Masak megi dengan udang galah merupakan menu biasa bagi pemancing udang galah. Namun jangan ingat hanya setakat itu saja kemampuan seorang pemancing. Ramai pemancing yang handal memasak termasuklah admin. Hehehe…
Kalau korang dah jemu hadap megi udang galah atau udang galah masak lemak, apa kata korang try pulak buat udang galah telur masin. Resepi ini pun datangnya dari pemancing jugak!
Bahan-Bahan:
500 gm udang galah
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
Minyak
3 sudu udang kering direndam dan dicincang halus
3 sudu besar mentega
3 biji bawang putih (dicincang)
10 biji cili padi (dihiris serong)
2 tangkai daun kari
3 biji telur masin (direbus sehingga masak)
1 sudu kecil gula
5 sudu besar susu segar
Cara Penyediaan:
Rebus dan asingkan putih telur (ambil yang kuning sahaja) hancurkan kuning telur ketika masih panas.
Udang dibersihkan dan digaul dengan garam dan serbuk kunyit.
Goreng sekejap sehingga udang berubah warna. Angkat dan ketepikan (buangkan semua lebihan minyak)
Panaskan kuali masukkan mentega, tumis bawang putih, daun kari, udang kering dan cili padi hingga wangi dan masukkan telur masin yang dihancurkan tadi.
Kemudian masukkan susu segar dan gula (tak perlu letak garam sbb dah ada rasa masin dari telur masin)
Kacau rata dan masukkan udang. Kacau lagi. Masak seketika, kemudian bolehlah dihidangkan.