Cara Simple Repaint Reel BC!!

Share

 

Peralatan yang digunakan

 

Reel yang hendak diubahsuai.

Penyembur cat Tamiya (boleh juga gunakan jenama lain ikut kesukaan masing masing).

Masking tape.

Kertas pasir saiz halus.

Part custom ikut cita rasa masing-masing. Saya menggunakan part dari berbagai-bagai jenama seperti KTF, Hedgehog Studio dan part dari reel Megabass.

 

Langkah Pertama

Buka kesemua bahagian reel tersebut. Sila pastikan semua komponen disimpan dalam satu bekas supaya tidak hilang.

 

Langkah Kedua

Kemudian gunakan kertas pasir untuk menggosok semua bahagian badan reel tersebut. Ini bertujuan untuk meratakan bahagian cat asal supaya tidak berlekuk yang akan menjejaskan cat baru. Jangan gosok terlalu kuat sehingga menjejaskan badan reel.

 

Langkah Ketiga

Kemudian, basuh semua bahagian reel supaya tiada benda benda asing dan minyak melekat pada badan reel tersebut. Kemudian gunakan masking tape untuk menutup bahagian bahagian reel yang dirasakan perlu.

 

Langkah Keempat

Kemudian, gunakan penyembur cat Tamiya dan sembur ke semua bahagian badan reel. Semburan pertama nipis sahaja dan biarkan kering sebentar.

Setelah kering periksa semula bahagian badan reel jika terdapat kesan kesan tidak rata atau berlekuk. Jika terdapat kesan tidak rata dan sekata, sila gosok semula bahagian tersebut.

Ulang sehingga hilang kesan. Warna hitam flat ini tidak memerlukan undercoat atau clear, jadi ini akan menjimatkan kos.

 

Langkah Kelima

Badan reel yang sudah siap disembur menggunakan penyembur cat jenama Tamiya. Setelah berpuas hati dengan lapisan warna pada reel tersebut, tanggalkan masking tape.

 

Langkah Keenam

Kemudian, pasangkan semula semua bahagian bahagian reel tersebut. Boleh juga menggunakan part asal atau part part custom yang boleh didapati di pasaran.

 

Langkah Ketujuh

Inilah rupa reel yang telah `dihidupkan’ semula.

 

 

Published by
Amang