Sebagaimana ikan terubuk, ikan belida juga mempunyai banyak tulang halus dan berselirat. Namun dagingnya amat manis dan enak, apatah lagi isinya dijadikan fishball atau bebola ikan dan dibuat sup. Namun untuk menghasilkan bebola ikan belida, korang perlulah tahu cara atau teknik untuk menyiangnya dengan betul.
Tutorial 1
Buang sisik ikan sehingga licin dan bersihkan.
Tutorial 2
Mulakan proses buang perut dengan memotong bahagian insang.
Tutorial 3
Belah serapatnya pada tulang hingga ke hujung (seperti proses untuk membuat filet).
Tutorial 4
Keluarkan perut serta bersihkan darah yang melekat pada tulang dan buang bahagian kepala.
Tutorial 5
Belah sehingga ikan terpisah menjadi dua bahagian.
Tutorial 6
Belah pula bahagian isi ikan masih bertulang.
Tutorial 7
Cedok atau kikis isi ikan dengan menggunakan sudu mengikut arah atau selari dengan tulang-tulangnya.
Tutorial 8
Akhir sekali asingkan saki-baki tulang halus yang masih melekat isi ikan. Isi ikan kemudian sudah boleh dibentuk seperti bebola atau apa saja bentuk yang anda suka. Bebola ikan tidak perlu dicampur tepung untuk memejalkannya.
Tip Tambahan:
Badan ikan belida boleh juga dipukul dengan kayu papan dengan perlahan bagi membolehkan tulang halusnya melekat pada kulit. Dengan cara ini maka proses untuk mengasingkan isi dan tulang lebih mudah.