Menurut seorang chef terkemuka dari Jepun, Takanori Kurokawa, ikan buntal atau ikan fugu dapat dimakan dengan selamat jika pengolahannya betul. Justeru itu para chef di sana perlu memiliki lesen khas untuk menyediakan makanan dari ikan buntal. Biasanya orang Jepun menjadikan ikan buntal sebagai sashimi atau fugu.
Jika anda berhajat untuk merasai kenikmatan ikan ini, patuhilah tips dan tatacara mengolah dan memasak ikan buntal. Namun kami tidak bertanggungjawab sekiranya mengalami sebarang keracunan.
Buang kulit ikan buntal dari bahagian mulut sehingga keseluruhannya. Ia sama sebagaimana anda menguliti kaki lembu. Ia bagi mengelak daripada racun yang terdapat kulit ikan buntal ini meracuni masakan.
Ads
Daging ikan buntal itu sebersih bersihnya. Pastikan lendir yang menyelaputi daging ikan dibuang atau dicuci sehingga hilang semuanya.
Ads
Ambil isi ikan sahaja dengan cara menggunakan pisau yang tajam. Hiris isi ikan secara mengiring tanpa menyentuh tulang tengahnya atau bahagian perutnya. Ambil isi sahaja dan buang sisa yang lain.
Sebaiknya bahagian kepala ikan buntal dibuang walaupun bahagian mata dan sedikit daging pada bahagian kepala boleh dimakan. Lupakan saja kegemaran anda menyedut mata ikan.
Ads
Sebaiknya jangan memotong bahagian badan ikan. Membelah ikan buntal perlu dilakukan penuh cermat dan fokus apatah jika anda tidak mengetahui kedudukan hati dan ovarium ikan buntal tersebut. Ini kerana pada bahagian hati dan ovarium paling banyak mengandungi racun.
Seandainya tersilap langkah dan kedua organ ikan tersebut pecah maka racun tersebut akan menyebar ke seluruh bahagian ikan tersebut. Sekiranya hati dan ovarium ikan sudah pecah, sebaiknya buang saja ikan tersebut kerana sangat-sangat berbahaya untuk dimakan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Sebelum kita berbicara lebih lanjut berkenaan ikan yang turut dianggap ikan pengacau umpan, admin nak paparkan dulu apa komen netizen perihal belukang aka pedukang ini.
MAFFUS DIS SITTUS
“Ikan belukang ada guna… aku pancing guna umpan siput babi. Kejap je dia sambar. Lepas tu ikan belukang ni potong daging dia ketul-ketul letak dalam bubu ketam.
Ketam suka makan daging ikan belukang. Sekali ketam masuk bubu memang banyak la, besar-besar pulak tu.”
AMIRUL RASYID ABD AZIZ
“Ayah saya pernah cerita masa dia bujang dulu. Pergi memancing dapat ikan ni besar-besar betis punya saiz. Punya la seronok dengan kawan-kawan.
Balik rumah nak buat asam pedas, sekali bila belah perut siap ada cili jagung bagai (najis orang).
Masing-masing lari nak muntah. Sejak tu sampai sekarang dia dah tak makan spesies-spesies berjanggut ni.”
CHE ROMZI CHE SOH
“Pertama kali memancing dekat-dekat muara time air pasang. Naik ler dia… dapat 3 ekor, bawak balik.
Akak masak singgang… sedap jugak rasa dia. Haha… aku tak nampak pun apa masalah dengan ikan belukang ni.”
MZBR VAZO
“Zaman kecik-kecik dulu kalau dapat ikan bedukang ni terus cari selipar buruk. Selipar buruk tu kemudian buat cucuk kat duri atas belakang dia… lepas tu lepas la semula.
Haha… nampak selipar tu bergerak atas air sebab ikan tak boleh nak tenggelamkannya. Tapi jangan la kecam…. biasa la zaman kecik-kecik siapa yang tak nakal.”
HIZAM AD ALI
“Jarang dapat ikan ni kat market. Suatu hari nanti akan timbul juga sebab kekurangan ikan. Sekarang pun ikan yang dulu orang jarang makan pun dah ada kat market.
