Apa korang rasa jika joran yang baru dibeli dengan harga ribuan ringgit, diberi pinjam kepada kawan dan joran tersebut dikembalikan dengan keadaan patah teruk?
Saya ada kisah tersendiri tentang memberi pinjam joran atau kelengkapan memancing lain kepada rakan. Selepas beberapa kejadian, admin macam dah serik dan tak kisah apa orang nak cakap. Nak kata kedekut ke apa ke memang tak kisah.
Selepas kejadian itu juga admin akan nilai dulu pengalaman memancing sesiapa saja yang nak meminjam barang pancing. Kalau sudah biasa memancing bersama, sudah tentu tidak jadi masalah. Tapi kalau pegang joran pun tak berapa nak betul, memang admin akan jadi seorang yang pelokek.
Pernah, joran yang admin pinjamkan dikembalikan umpama tebu yang diperah jusnya oleh mesin. Apabila ditanya mengapa jadi begitu, kita pulak yang disalahkannya dengan alasan joran tersebut sudah reput! Tarik gewang yang tersangkut pada pokok kecil pun boleh patah! Sudahlah joran patah, gewang kesayangan yang tersangkut pada pokok pula tidak diambilnya.
Kejadian kedua, reel yang diberi pinjam kepada rakan dikembali dengan keadaan shaft bengkok. Apabila ditanya, katanya beliau langsung tak guna reel tersebut. Beliau hanya letak set pancing itu pada rod holder bot. Namun tak dapat dipastikan sama ada rakan-rakannya yang lain ada menggunakannya atau tidak.
Korang pernah kena macam ni? Jom kongsikan pengalaman korang memberi pinjam barangan pancing kepada rakan-rakan.
“Kalau jiwa pemancing sebenar, dia takkan marah tapi dia akan terkejut dengan saiz dan kekuatan ikan tu yang berjaya mematahkn joran dia yang berharga ribu-ribu ringgit tu. Keesokan hari barulah dia akan marah. Marah kat kedai pancing sebab tauke kedai tu kata joran yang dia beli tu harganya ribuan ringgit sebab joran tu boleh tarik ikan besar dan takkan patah.”
“Perasaan dia sama macam kita baru beli lure harga puluhan ringgit dan nak hampir cecah ratus, kemudian selang beberapa jam pi casting. First cast leader putus… lure pulak melayang jauh nun di sana.”
“Pernah… beli jam 3petang… pakai malam tu. Kawan pinjam dan kena tarik pari lebih 10kg. Lawan dekat 1jam then patah. Apa boleh buat… minta bayar half ja sebab member.”
“Senang je… berlapang dada dan fikir rasional. Then minta peminjam ganti balik… bayar monthly pun takpe. Braided putus takpe, jangan putus silaturahim.”
“Ganti la apa lagi. Pinjam pandai ganti mau pandai la. Kalau kita yang bagi pinjam boleh runding-runding sikit. Kalau dia yang mintak, pandai-pandai le.”
“Nama pun pinjam….takkan nak bagi member sedap, kita murung selama sebulan.”
“Patah tu okey lagi sebab tahu kat situ ada ikan besar dan kita tahu yang rod mahal tak menjamin kualiti. Tapi kalau kawan buat jatuh joran dalam laut atau sungai itu kawan patut humban dalam laut juga.”
“Itu kira baiklah jugak tengah bertarung dengan ikan. Lagi sedih bila bagi pinjam dekat member, member nak melontar, terlebih hayun joran tu sampai kena lantai dan patah joran tu. Perhhh.”
“Sebab ikan takpe… nama pun kawan. Takde hal punya sambil-sambil tunggu ke darat google la apa yang patut dan tunjuk kat dia yang mana berkenan.”
“Joran patah tarik ikan no hal lagi tapi kalau jenis pinjam tak reti pulang ni macam mana? Bertahun dah rasa. Kita pulak yang malu nak mintak banyak kali. Dh pinjam set, pinjam reel plak. Tu pun tak pulang lagi. Apa punya orang la.”
“Time nak bagi pinjam kena la bagi tau apa-apa…yg minjam pun tau la kena ganti balik… jangan buat bodoh je!”
“Selagi member tu kata nak ganti balik joran tu… rasanya ok kot. Tapi kalau dia ganti dengan sorry je… memang cari pasal la.”