Jom kita sama-sama rasai pahit manis rakan-rakan kita yang pernah berhadapan dengan perkara ini.
“Kalau jiwa pemancing sebenar, dia takkan marah tapi dia akan terkejut dengan saiz dan kekuatan ikan tu yang berjaya mematahkn joran dia yang berharga ribu-ribu ringgit tu. Keesokan hari barulah dia akan marah. Marah kat kedai pancing sebab tauke kedai tu kata joran yang dia beli tu harganya ribuan ringgit sebab joran tu boleh tarik ikan besar dan takkan patah.”
– ZAIDI IDIAZ
“Perasaan dia sama macam kita baru beli lure harga puluhan ringgit dan nak hampir cecah ratus, kemudian selang beberapa jam pi casting. First cast leader putus… lure pulak melayang jauh nun di sana.”
– AZHAR USMPENANG
“Pernah… beli jam 3 petang… pakai malam tu. Kawan pinjam dan kena tarik pari lebih 10kg. Lawan dekat 1 jam then patah. Apa boleh buat… minta bayar half ja sebab member.”
– RAYNER NELSON CHONG
“Senang je… berlapang dada dan fikir rasional. Then minta peminjam ganti balik… bayar monthly pun takpe. Braided putus takpe, jangan putus silaturahim.”
IKLAN
– FAUZAN YAACCOB
“Ganti la apa lagi. Pinjam pandai ganti mau pandai la. Kalau kita yang bagi pinjam boleh runding-runding sikit. Kalau dia yang mintak, pandai-pandai le.”
– ABU HASSAN ABD RAZAK
“Nama pun pinjam… faham-faham sendiri la apa makna pinjam. Takkan nak bagi member sedap… kita pulak murung selama sebulan.”
– ASMUNI ABD RAHMAN
IKLAN
“Patah tu okey lagi sebab tahu kat situ ada ikan besar dan kita tahu yang rod mahal tak menjamin kualiti. Tapi kalau kawan buat jatuh joran dalam laut atau sungai itu kawan patut humban dalam laut juga.”
– MOHD AZNIN FAZLI
“Itu kira baiklah jugak tengah bertarung dengan ikan. Lagi sedih bila bagi pinjam dekat member, member nak melontar, terlebih hayun joran tu sampai kena lantai dan patah joran tu. Perghhh!”
– NIK IRSHAM
“Sebab ikan takpe… nama pun kawan. Takde hal punya sambil-sambil tunggu ke darat google la apa yang patut dan tunjuk kat dia yang mana berkenan.”
IKLAN
– ZA KI
“Joran patah tarik ikan no hal lagi tapi kalau jenis pinjam tak reti pulang ni macam mana? Bertahun dah rasa. Kita pulak yang malu nak mintak banyak kali. Dh pinjam set, pinjam reel plak. Tu pun tak pulang lagi. Apa punya orang la.”
– KEMBARA AMIE
“Time nak bagi pinjam kena la bagi tau apa-apa…yg minjam pun tau la kena ganti balik… jangan buat bodoh je!”
– SHAMSUL ADHA
“Selagi member tu kata nak ganti balik joran tu… rasanya ok kot. Tapi kalau dia ganti dengan sorry je… memang cari pasal la.”
– YUSRI OTHMAN
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Semakin kerap dilihat pertelagahan yang berlaku sesama pemancing terutamanya di media sosial ataupun di dalam pertandingan memancing. Medan yang dahulunya mengukuhkan tali persaudaraan kini berubah menjadi medan peperangan dan pertelingkahan sesama sendiri. Persoalannya kenapa?
Setelah puas dikaji dan diteliti dapat dilihat pattern mengapa terjadinya perkara seperti ini. Antara yang menguatkan pemerhatian penulis adalah kewujudan ‘puak-puak’ di kalangan kaki pancing.
Apa yang cuba penulis maksudkan di sini ialah semakin banyak wujudnya pihak-pihak yang gemar melakukan provokasi sesama kaki pancing lain dan menggalakkan pergaduhan. Semuanya terjadi bila puak yang mempunyai ramai pengikut cuba memperlekehkan ahli dari grup lain dan kemudiannya berlakulah perang mulut.
Dari perang solo, ia kemudiannya disertai pula lebih ramai pengikut yang menyokong provokasi itu dan kemudiannya pihak yang diprovok memanggil pula geng-geng mereka dan begitulah seterusnya.
