Bagi penggemar makanan laut, berbelanja lebih untuk menikmati hidangan ini sememangnya suatu kemestian bagi mereka. Pelbagai jenis hidangan laut yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat kita masa kini tidak kiralah ikan, udang, sotong, dan kerang-kerangan. Namun begitu, tahukah anda bahawa hidupan laut ini boleh tercemar dan menyebabkan anda mengalami keracunan?

 

Ciguatera adalah salah satu jenis keracunan makanan laut yang semakin kerap didengari. Setiap tahun dikatakan lebih 5,000 kes didengari di peringkat global. Ciguatera ini terjadi apabila spesies ikan laut (terutama yang tinggal di kawasan terumbu karang) telah mengandungi toksin yang disebabkan oleh ciguatoxin, iaitu suatu racun yang dihasilkan oleh mikro alga marin yang dipanggil dinoflagellate.

 

IKLAN

Sewaktu musim panas, dinoflagellates ini telah berkembang biak di kawasan terumbu karang, alga dan rumpai laut yang mana ia akan dimakan oleh ikan yang bersifat herbivor, sekali gus tersebarnya toksin ini di dalam badan ikan tersebut. Walaubagaimanapun toksin ini tidak tersebar begitu sahaja. Apabila spesies ikan karnivor memakan spesies herbivor yang telah tercemar tadi, sekaligus toksin ini akan terus merebak kepada ikan karnivor tersebut

 

Ini mengakibatkan toksin ini bergerak di dalam rantaian makanan dan sekali gus, apabila manusia memakan ikan yang tercemar ini, mereka akan mengalami gejala keracunan makanan laut ini.

 

Dikatakan juga, simptom sebegini akan berlarutan sehingga berminggu-minggu, bahkan ada juga hingga berbulan-bulan dan bertahun lamanya. Bila mana anda mengalami simptom seperti yang dinyatakan ini, baiklah anda berjumpa dengan doktor secepat mungkin bagi mengelakkan kondisi diri anda menjadi bertambah teruk.

 

Ciguatera ini biasanya merebak kepada manusia dalam jangka waktu 2 hingga 8 jam selepas memakan ikan yang telah dijangkiti toksin itu. Antara simptom yang terhasil disebabkan oleh ciguatera ialah:

 

  • Loya
  • Muntah
  • Cirit-birit
  • Degupan jantung tidak normal
  • Pening Kepala
  • Sakit otot
  • Kebas
  • Halusinasi