Carta Ikan Hiasan Termahal Dunia!!

Share

 

CANDY BASSLET

Ikan yang mempunyai warna terang ini harus menjadi antara ikan marin tercantik. Ikan ini boleh dijumpai di Caribbean. Ikan ini agak aktif tambahan pula hanya memerlukan penjagaan yang minima seterusnya sesuai dijadikan ikan hiasan.

 

 

CLARION ANGELFISH 

Spesies Clarion angelfish diberi nama sempena nama sebuah pulau di perairan Mexico. Ikan ini mempunyai tona warna yang menarik dan sering ditangkap untuk dijadikan ikan hiasan. Walaupun mempunyai nilai yang tinggi, sesiapa yang menangkap dan membela ikan ini perlu mendapatkan permit daripada kerajaan Mexico terlebih dahulu.

 

WROUGHT IRON BUTTERFLYFISH 

Boleh dijumpai di perairan Jepun, ikan kecil yang menawan ini mencapai ukuran sekitar 6 inci apabila dewasa. Ikan ini sering menjadi kegemaran pengumpul ikan hiasan. Ikan ini merupakan perenang aktif dan sesuai diletakkan dalam akuarium selain mempunyai tona warna yang cantik.

 

 

AUSTRALIAN FLATHEAD PERCH 

Ikan ini juga antara spesies yang sukar ditemui dan jika ada, nilainya sekitar USD5,000. Ikan ini ditemui di perairan Australia dan agak sukar menangkapnya. Ikan ini bersembunyi di sebalik batu dan karang. Ikan ini akan memecut laju keluar hanya untuk serangan ketika mencari makanan dan akan memecut ke sebalik batu kembali. Warna dan jalur pada badan ikan ini menjadikannya sesuai sebagai ikan hiasan.

 

NEPTUNE GROUPER 

Ikan neptune grouper ini merupakan kegemaran peminat ikan hiasan dan nilainya sekitar USD6,000. Ikan ini sukar ditangkap kerana hidup di laut dalam. Penyelam yang menangkap ikan ini juga perlu naik ke permukaan dengan perlahan-lahan bagi mengelak ikan ini mati. Juvernil ikan ini mempunyai warna yang sangat berbeza dengan spesies yang telah matang. Warna terang pada badannya merupakan antara sebab spesies ini sangat dicari oleh pengumpul.

 

 

GOLDEN BASSLET 

Salah satu spesies terkecil dalam famili grouper, ikan ini boleh ditemui di Atlantik dan Pasifik. Ikan ini juga merupakan antara spesies yang jarang dilihat terjual. Ikan ini juga sangat pemalu dan sering bersembunyi di sebalik batu dan karang. Andai anda membela ikan berwarna seakan emas ini dalam akuarium, mungkin sesekali anda dapat melihat ikan ini berenang menghiasi akuarium kerana lebih banyak bersembunyi.

 

BLADEFIN BASSLET 

Ikan kecil yang cantik ini mempunyai nilai sekitar USD10,000. Namanya diberi kerana bentuk sirip dorsalnya yang seakan bilah pisau. Boleh ditemui di Caribbean dan mempunyai tona warna daripada oren hingga putih. Spesies ini juga merupakan spesies yang dicari oleh penggemar ikan hiasan kerana jarang dijumpai. Ikan ini hanya sebesar 1.5 inci dan hidup di laut dalam di sebalik karang.

 

 

PEPPERMINT ANGELFISH

Peminat ikan hiasan tropika telah menawarkan sekitar USD30,000 untuk ikan eksotik yang pemalu ini. Pada 2012, hanya seekor ikan ini dipamerkan untuk orang awam. Ikan ini dipamerkan di Waikiki Aquarium setelah dijumpai oleh pasukan penyelidik dari institut Smithsonian. Ikan ini hidup di laut dalam antara 60-120 meter dalam sehinggakan penyelam jarang menemuinya.

 

FRESHWATER POLKA DOT STINGRAY 

Ikan pari air tawar ini telah muncul pada pameran di Taiwan pada tahun 2014. Spesies ini mempunyai mutasi genetik yang unik. Ikan ini merupakan antara spesies ikan akuarium yang termahal di Taiwan dengan nilai sekitar US100,000. Yang menariknya, ikan ini tidak mampu hidup dalam persekitaran semula jadi. Jadi pemilik ikan ini perlu memastikan senatiasa memberi makan secara manual kepadanya.

 

 

PLATINUM AROWANA 

Carta teratas bagi ikan tropika paling mahal ialah platinum white arowana. Nilai anggaran ikan ini mampu mencecah sehingga USD400,000. Ikan ini sangat bernilai sehinggakan ia diimplan dengan mikrocip id sebagai pengenalan diri bagi mengelakkan sebarang penipuan genetik. Warna putih badannya adalah disebabkan oleh mutasi genetik yang jarang ditemui.

 

Published by
Amang