Disebabkan ini, pertelingkahan yang sepatutnya kecil menjadi lebih parah dan seterusnya ada pula yang berkecil hati, maka terjadilah kes-kes bermasam muka dan cakap-cakap belakang yang kemudiannya menjadi barah kepada kaki pancing itu sendiri.
Konsep provokasi yang dapat penulis lihat di kalangan kaki pancing ini bukanlah mengenai isu-isu besar seperti bagaimana untuk membawa industri memancing ke arah yang lebih tinggi.
Sebaliknya ia lebih kepada isu-isu kecil dan remeh-temeh seperti, `SIAPA LEBIH POWER’, `SIAPA LAGI OTAI, `MEMPERTIKAI SETUP PANCING PEMANCING LAIN’, `TEKNIK SIAPA YANG LEBIH BAGUS’, ‘GENG TAPAU TERLAMPAU’ dan sebagainya.
Kalau nak bercerita siapa lagi hebat, lihat dahulu apakah pencapaian anda sendiri. Adakah anda pernah memberi sumbangan di dalam industri memancing Malaysia? Atau adakah nama anda telah tercatat di dalam rekod tangkapan ikan dunia International Game Fish Association (IGFA)?
Persoalannya mengapa perlunya wujud puak-puak daripada industri memancing kita? Tak bolehkah kalau semuanya bersatu dan bersama-sama menaikkan nama industri memancing ini?
“Salah tanggapan tu, yang sebetulnya ‘berkumpulan’ bukan ‘berpuak’. Ini terjadi disebabkan oleh minat oleh kaki pancing itu sendiri. Tak semua orang suka main laut dalam, tak semua orang main kolam, tak semua orang main lombong.
Tetapi untuk menyatukan kaki pancing yang sama tempat pancingan, satu kumpulan ditubuhkan untuk bertukar-bertukar pendapat dan ilmu dalam dunia pancingan.
Tak ada kumpulan yang melarang untuk mengambil ahli baru. Percayalah, kalau mereka semua duduk semeja pun, tak kira kaki pancing laut dalam, kaki pancing lombong , kaki pancing kolam mereka pasti ada yang nak diborakkan. Kalau berpuak, mereka saling membenci. Itu bukan seorang kaki pancing yang sejati.”
– Mael JG
“Memang wujud golongan pemancing yang berpuak-puak ni. Contohnya, walaupun geng dalam group FB, golongan ni ada group dia sendiri seperti group chat whatsapp dan lain-lain. Diorang akan turun memancing dengan geng dia jer. Mungkin tak nak berkongsi lubuk dan sebagainya. Bagi saya, memancing dengan siapa-siapa pun tak kisah. Janji enjoy dan make friends.”
– Dryel FishOn
“Yang berpuak-puak tu selalunya libatkan pertandingan atau peminat-peminat tegar sesuatu produk pancing. Masing-masing nak tunjuk merekalah hebat dengan produk mereka, tanpa produk itu maka tak akan menang kata mereka. Dari provok suka-suka terus melarat sehingga ke group-group di dalam FB.
Ape pun tak boleh la berpuak-puak ni. Dunia pancing kita tak besar mana, esok lusa pusing-pusing jumpa balik dengan orang sama jugak. Akhir kata “Mancing je pun, why so serious?”
– Pjoy Rwg
“Biasalah, arena pancing itu sendiri pon ada pelbagai kaedah dan teknik…. So, tak mustahil la kaki-kaki pancing pon berpuak-puak. Kaki rendam, kaki ngilat, kaki kolam, kaki udang, salt water, fresh water, laut dalam, pantai, kaki sungai pegunungan, dan lain-lain. Belum masuk kaki fly lagi… banyak lahh!!!!
– Mat Lie SW
“Biasa la… geng-geng OTAI mana nak bercampur dengan FRESHMEN… geng-geng BRANDED mane ngam ngan geng-geng MAMPU MILIK… Geng-geng FAMOUS segan nak bergaul dengan geng PICISAN… Even dalam group sendiri pun ade geng ORG LAMA dan BUDAK BARU NK UP… Sekian.”
– Nubis Kubis
“Kebiasaannya isu berpuak-puak ni muncul di dalam satu group yang besar. Selaku ahli di dalam group-group mengilat, saya banyak dapati ianya lebih kepada faktor individu itu sendiri yang mana apabila berlaku perbalahan sesama ahli maka fenomena berpuak-puak makin menjadi.
