Bagi penggemar pancingan kolam air tawar terutamanya pancingan patin, pasti sudah terbiasa dengan istilah umpan kongkang. Sifat utama umpan kongkang berbau dan berlemak.
Lazimnya ia diperbuat daripada usus ayam. Namun ia juga boleh diperbuat daripada kacang soya. Kelebihannya ia tidak berbau busuk seperti kongkong perut ayam, sebaliknya hanya berbau masam dan berlemak. Dan ia menepati selera ikan patin yang menggemari makanan yang berbau masam dan berlemak.
Setting Pelet Umpan Terbang Soya Kongkang
Pelet 920 (2cm) 2kg
Umpan Terbang Soya Kongkang
Air soya 1 liter
Santan Kara 400ml
Esen Nenas 1 botol
Kelapa parut 1/2 biji
Ads
Cara Bancuh & Cara Seting
Langkah 1
Sediakan satu bekas bekas atau jug sebagai tempat bancuhan umpan
Langkah 2
Ads
Masukkan 1 botol Umpan Terbang Soya Kongkang (150ml)
Langkah 3
Kemudian masukkan pula 1 botol esen nenas.
Langkah 4
Masukkan 1 kotak Air Soya dan Santan Kara (400ml)
Ads
Langkah 5
Gaul bahan-bahan tersebut sehingga sebati
Langkah 6
Tuang ke dalam pallet dan gaul sehingga pallet kering (meresap sepenuhnya)
Langkah 7
Masukkan kelapa parut gaul rata.
Langkah 8
Peram 3 hingga 4 hari… dan ia sudah boleh digunakan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Walaupun ikan-ikan lampam liar (bukan ikan lampam ternak atau kolam pancing) sudah terbiasa dengan diet makanan di habitatnya, namun ia masih boleh dipancing dengan umpan yang bukan menjadi diet makanannya.
Bahan-bahan umpan yang biasa digunakan untuk memancing di kolam berbayar sebenarnya boleh juga digunakan untuk memancing ikan lampam di sungai ataupun tasik.
Bahan-Bahan:
Dedak ayam
Pes perisa strawberry
Roti dadu
Cara penyediaan & mengumpan:
1. Bancuh dahulu kira-kira 1-2 kg dedak ayam bersama pes perisa strawberry dan air. Jadikan doh atau adunan yang agak liat (keras).
Adunan ini bertujuan untuk dilontar ke kawasan memancing sebagai pengumpan atau rasuah.
Ia bertujuan untuk menarik ikan-ikan lampam datang ke radius umpan bermata kail yang akan dilontarkan kemudian.
2. Bancuh lebihan dedak ayam bersama pes strawberi dan air yang tidak terlalu peroi dan tidak perlu terlalu liat.
Yang penting adunan tidak berderai ketika dilontar ke lubuk dan boleh terurai dengan baik apabila berada di lubuk.
3. Potong roti sandwich menjadi kiub (dadu) dan gaulkan dengan pes perisa strawberi. Kemudian cucuk roti dadu in pada mata kail rambai atau perambut dua mata kail.
Setelah itu kepalkan adunan dedak ayam pada mata kail. Kemudian barulah dilontar umpan ini ke kawasan di mana dedak rasuah dilontar sebelumnya.
Umpan memancing ikan patin yang berasaskan tepung gandum, minyak masak dan perisa kini semakin digemari ramai pemancing. Selain dari kos penyediaan bahan umpan yang tidak tinggi, ia disukai pemancing kerana mudah untuk dihasilkan.
Antara lain kelebihan umpan ini adalah kerana kurang digemari oleh ikan-kecil kecil di dalam kolam dan hanya digemari oleh sang patin.
Bahan-bahan keperluan:
Perisa strawberi Papa Paste
Perisa Pisang Ambon Papa Paste
Perisa Es Doger Papa Paste
Tepung gandum
Minyak masak
Keropok jagung
Cara penyediaan umpan:
Tutorial 1
Masukkan kira-kira 400 gm tepung gandum ke dalam bekas bancuhan.
Tutorial 2
Tuangkan kira-kira 250 ml minyak masak ke atas tepung.
Tuangkan pula 3 penutup botol perisa strawberi, 2 penutup botol perisa pisang ambon dan 1 penutup perisa Es Doger.
Tutorial 3
Gaul kesemua bahan sehingga menjadi doh yang sesuai untuk dikepal pada kail. Jika inginkan doh yang lembut boleh tambahkan minyak dan tambah tepung gandum untuk doh yang lebih keras.
Cara menggunakan umpan:
Tutorial 4
Dengan menggunakan perambut dua mata kail sepanjang sejengkal, cucuk sehingga penuh mata kail dengan keropok jagung.
Tutorial 5
Ambil sedikit doh umpan dan kepal secara lembut pada mata kail sehingga doh atau umpan itu melekap pada kail dan boleh dibaling ke kolam dengan selamat.
Ikan patin Mekong atau pla buk merupakan ikan sukan memancing dari Thailand yang seronok dipancing berikutan perlawanannya yang padu.
Namun untuk mengumpan ikan ini menyedut mata kail bukan mudah. Ia memerlukan ramuan umpan yang terbaik sehingga berjaya memperdayakannya.
Bahan-bahan keperluan:
Roti sandwic
Dedak 929
Dedak ayam
NS Power pandan
Pes Musang A1
Esen perisa pisang
Cara-cara penyediaan umpan
Hancurkan sebungkus roti sandwic (apa saja jenis roti perlu dijemur di bawah terik matahari buat seketika) dan masukkan ke dalam bekas bancuhan.
Kemudian masukkan 1 kg dedak 929 dan 300 gm dedak ayam. Gaul campuran ini hingga sekata.
Masukkan pula sebungkus NS Power pandan dan sekali lagi gaul hingga sekata.
Kemudian masukkan pula 11 penutup pes Musang A1 dan 2 penutup botol esen perisa pisang.
Masukkan air sedikit demi sedikit dan gaul campuran bahan ini sehingga sesuai untuk dikepal pada spring.
Biarkan seketika adunan ini buat seketika agar-agar ia benar-benar sebati dengan campurannya sebelum digunakan.
Cara penggunaan umpan:
Kepalkan umpan pada spring yang telah diikat mata kail. Kemudian dengan teknik apungan (menggunakan pelampung) lontar umpan ke sudut kolam yang kerap patin Mekong memperlihatkan kelibatnya.
Sekiranya tiada sebarang untuk tempoh 20 minit, tukar umpan yang baru dan cuba lagi sehingga berjaya.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...