Coelacanth – Fosil Hidup Yang Belum Pupus

Share

 

Spesies yang kelihatan seperti dari zaman primitif ini pada asalnya dikatakan telah pupus bersama dengan dinasour sekitar 65 juta tahun dahulu. Kemudiannya ikan ini telah ditemui oleh seorang kurator muzium dari Afrika Selatan di dalam jaring pada 1938. Ini menarik perhatian para saintis perikanan sehingga menimbulkan perdebatan dan teori evolusi spesies ini.

 

Terdapat 2 spesies coelacanth yang mana salah satunya hidup di Pulau Comoros di Afrika dan spesies kedua di perairan Sulawesi, Indonesia. Ramai saintis percaya bahawa karakter unik coelacanth merupakan evolusi terawal teori spesies ikan menjadi hidupan darat.

 

Antara ciri menarik ‘fosil hidup’ ini ialah mempunyai sirip pectoral yang kelihatan seolah-olah sepasang kaki. Selain itu, karakter menarik lain ialah spesies ini mempunyai sisik yang tebal membuatkannya kelihatan seperti haiwan purba. Begitu pun, ramai berpendapat fizikal luaran spesies ini kelihatan mengagumkan.

 

Coelacanth merupakan ikan perenang dasar dan menghabiskan banyak masa di dasar laut dalam sedalam 700 meter di dasar laut. Spesies ini mampu membesar mencapai 2 meter dan berat melebihi 90 kg.

 

 

Saintis dan pengkaji berpendapat spesies ini mampu mencapai usia lebih 60 tahun. Sehingga kini, populasi sebenar sukar dijangkakan, namun saintis percaya spesies ini wujud sekitar 1000 ekor sahaja lantas menjadikan ikan primitif ini dalam tahap spesies sangat terancam.

 

Nama saintifik : Latimeria chalumnae

Diet : Karnivor

Tahap usia : 60 tahun

Status : Sangat terancam

 

Published by
Amang