Perbezaan fahaman memancing juga menyumbang kepada masalah ini sebagai contoh, caster yang mengamalkan CNR adakalanya bertegang dengan caster yang tapau hasil tangkapan.”
– Kobi Kaha
“Dalam memancing ni biasanya berpecah daripada segi teknik sama ada bottom, casting, jigging, popping dan sebagainya. Dan seterusnya berpecah mengikut platform media sosial mahu pun forum. Tapi satu je yang pasti, takde lah sampai bermasam-masam muka, insyaallah.
Bahan membahan tu adatlah lelebih lagi kalo burung bangau tu asyik ngeko gi mancing. Janji mancing. Pedehal?”
– BoiPancing
“Jika tengok dalam dunia bottom, caster, jigger, surfer, flyer ni memang ada unsur berpuak-puak. Ini wujud sebab banyak benda, contohnya pendapat, port rahsia, barang-barang mahal, kelengkapan dan berbeza ideologi.
Yang pasti kita kena kikis dulu sifat dengki dan ego yang menebal dalam diri kita. Semuanya berkaitan dengan MENTALITI kita.. Jika mentaliti kita sihat, maka sihatlah apa-apa jua yang kita usahakan.”
– Zam PD
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Memancing merupakan salah satu aktiviti luar yang mudah dijalankan. Hampir kesemua golongan peringkat usia, taraf hidup dan kesihatan boleh melakukan aktiviti memancing.
Malah, bukan sahaja lelaki, golongan wanita turut berkemampuan untuk mencuba hobi ini. Tahukah anda, mereka yang memancing lebih terdedah kepada cara hidup yang lebih sihat?
MEMANCING MEMBUATKAN FIZIKAL ANDA LEBIH SIHAT
Walaupun memancing kelihatan tidak memerlukan anda mengeluarkan banyak peluh, namun pencarian spot atau lubuk pancing yang baik memerlukan sedikit kerja keras untuk
mendapatkan lokasi yang berbaloi sama ada mengayuh sampan atau bot, berbasikal ke lokasi pancing mahu pun trekking jauh ke dalam hutan. Aktiviti ini sebenarnya secara tidak langsung memberi kesan baik kepada kardiovaskular anda.
Selain itu, pancingan layang atau flyfishing; salah satu cabang atau teknik pancingan, juga sebenarnya membantu wanita untuk melawan penyakit kanser payudara.
Terdapat sebuah pertubuhan yang diberi nama Casting for Recovery, telah menggabung pendidikan kesedaran kanser payudara dengan sukan memancing sebagai satu langkah sokongan, terapi dan senaman.
Pertubuhan ini menyatakan, pergerakan lembut dalam flyfishing menyerupai senaman yang diperlukan oleh golongan yang baru melakukan pembedahan atau rawatan radiasi untuk menggalakkan tisu lembut meregang.
Kumpulan ini ditubuhkan untuk wanita pelbagai peringkat usia, rawatan dan fasa penyembuhan.
SUMBER NUTRISI TERBAIK DARIPADA IKAN
Ikan merupakan sumber terbaik bagi mendapatkan asid lemak omega-3. Omega-3 amat bagus untuk menurunkan tekanan darah selain menurunkan risiko strok dan kegagalan fungsi hati.
Menurut Mayo Clinic, omega-3 juga sangat baik untuk mengurangkan ketidakseimbangan kadar degupan jantung selain meningkatkan fungsi otak berkembang bagi kanak-kanak.
Selain kepentingan nutrisi di atas ke atas kesihatan, kajian juga menunjukkan memakan ikan mampu menyelamatkan daya penglihatan, mengurangkan risiko asma, melindungi kulit anda daripada sinaran UV dan mengurangkan risiko rheumatoid arthritis.
MEMANCING KURANGKAN TEKANAN
Tanyalah kepada pemancing di luar sana, merasai tentangan ikan di hujung tali pancing cukup untuk membuang segala tekanan dan keserabutan dalam kepala.
Menurut Frank Peterson, presiden dan CEO kepada Recreational Boating and Fishing Foundation, “Memancing merupakan satu aktiviti yang mengurangkan tekanan dan dalam masa yang sama menimbulkan rasa keseronokan”.
