Kebiasaannya permukaan air akan kelihatan memecahkan alur air menandakan terdapat sesuatu berada di bawah dan ia perlu dielak. Bagi misi sebegini sampan kayu adalah yang paling sesuai kerana ketahanannya apabila terkena batu ataupun kayu dan ia lebih stabil berbanding sampan daripada jenis fiber.
Bahagian perut sampan yang sama paras dengan kipas enjin sangkut menjadikan enjin sangkut lebih terjaga berbanding perut sampan yang tinggi dan kipas enjin sangkut terdedah kepada perlanggaran objek seperti batu atau kayu.
Ads
Bagi jeram yang tidak tinggi kebiasaannya bot masih mampu mendaki secara perlahan asalkan perut sampan tidak tersangkut. Sebaiknya seorang jurumudi di bahagian hadapan membantu mengawal muncung bot agar sentiasa berada dalam kedudukan yang dikehendaki.
Ads
Ads
Jadi, bagi anda yang tidak mahir dengan laluan air, jangan sesekali membawa bot berkenaan. Beri keutamaan kepada mereka yang mahir mengendalikan bot terutama jika sungai tersebut mempunyai banyak jeram.
Jangan bawa barang berlebihan kerana ia akan menyebabkan keseimbangan bot menjadi sukar dikawal. Dan paling penting jangan lupa pakai jaket keselamatan walaupun di kawasan air cetek, apatah lagi jika terdapat batuan yang banyak.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Berdasarkan pengalaman, ikan cupak jarang menyambar gewang ketika proses trolling atau menunda gewang. Tetapi lebih berkesan jika jigging atau casting. Waktu siang aktiviti casting biasanya tertumpu di sekitar tepi pulau atau batu karang terutama ketika air besar.
Gewang selaman dalam untuk casting amat sesuai untuk spesies bermata besar ini. Gewang bersaiz 14 ke bawah dan berwarna garang menjadi pilihan bagi pengemar casting di kawasan batu ini. Selain itu, sesudu, metal jig dan popper juga boleh digunakan di kawasan yang sama.
Waktu malam metal jig yang boleh menyimpan cahaya (luminous) banyak digunakan secara meluas selain jig yang berkilat dengan kilauan chrome. Jig yang bercahaya pada malam hari mempunyai daya tarikan yang kuat kerana ia mudah dikesan oleh kumpulan cupak.
Pemancing mempunyai pilihan sendiri merujuk kepada kuasa membeli dan keberkesanan ia digunakan dalam satu-satu keadaan. Lebih tepat lagi tidak semua produk sesuai pada satu-satu masa. Pelbagai jenama dan jenis diperlukan setiap kali pemancing pergi melakukan aktiviti casting dan jigging.
Bagi yang mengunakan umpan pula, ikan terbang adalah yang terbaik memburu cupak. Hanyutkan ia di belakang bot keluar sedikit dari kawasan cahaya lampu di mana kawanan cupak dikenal pasti bermain dan menangkap ikan liar.
Umpan ikan terbang hidup ini sukar diperolehi kecuali yang berjaya disauk apabila datang menghampiri bot pada waktu malam.
Selain itu sotong cumit (sama ada seekor hidup atau hirisan), udang (anda boleh cuba udang lipan) hidup) boleh digunakan sekiranya tiada pilihan umpan. Labuhkan sama ada hanyut, pertengahan air ataupun dasar kerana cupak meronda di semua kolum air.
Cupak adalah jenis ikan yang suka menyambar secara tiba-tiba. Peralatan yang digunakan perlu ada kemampuan memberi, menahan dan mengepam ikan terutama saiz yang melebihi 5kg.
Ini kerana tabiat cupak (kalau yang merembat di atas air) akan melarikan tali pancing, jadi anda perlu `beri tali’, kemudian ia menjunam di pertengahan air, ‘bertahan’ dan berlegar di bawah permukaan air, kemudian ia adalah masa untuk mengarau tali.
Untuk aktiviti popping dan casting, kekili jenis spinning lebih mudah dikendalikan, jigging dan teknik umpan alami lebih sesuai mengunakan kekili multiplier. Ramai pengemar casting dan jigging mengunakan tali sulam atau braided kerana mudah dan cepat membalas.
Jika mengunakan mono sambungkan tali sulam 10 hingga 30 kaki di hadapan sebagai penanda ketika jigging kerana jika leka kemungkinan jig akan singgah ke muka anda!
Joran yang sesuai adalah jenis grafit dengan kekuatan 15lb hingga 30lb. Pakai joran halus dan ringan tetapi kuat memberi kelebihan dari segi lontaran serta tidak lenguh memegang dalam tempoh yang lama.
Tali utama berkekuatan 20lb hingga 40lb cukup memadai kerana ia memberi peluang ikan untuk fight dengan kita. Itu sebenarnya yang kita mahu!
Terdapat beberapa cara ikan makan atau mengambil umpan. Ada ikan yang makan umpan secara mengutis, meragut, menyedut dan menyambar. Dengan memerhati tabiat ikan makan inilah pengusaha mata kail mereka bentuk mata kail yang tepat bagi membolehkan ikan tercangkok dengan sempurna pada mata kail.
Ikan yang makan secara menyambar
Ikan yang mengambil umpan secara menyambar ini pada kebiasaannya dari jenis ikan pemangsa atau predator yang bergigi tajam. Maksud menyambar di sini ialah ia akan memakan umpan semasa bergerak mahupun ketika mangsa itu sendiri yang bergerak.
