran 2cm atau sepanjang mana kevlar yang akan ditempel ke atasnya.

 

 

Langkah 3

Masukkan kevlar melalui lubang cincin mata dan tempelkan ia mata kail yang telah dililit tali sulam. Mulakan lilitan dari arah lubang cincin ke arah hujung mata kail.

Kemudian letakkan flash atau bulu kilat ke atas kevlar dan lakukan lilitan sehingga ke lubang cincin dan teruskan satu lapisan lilitan lagi.

 

Langkah 4

Setelah itu potong lebihan bulu kilat. Panjang bulu kilat memadai satu kali ganda panjang mata kail.

 

 

Langkah 5

Sapukan gam pada lilitan yang dihasilkan tadi. Pastikan gam yang digunakan adalah gam yang berkualiti. Biarkan gam kering seketika, kemudian sapukan satu lapis lagi. Siap!

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

Published by
Amang