Cara Terbaik Guna Umpan Ikan Keli

Share

 

Ada beberapa cara untuk setting umpan keli dan di sini dipertontonkan dua kaedah mudah untuk menyediakannya.

Kedua-duanya menggunakan isi daging ayam dan sos Umpan Ikan Keli yang bukan saja khusus untuk memancing ikan keli tetapi juga spesies lain.

 

 

Setting 1 – Ayam cincang Umpan Ikan keli

 

Bahan-bahan:

Sos Umpan Ikan Keli

Tepung kanji / gandum

Isi ayam

 

Cara penyediaan:

1kg isi ayam dicincang halus atau boleh juga dikisar dan masukkan ke dalam bekas bancuhan yang sesuai.

 

 

Tuangkan sebotol Umpan Ikan Keli dan gaulkan hingga sebati.

 

 

Masukkan 300gram tepung kanji / gandum. Gaul sehingga adunan menjadi doh yang sesuai (tidak terlalu keras atau terlalu lembut).

 

Kemudian masukkan ke dalam balang kedap udara dan ia sudah bole digunakan terus atau keesokan harinya. Umpan yang tidak habis digunakan boleh disimpan di dalam peti sejuk untuk kegunaan pada masa akan datang.

 

Setting 2 – Ayam dadu Umpan Ikan Keli

 

Bahan-bahan:

500gm isi ayam

Sos Umpan Ikan Keli

 

Cara penyediaan:

 

Potong dadu isi ayam dan masukkan ke dalam bekas bertutup.

 

Kemudian masukkan 15 penutup botol dan biarkan ia sebati buat seketika sebelum digunakan untuk memancing.

 

Umpan yang tidak habis digunakan juga boleh disimpan di dalam peti sejuk.

 

 

PERTANYAAN MENGENAI UMPAN IKAN KELI

S: Harga?
J: RM20 sebotol. Kos penghantaran bergantung kepada tempat.

 

S: Berapa lama boleh tahan?
J: Tidak ada tarikh luput, makin lama makin mujarab.

 

S: Kenapa Umpan Ikan Keli berubah warna?
J: Perubahan warna adalah disebabkan cuaca / haba panas tetapi tidak menjejaskan kualiti umpan.

 

S: Apa kandungan umpan ikan keli?
J: Bahan Halal. Kandungannya terdiri daripada bahan berprotein tinggi.

 

S: Selain isi ayam bolehkah umpan ikan keli ini dicampur dengan pelet atau dedak?
J: Boleh.

 

Published by
Amang