Menurut data Recreational Boating and Fishing Foundation dan Outdoor Foundation, 9% warga Amerika berkira-kira untuk mencuba sukan memancing di mana 38% daripada
jumlah itu berminat oleh kerana mahu mengurangkan tekanan atau stress sama ada tekanan daripada segi mental atau fizikal.
MEMANCING KURANGKAN SIMPTOM PTSD
Kombinasi melakukan aktiviti yang santai dan senaman ringkas juga membantu kepada mereka yang mengalami PTSD (post traumatic stress disorder).
Satu kajian pada tahun 2009 menunjukkan aktiviti memancing dapat mengurangkan simptom PTSD dan meningkatkan mood bagi mereka yang mengalami kecelaruan.
Selepas tiga hari melakukan aktiviti flyfishing, laporan menunjukkan pengurangan sebanyak 32% rasa bersalah dan 43% rasa kemarahan.
Perasaan takut juga menurun sebanyak 30% dan 36% perasaan kesedihan menurun. Kesan positif ini kekal sehingga lebih sebulan selepas mereka menjalani terapi memancing ini.
Percaya atau tidak, banyak mata memandang kerjaya sebagai tekong atau pengusaha bot memancing dalam industri memancing masa kini sebagai profesion yang menguntungkan.
Ramai yang beranggapan ia umpama lubuk emas dan tidak kurang yang memasang impian untuk bergelar seorang tekong.
Hanya dengan menghitung kos sewaan perkhidmatan harian dengan jumlah trip per bulan, mereka akan terpesona dengan deretan angka yang masuk saku para tekong.
Umpama melihat itik yang terapung tenang di permukaan air, mereka sama sekali tidak nampak usaha keras sepasang kakinya di dalam air untuk kelihatan tenang di permukaan.
Atas dasar itu, Wacana Umpan kali ini cuba membongkar dan mendedahkan keluhan dan harapan para tekong dan pengusaha bot memancing.
Berikut merupakan keluhan dan harapan yang diluahkan oleh tekong yang dihubungi oleh Team Umpan.
Keluhan dan harapan
Aktiviti memancing ini boleh menjana pendapatan kepada negara menerusi kemasukan pelancong asing.
Secara tidak langsung ia menyokong industri pelancongan dan membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.
Maka, sokongan dari pihak berwajib amat penting di dalam membantu:
Kenaikan harga bahan api (petrol) menyukarkan operasi. Bantuan hanya diberikan kepada nelayan tetapi pengusaha bot memancing tidak mendapat mendapat bantuan.
Harga enjin dan kos pembuatan bot meningkat tinggi dan ia diburukkan lagi dengan kejatuhan mata wang ia memberi kesan terus kepada pengusaha bot memancing.
Pihak berwajib perlu membuat semakan dengan memberi pengecualian atau mengurangkan cukai import bagi mengurangkan bebanan ini.
Harga alat-alat ganti enjin bot sangat tinggi dan kos upah baik pulih juga tinggi dan ia memerlukan perhatian wajar dari pihak berwajib.
2. Tiada sokongan dari bank-bank untuk membantu pengusaha di dalam menyediakan pinjaman untuk melebarkan lagi perniagaan. Semua urusan adalah tunai dari pengusaha merencatkan aktiviti pengembangan.
3. Tiada zon khas yang diwartakan untuk lokasi memancing sebagaimana Taman Laut yang dikhususkan untuk aktiviti skuba. Usaha dari pengusaha bot memancing membuat tuas dan unjam tidak bertahan lama.
Ribuan wang dilaburkan untuk menyediakan lokasi memancing tetapi dengan kehadiran bot pukat tunda dan lain-lain aktiviti penangkapan ikan komersial yang tidak terkawal merosakan prasarana yang disediakan.
4. Banyak terumbu karang dirosakkan dengan penangkapan ikan secara komersial menggunakan teknologi yang telah diharamkan oleh negara maju masih dipraktikan di negara kita.
Populasi ikan semakin berkurangan disebabkan tiada kawalan dan penguatkuasaan dibuat. Karang-karang musnah, benih-benih ikan kecil dikaut dengan rakus. Pembiakan terganggu dan makin pupus.
5. Kewujudan pihak yang ingin mengaut keuntungan di mana khazanah negara seperti kapal-kapal yang karam sekian lama besi, tembaga dan lain-lain yang bernilai dinaikan dan dijual menyebabkan lokasi memancing dan pembiakan ikan berkurangan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...