Yang aku ingat pasal ikan ni satu je… ikan ni kalau kena mata kail duk bunyi macam orang sendawa. Hahaha.”
RIDZUAN ZAHIDI
“Belukang la ikan pertama yang sambar gewang aku. Sampai la ni aku punya gewang tak penah ikan lain sambar. Aku tak pandai main gewang atau aku tak sabar baling gewang. Hahaha.”
FIRDAUS BAHAROM
“Pernah dapat besar betis orang dewasa… sampai patah-patah pancing aku dikerjakannya. Rezeki tu… sedap dibuat sup!!!
Kalau nak cakap pasal kotor, ayam kampung pun makan kotor juga tapi tetap sedap bila dibuat lauk.”
FIKRI AZIZ
“Aku suka time strike… semacam dia tarik ikan ni. Kalau saiz 2kilo atas… rod cium air dia punya lengkung.”
MOHD HAFIFI MUHAMAD
“Kalau di Sabah ni kompom catch & release. Tapi kalau pertandingan open stage muara pantai, jadi hadiah ni biarpun dihina.”
Status ikan alien atau pendatang adalah merujuk kepada spesies ikan yang dibawa masuk atau diperkenalkan ke habitat, sama ada secara sengaja atau tidak sengaja. Kebanyakan kita beranggapan ikan pendatang merbahaya, namun tidak kesemuanya mempunyai kesan negatif.
Perlu diingatkan tujuan diperkenalkan pada peringkat awal semua bertujuan positif. Yang tinggal hanyalah bagaimana pengawalan itu dilakukan terhadap spesies yang dibawa masuk.
Asian Redtail Catfish
Ikan ini dipasarkan secara segar sebagai ikan makanan dan menjadi industri akuakultur di beberapa negara asia. Spesies ini dibawa masuk ke Malaysia sebagai ikan akuarium dan juga sebagai ikan sukan di kolam-kolam pancing air tawar komersial.
Baung ekor merah ini tidak memilih dan memakan apa sahaja makanan. Spesies ini turut didakwa sebagai ikan air tawar paling agresif di dunia dan sudah pun bertebaran luas memasuki sistem sungai di negara kita.
Peacock bass
Spesies yang berasal dari Lembangan Amazon ini pada asalnya, ikan ini diperkenalkan untuk tujuan akuakultur dan aktiviti memancing secara komersial. Namun disebabkan sifat ke pemangsaannya yang melampau, spesies ini dikatakan tidak sesuai dalam akuakultur.
Risiko bagi ekosistem yang mempunyai kemasukan spesies ini dan tidak dikawal selia dengan baik mungkin mengakibatkan penurunan bilangan spesies tempatan lain dan kehilangan spesies tertentu dalam sesebuah ekosistem.
Arapaima
Spesies gergasi dari Lembah Amazon ini diakui menjadi spesies yang ganas. Spesies ini mula memasuki perairan tempatan atas kepentingan sebagai ikan hiasan dan juga ikan sukan. Arapaima tidak dinafikan lagi menjadi buruan bagi mana-mana kaki pancing.
Akibat pancingan tanpa kawalan, spesies ini dikatakan semakin sukar ditemui. Bagi ekosistem tempatan pula, ikan ini mampu menurunkan populasi spesies tempatan dengan drastik jika dilepaskan tanpa kawalan ke dalam satu ekosistem.
Amazon Redtail Catfish
Spesies ini merupakan spesies yang berasal dari Amerika Selatan. Pengenalan spesies ini kepada habitat tempatan ialah menerusi kepentingan dalam bidang ikan hiasan serta ikan bagi buruan pemancing sukan.
Kekuatan ikan ini menjadikannya menjadi spesies ikan sukan yang semakin popular di kalangan pemancing tempatan. Terdapat kolam-kolam pancing komersial sudah mula memperkenalkan spesies ini di kolam mereka.
Walaupun diakui ganas, namun masih tiada rekod jelas menunjukkan ancaman risiko tinggi kepada ekosistem tempatan ataupun kemampuan spesies ini untuk membiak sendiri di ekosistem bebas tempatan.
Mekong Giant Catfish
Patin Mekong merupakan antara spesies ikan buruan kaki pancing yang terbesar. Patin Mekong berasal dari Sungai Mekong dan sehingga kini spesies ini dikatakan semakin berkurangan akibat eksploitasi tanpa kawalan.
Pengenalan spesies ini kepada perairan tempatan awalnya atas dasar penyelidikan perikanan dan akuakultur. Dewasa ini, spesies ini menjadi kegilaan bagi pemancing tempatan dan semakin banyak spesies ini boleh ditemui di kolam pancing komersial.
Tiada rekod jelas bagi spesies ini terlepas ke dalam ekosistem bebas, justeru tiada ancaman jelas terhadap spesies tempatan lain.
Giant Pangasius
Giant pangasius atau lebih popular sebagai patin Chao Phraya berasal dari lembangan sungai Mekong dan Sungai Chao Phraya ini telah disenaraikan dalam spesies yang terancam berikutan aktiviti penangkapan secara berlebihan.
Spesies benthopelagik dan bermigrasi ini menjadikan krustasea dan ikan ikan sebagai makanan utama. Ia kini menjadi ikan sukan khususnya di kolam-kolam pancing air tawar komersial dan sangat berbahaya sekiranya terlepas ke sistem badan sungai.
Alligator gar
Ikan yang kelihatan unik dari Amerika Utara ini mula diperkenalkan di perairan tempatan bagi tujuan ikan hiasan dan juga ikan sukan. Tiada bukti jelas juga menunjukkan ikan mulut buaya ini terlepas tanpa kawalan di habitat dan ekosistem bebas.
Namun, kekuatan ikan ini diakui oleh pemancing seluruh dunia termasuklah pemancing tempatan. Walaupun populasi global ikan ini semakin berkurangan, ini tidak menghalang bagi pengusaha dan penternak spesies ini menjadikan ikan ini sebagai tarikan untuk kolam pancing komersial.
Pada 11 Mei 1979, Billy Pate berusaha keras untuk menewaskan seekor tarpon (bulan) seberat 182 lb. Kejadian itu berlaku di perairan Homosassa, Florida.
gambar hiasan
George Hogan berjaya menewaskan tarpon gergasi seberat 106lb di perairan Marathon, Florida pada tarikh 10 Jun 1992.
James Holland berjaya mendaratkan tarpon seberat 202.5 pound di Chassahowitz, Florida pada 11 May 2001.
Billy Pate berjaya menewaskan tarpon seberat 188 pound di perairan Homasassa, Florida pada tahun 1982.
Mario Salazar berjaya mengalahkan tarpon seberat 283 pound pada tanggal 19 March 1956, di perairan Venezuela.
gambar hiasan
Pada tanggal 10 May 2010, Thomas M. Evans, Jr. berjaya menewaskan 194.5 pound tarpon di perairan Pine Island, Florida.
Sailfish
Carl Stewart pada tahun 1947 berjaya mendaratkan Pacific sailfish (layaran Pasifik) terbesar yang pernah tercatat. Seekor sailfish raksasa seberat 220 lb berjaya ditarik keluar dari perairan Pulau Santa Cruz, Ecuador.
Bertempat di perairan Santa Cruz Island, Ecuador pada 12 Februari 1947, Carl Stewart berjaya menewaskan seekor Pacific sailfish (layaran Pasifik) seberat 221 lb.
Bertempat di perairan Pinas Bay, Panama bertarikh 18 Januari 1962, Dr. Webster Robinson berjaya menewaskan ikan layaran Pasifik seberat 74 lb 8oz.
Pada 7 September 1974 di perairan Salinas, Ecuador, Santiago Maspons berjaya menewaskan Pacific sailfish seberat 168lb.
Pada 5 Julai 1993, selepas mengarau kekili hanya selama 6 minit, Jerry Dunaway berjaya menewaskan Pacific sailfish seberat 111lb. Pertarungan hebat itu itu berlangsung di perairan Flamingo Bay, Costa Rica.
Raleigh Wertking berjaya menewaskan 141.5 pound Pacific sailfish di perairan Pinas Bay, Panama pada 27 December 27 1989 hanya selepas bertarung selama 8 minit.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...