Selain memancing dengan umpan ikan hidup, teknik casting dan trolling menggunakan umpan tiruan merupakan kaedah untuk memancing ikan yang menyambar. Antara ikan yang memakan umpan secara menyambar termasuklah tenggiri, barracuda, talang, gerepoh dan haruan tasik.
Kebanyakan mata kail boleh digunakan untuk memancing ikan jenis ini tetapi adalah disarakankan mata kail dari jenis live bait atau big game hook yang mana matanya menegak lurus ke pangkal.
Ini kerana ia membolehkan mata kail tertancap terus pada mulut ikan ketika menyambar umpan. Lazimnya mata kail dari jenis ini juga mempunyai daya ketahanan yang tinggi dan tidak mudah melurus ketika sentapan atau hentakan.
Seperkara yang perlu diingat ialah kekuatan hentakan ketika proses sambaran hampir sepuluh kali ganda berbanding berat ikan tersebut. Justeru itu kekuatan mata kail amat penting bagi mencangkok ikan jenis ini.
Ikan yang makan secara meragut
Maksud meragut di sini ialah jenis ikan pemangsa yang memakan umpan yang bersifat pegun atau tidak bergerak. Sejurus mengambil umpan dengan tindakan pantas dan dengan pantas juga ia melarikan diri.
Teknik pancingan dasar dan menotok (pancingan dasar berhanyut) kebanyakannya menggunakan umpan mati begini. Manakala ikan yang bersifat meragut antara jenahak, merah, kaci dan lain-lain lagi.
Tiada mata kail yang lebih baik bagi memanfaatkan ikan yang meragut umpan seperti ini selain dari jenis mata kail yang melingkar sedikit hujung matanya iaitu mata kail lingkar atau circle hook. Mata kail lingkar direka bentuk agar ikan tercangkuk dengan sendiri pada hujung mulutnya.
Ketika umpan diragut dan dilarikan, mata kail lingkar tidak akan terus tercangkok sebaliknya akan melurut keluar dan hanya akan tercangkuk pada hujung bibir mulut ikan.
Oleh yang demikian, apabila umpan dilarikan pemangsa, sebarang tindak balas sentapan akan menyebabkan mata lingkar ini akan rabut atau lucut begitu saja. Dan apabila tercangkuk dengan kemas, ia hampir mustahil untuk terlucut.
Sekiranya anda menggemari pertarungan yang adil dan menyeronokkan, maka paling elok dan sedap bermain dengan belitong ialah menggunakan peralatan aksi ringan dengan tali utama berkekuatan diantara 10Ib hingga 16Ib.
Joran aksi ringan dan jenis parabolik terutama jenis grafit untuk tindak balas cepat paling sesuai digunakan lebih-lebih lagi ketika henjutan si belitong yang cuba melepaskan diri. Kekili yang dipadankan ikut suka anda asalkan berpadanan dengan joran dan saiz tali yang disyorkan.
Saya lebih senang mengunakan perambut tangsi (monofilament) berkekuatan 30Ib hingga 50Ib sepanjang sedepa ke atas dari menggunakan perambut dawai.
Rekod secara rasmi tangkapan terberat untuk belitong ialah 39.6kg atau 87Ib pada tahun 1976 di Costa Rica. Mungkinkah di negara kita tiada spesies yang melebihi 20 kg? Atau tangkapan yang keterlaluan dan melebihi dari keperluan menyebabkan ia tidak sempat membesar.
Bagaimanapun catatan rekod yang dipaparkan menunjukan ikan ini boleh ditewaskan dengan tangsi yang halus dan bergantung kepada kepakaran individu tersebut melayan dan mengendalikan peralatan agar tangsi tidak putus di pertengahan jalan.
Sekiranya ada pemancing yang dapat mengunakan tangsi 2Ib dan berjaya dengan tangkapan 10kg keatas, saya rasa ia patuh di beri perhatian dan kita perlu mempelajari teknik darinya bagaimana tangsi sekuat tali benang boleh menarik spesies 15 kali lebih kuat.
Sesuai dengan diet utama spesies yang berwarna cantik ini memburu ikan pelagik, jadi umpan terbaik adalah di kalangan ikan-ikan pelagik terutama yang masih hidup. Spesies pelagik yang biasa ditemui di unjam termasuklah selayang, selar, kembong, pelaling, selar kuning,tamban sisik, tamban buru dan juga spesies kecil seperti ikan bilis.
Kehadiran ikan belitong mudah dikesan oleh kebanyakan pemancing kerana tabiatnya yang gemar meloncat ke udara. Jika kena pada masanya, sebarang umpan hidup maupun mati tidak menjadi masalah, belitong nescaya akan meyambar umpan tersebut sebaik saja dilemparkan.
Manakala untuk mata kail purata saiz yang disyorkan no 2/0 hingga 4/0 sam ada jenis umpan hidup atau jenis lurus panjang kerana belitong agak rakus menyambar umpan. Mengunakan perambut tangsi membuatkan umpan kelihatan lebih hidup terutama ikan mati apabila dibuai arus. Belaian arus mengolak pemangsa datang menyiasat dan seterusnya meragut ikan ‘hidup’ itu.
Jika menggunakan perambut biasa lakukan pemeriksaan setiap kali anda mendaratkan ikan terutama berdekatan dengan ikatan mata kail dari kesan-kesan calar atau genting. Potong saja bahagian calar jika perlu. Kaedah menunda dan balingan gewang juga mendatangkan kesan positif jika kena masanya.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...