Sotong merupakan salah satu jenis umpan memancing popular. Sama ada sotong hidup atau hirisan sotong segar, ia merupakan umpan terbaik jika anda memancing di laut dalam pada waktu malam. Ini kerana selaput kulit badan sotong mampu menyerap dan membebaskan cahaya. Hasilnya ia akan menarik banyak pemangsa untuk membahamnya.
Namun untuk mendapatkan sotong hidup bukanlah mudah. Sebagai alternatif, anda masih boleh menggunakan sotong yang sudah mati tetapi masih segar. Di sini kami berikan sedikit panduan bagaimana untuk memilih dan menyimpan sotong mati sebagai umpan.
Pilih sotong yang segar. Sotong yang masih segar biasanya memiliki mata hitam bergelang putih dan berkilat. Pilihlah badan sotong yang kelihatan bersinar umpama pelangi apabila dilihat dari sudut yang terkena biasan cahaya. Lihatlah badan sotong dari berbagai sudut untuk memerhati biasan cahaya.
Ads
Jika tidak ada sinaran saperti warna pelangi itu bermakna ia kurang efektif untuk dijadikan umpan. Jika masih ada sinar pelanginya itu bermakna sotong tersebut masih mempunyai pigmen yang berupaya untuk menyerap cahaya dan memantulnya kembali seperti luminous.
Ads
Sotong hendaklah disimpan dalam satu baris di dalam kotak atau tupperware. Jika sotong hendak diletakkan di dalam keadaan bertindan, sebaiknya anda letak kain lembut atau plastik di antara keduanya supaya tiada kesan tindanan di antara satu sama lain. Badan sotong yang bertindanan akan menyebabkan ia cepat rosak. Kemudian simpan dalam peti sejuk.
Jika anda memancing pada waktu malam, sebelum umpan sotong dilabuhkan, sebaiknya suluh dulu umpan tersebut dengan lampu suluh anda dalam anggaran 30-45 saat. Jika ada lampu biru atau cahaya ultraviolet atau lampu LED lebih baik.
Ads
Pigmen pada badan sotong akan menyerap cahaya tersebut dan akan memancarkannya kembali di dalam air laut yg gelap. Ini akan membuatkan umpan kelihatan saperti sotong hidup yang dalam kesakitan.
Semua jenis sotong mempunyai pigmen tersebut, oleh itu pandai-pandailah anda memilih sotong untuk kegunaan pancingan anda.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Ketika anda menurunkan candat, pastikan anda menurunkan candat twist terlebih dahulu. Turunkan secara perlahan-lahan.
Tindakan tergesa-gesa akan menyebabkan tali anda akan berpintal. Proses meleraikannya memang menyeksa batin kerana orang lain sedang sibuk menaikan sotong sambil memprovokasi emosi anda.
Jika sotong memegang candat anda, layan seperti biasa dengan drag kekili dilaras mengikut berat sotong. Jika anda menggunakan serek (koyan), rapatkan tali pada tepi bot dan lepas tali secara terkawal jika henjutannya semakin keras dan kuat.
Bila tiada tarikan… anda perlu tarik tali perlahan-lahan. Jangan tarik sotong seperti menarik ikan… jika bernasib baik anda akan dapat double atau triple.
Selepas sotong pertama dinaikkan. Jangan membuang masa… turunkan candat dengan segera. Sotong torak makan mengikut pergerakan arus. Jika kumpulannya berada di bawah bot anda, semua pemancing akan merasa tarikan sotong.
Untuk menaikkan semangat anda, bayangkan sotong berkenaan akan menjadi sotong bakar yang enak apabila anda tiba di daratan nanti.
Jangan terkejut jika sotong jenis lain juga dinaikkan. Sotong yang biasa bermain bersama sotong torak termasuklah sotong ketupat dan sotong jarum. Sotong mengabang sangat jarang dan hampir tiada kerana sotong ini suka bermain di kawasan berstruktur. Begitu pun kadang kala ada pemancing yang dapat juga.
Untuk memburu spesies pemangsa yang keluar masuk ke kawasan kelong, sebaiknya gunalah umpan hidup yang boleh diperoleh di kawasan kelong. Cubalah dapatkan umpan hidup seperti tamban, selar atau sotong.
Udang hidup juga berkesan di sini namun ia lebih bagus untuk pancingan pada waktu siang. Pada waktu malam, sambutan terhadap udang agak kurang. Sementara umpan udang mati mati atau udang kopek boleh digunakan sepanjang tempoh memancing bagi mencari spesies ikan berlainan.
Waktu terbaik untuk memancing ialah ketika adanya arus sama ada ketika air pasang besar atau pasang kecil. Perubahan air pada waktu inilah yang banyak merekodkan tangkapan yang memuaskan hati.
Apollo dan candat udang wajib bawa. Apollo saiz kecil (nombor 4-6) untuk mencari umpan apollo saiz sederhana (nombor 10-12) untuk mencari selar dan cencaru bersaiz kasar. Kami memilih apollo yang dilekatkan anak udang getah kecil pada mata kail apollo yang terbukti lebih berkesan.
Teknik pancingan yang berkesan adalah dasar berhanyut dan flying fox menggunakan umpan hidup. Sementara teknik apollo dasar dengan hirisan tamban segar juga amat berkesan.
Ikan kelah pernah dilabel sebagai 3S. Apa itu 3S? Susah, syok, sedap! Susah untuk dicari, syok dipancing dan sedap dimakan. Itulah ungkapan untuk raja air tawar – ikan kelah.
Sememangnya bukan senang untuk memancing ikan kelah yang bersifat sensitif ini.
Pertama sekali kena pastikan sungai atau lubuk tersebut menjadi habitat ikan kelah kerana tidak semua sungai meskipun berpotensi pada pandangan mata didiami ikan kelah.
Jika memancing secara berkumpulan, elakkan daripada membuat bising mengata sibunyi persekitaran atau melakukan aktiviti berlebihan di dalam air kerana ia akan menakutkan ikan-ikan kelah yang bersifat sensitif.
Sebaiknya pakailah pakaian yang tidak terlalu kontras dengan persekitaran semula jadi. Dan pastikan juga tidak berada begitu rapat dengan gigi air kerana ia boleh membuat kan ikan berasa curiga untuk menghampiri umpan.
Pastikan juga umpan yang digunakan bersesuaian dengan diet ikan kelah di lubuk tersebut. Buatlah sedikit kajian kerana umpan yang salah hanya akan menyebabkan usaha menjadi sia-sia.
Jangan kedekut untuk merasuah atau menabur umpan di lubuk yang berpotensi. Rasuah yang berterusan akan meningkatkan peluang ikan mendatangi kawasan pancingan sekali gus menyambar umpan .
Gunalah set pancing yang sepadan atau bersesuaian. Ketepatan mata kail, tali pancing, perambut, kekili, joran serta cara pengendalian akan menentukan nasib anda untuk memiliki lesen utama air tawar.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...