Berikut merupakan keluhan dan harapan yang diluahkan oleh tekong yang dihubungi oleh Team Umpan.

 

Keluhan dan harapan

 

Aktiviti memancing ini boleh menjana pendapatan kepada negara menerusi kemasukan pelancong asing. Secara tidak langsung ia menyokong industri pelancongan dan membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

 

Maka, sokongan dari pihak berwajib amat penting di dalam membantu:

 

Kenaikan harga bahan api (petrol) menyukarkan operasi. Bantuan hanya diberikan kepada nelayan tetapi pengusaha bot memancing tidak mendapat mendapat bantuan. Harga enjin dan kos pembuatan bot meningkat tinggi dan ia diburukkan lagi dengan kejatuhan mata wang ia memberi kesan terus kepada pengusaha bot memancing.

 

Ads

Keluhan Tekong Bot Mancing Masa Kini!!

 

Pihak berwajib perlu membuat semakan dengan memberi pengecualian atau mengurangkan cukai import bagi mengurangkan bebanan ini.

 

Harga alat-alat ganti enjin bot sangat tinggi dan kos upah baik pulih juga tinggi dan ia memerlukan perhatian wajar dari pihak berwajib.

 

Ads

Tiada sokongan dari bank-bank untuk membantu pengusaha di dalam menyediakan pinjaman untuk melebarkan lagi perniagaan. Semua urusan adalah tunai dari pengusaha merencatkan aktiviti pengembangan.

 

Keluhan Tekong Bot Mancing Masa Kini!!

 

Tiada zon khas yang diwartakan untuk lokasi memancing sebagaimana Taman Laut yang dikhususkan untuk aktiviti skuba. Usaha dari pengusaha bot memancing membuat tuas dan unjam tidak bertahan lama.

 

Ads

Ribuan wang dilaburkan untuk menyediakan lokasi memancing tetapi dengan kehadiran bot pukat tunda dan lain-lain aktiviti penangkapan ikan komersial yang tidak terkawal merosakan prasarana yang disediakan.

 

Keluhan Tekong Bot Mancing Masa Kini!!

 

Banyak terumbu karang dirosakkan dengan penangkapan ikan secara komersial menggunakan teknologi yang telah diharamkan oleh negara maju masih dipraktikkan di negara kita. Populasi ikan semakin berkurangan disebabkan tiada kawalan dan penguatkuasaan dibuat. Karang-karang musnah, benih-benih ikan kecil dikaut dengan rakus. Pembiakan terganggu dan makin pupus.

 

Keluhan Tekong Bot Mancing Masa Kini!!

 

Kewujudan pihak yang ingin mengaut keuntungan di mana khazanah negara seperti kapal-kapal yang karam sekian lama besi, tembaga dan lain-lain yang bernilai dinaikan dan dijual menyebabkan lokasi memancing dan pembiakan ikan berkurangan.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI