Berikut merupakan perkongsian cara-cara untuk menghasilkan pati (minyak) sawit yang boleh digunakan sebagai bahan perisa untuk dicampurkan dengan makanan ikan seperti roti atau untuk dijadikan umpan berkesan memancing ikan.
Cara Penyediaan:
Ambil kira-kira 50 biji buah sawit yang cukup masak dan tebal isinya.
Ads
Hiris atau racik sehalus mungkin sehingga keluar jusnya yang berminyak. Boleh juga hirisan halus ini dikisar untuk mendapatkan pati yang lebih banyak.
Cairkan dulu 1 tin kecil minyak sapi di dalam periuk kemudian masukkan pati sawit.
Ads
Masaklah dengan api kecil sehingga ia mendidih (menggelegak macam lahar gunung berapi) dan matikan api.
Biarkan ia menjadi sejuk, kemudian masukkan ke dalam bekas bertutup dan simpan di dalam peti sejuk.
Ads
Cara Penggunaan:
Apabila ingin menggunakan pati ini, panaskan saja setakat mana yang ingin digunakan. Kemudian campurkan dengan bahan perisa lain (perisa pandan atau strawberi) atau sos umpan lain yang diinginkan.
Untuk lebih berkesan, simpan pati campuran (umpan) ini di dalam bekas bertutup selama 3 hingga 5 hari sebelum digunakan bersama roti untuk memancing.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Sebarau merupakan ikan air tawar yang tergolong dalam keluarga besar Cyprinidae (carp/kap). Perbezaan luaran yang ketara antara sebarau dengan spesies lain dari keluarga kap ini adalah wujudnya satu jalur hitam menurun dari dasar anterior sirip dorsal ke sirip anal. Secara saintifik, sebarau jenis ini dikenali sebagai Hampala macrolepidota.
Sebarau besar yang melebihi 30 cm panjang lebih digemari kerana mempunyai tulang yang kurang berbanding sebarau kecil. Di kalangan pemancing, kehebatannya bersaing dan kerakusan apabila menyambar umpan lebih memberikan kepuasan.
Sifat agresifnya itu membolehkan ia diklasifikasikan sebagai ikan yang sangat garang, setanding toman walaupun saiznya lebih kecil.
Umumnya ikan sebarau gemar mendiami sungai-sungai jernih dengan air yang mengalir serta dasar berpasir dan sedikit berlumpur. Ia boleh ditemui disemua zon sungai, dari kawasan pertemuan antara air tawar dan air masin hingga ke zon paling hulu.
Melalui kajian, taburan sebarau berbeza mengikut saiznya. Juvenil bersaiz kurang dari 10cm biasanya lebih menggemari sungai cetek yang berbatu dengan aliran air deras. Apabila mencapai saiz antara 11 hingga 20cm, ia mula berpindah ke habitat yang lebih luas, berair jernih dan mengalir dengan perlahan.
Kawasan yang bertakung dengan kedalaman melebihi 3meter, berdinding dan berdasarkan batu dan sedikit lumpur dengan aliran air yang perlahan pula menjadi pilihan sebarau melebihi 21cm. Kawasan kediaman ikan-ikan dewasa yang bersaiz besar ini lazimnya dikenali sebagai lubuk.
Kebanyakan sebarau dewasa mendiami lubuk-lubuk di hulu sungai yang terdapat ranting pokok tenggelam sepanjang hari. Keadaan ini turut memberi cabaran kepada para pemancing kerana cabaran pemburuan sebarau bermula dari masa mencari kawasan pemancingan strategik lagi.
Untuk mencari lubuk sebarau, pemancing mungkin perlu berjalan beberapa jam mengharungi sungai berbatu dan berair deras menuju ke hulu sungai. Oleh itu, pemancing bukan sahaja perlu perlu mempunyai kecekapan mengendalikan peralatan memancing tetapi juga perlukan ketahanan fizikal dan mental yang tinggi.
Di samping itu, ikan sebarau juga amat sensitif terhadap bunyi-bunyi yang ganjil. Pemancing perlu berhati-hati agar segala tingkah laku dan pergerakan tidak mengganggu ikan.
Sehinggakan ada pendapat yang mengatakan bahawa warna pakaian juga perlu dititik-beratkan apabila hendak memburu sebarau sebagaimana keadaan apabila memburu ikan kelah. Pakaian yang cerah boleh dikesan ikan yang berada di dalam air.
Kebanyakan pemancing menyukai joran sepanjang 7 kaki dengan kekuatan 3-7kg. Dengan ukuran kekili antara 2500 hingga 4000.
MJ dikenali kerana menyerang umpan dengan berbahaya dan menyusup ke struktur terdekat, jadi kapasiti tali pancing yang besar tidak diperlukan.
Untuk MJ monster tali sulam 15-30lb perlu digunakan. Leader yang biasa digunakan Black Magic Fluorocarbon 40lb kerana sesi pancingan di hutan bakau yang tebal yang dilapisi dengan tiram, tetapi di beberapa persekitaran yang lebih terbuka bolehlah gunakan leader 20-30lb. Mata kail yang biasa digunakan 3/0 Black Magic KL circle hook.
Setting Perambut MJ
Keindahan memancing MJ adalah kerana tidak sulit untuk menyediakan ikatan perambut rig sangat sederhana. Dengan hanya menggunakan batu ladung hidup, perambut terus dihubungkan dengan mata kail lingkar 3/0.
Dengan kaedah ini ikan tidak merasa beban ketika mengambil umpan. Tali pancing biasanya dikendur sedikit, jadi akan dapat dilihat tali mula menegang apabila ikan mengambil umpan.
Kemudian joran akan meninggikan hujung joran dengan perlahan bagi membolehkan mata kail tercangkuk. Mata kail Black Magic KL akan menemukan sudut mulut ikan setidaknya 9 kali dari 10 dengan metod ini.
Umpan Terbaik Untuk MJ
Umpan lokal adalah yang terbaik! Jika Anda memancing di sungai yang dipenuhi bakau dan melihat ikan garfish (jenjulung) dan mullet (belanak) berenang di sekitar, taruhan terbaik anda adalah dengan menggunakan sumber mereka untuk umpan.
Ketika mencangkuk mata kail pada umpan, adalah sangat penting untuk memastikan bahawa hujung mata kail terpapar keluar. Jika tertanam di dalam umpan maka kemungkinan besar akan menyebabkan anda tidak dapat strike dengan sempurna.
Cara Memancing Di Anak Sungai Muara
Pertama, mestilah ada pergerakan arus. Jika air tenang, MJ tidak terlalu aktif. Sama ada air sedang gerak surut atau pasang, kedua-duanya sama produktif. Yang belokan di sungai yang didorong oleh air.
MJ biasanya akan duduk di sana menunggu untuk menyergap ikan umpan. Hal lain yang boleh anda cari adalah selokan. Selokan adalah celah antara semak-semak bakau. Cara terbaik untuk mencari saluran pembuangan adalah ketika air surut.
Petunjuk visual terakhir yang boleh anda cari adalah serangkaian hambatan di tengah sungai yang didorong oleh air, atau batu. MJ akan bersembunyi di balik struktur ini siap untuk menyergap ikan umpan yang tidak bersedia.
Tip berguna lainnya adalah dengan mendengar! Kekadang anda boleh mendengar MJ menyambar ikan umpan terkadang di dalam bakau. Jika Anda mendengar kegiatan semacam ini, lontarkan saja umpan ke semak-semak itu.
Sebenarnya Malaysia masih kurang kedai yang menjual enjin sangkut ini. Industri memancing yang pesat memacu ke hadapan sepatutnya memerlukan banyak pusat servis atau menjual enjin sangkut yang terpakai.
Bagi yang memilih untuk membeli enjin sangkut terpakai, beberapa perkara perlu diperhalusi sebelum membelinya sama ada daripada individu ataupun kedai yang menjual enjin sangkut.
Perkara pertama yang perlu diteliti adalah kualiti semasa enjin sangkut tersebut. Bahagian dalaman enjin seperti gasket blok tiada kebocoran, mudah dihidupkan, pusingan sistem penyejuk enjin dalam keadaan baik dan tiada gegaran yang kuat pada enjin ketika dihidupkan. Pembeli ada kuasa untuk meneliti enjin tersebut sebelum membelinya.
Harga juga memainkan peranan dalam pemilihan sesebuah enjin sangkut. Secara amnya, enjin sangkut bukan dinilai dari tahun dikeluarkan seperti kenderaan motosikal atau kereta tetapi ia boleh dinilai dari kualiti keadaan semasa enjin tersebut dari segi luaran dan dalamnya.
Bagaimana ianya boleh dinilai?. Dapatkan harga model yang sama di kedai dan penilaian boleh dibuat berdasarkan harga susut nilai sebanyak 40 hingga 60 peratus. Sebagai contoh enjin 5 hp (kuasa kuda) yang baru bernilai RM3200 Tetapi setelah dikira harga susut nilai semasa pengurangan mungkin boleh mencapai sehingga RM1500 mengikut keadaan semasa enjin tersebut.
Apa yang penting, enjin sangkut tidak mempunyai geran seperti kenderaan darat. Tetapi bukti pembelian resit asal daripada pemilik atau kedai amat penting disimpan kerana enjin sangkut adalah salah satu barang yang sering di curi.
Di perairan pantai barat Malaysia, kecurian enjin sangkut kerap dilaporkan dan pembeli perlu berhati hati agar dapat menghindarkan dari membeli barang curi. Setiap enjin sangkut mempunyai nombor siri casis yang berlainan dan ia direkodkan di dalam setiap surat pembelian enjin baru.
Apa yang penting, fahami segala aspek enjin sangkut ini kerana setiap kuasa kuda berlainan spesifikasinya termasuklah beban berat, badan luaran alat ganti.
Sekiranya pembeli ingin membeli daripada penjualan Internet, sebaik-baiknya lihatlah sendiri keadaan fizikal sebelum membuat keputusan. Buat pertemuan dengan si penjual. Lihat peralatan sampingan seperti tangki minyak serta saluran paip minyaknya dalam keadaan baik. Jika tidak mahir, bawalah rakan yang mahir bertemu dengan penjual berkenaan. Mana tahu anda tertipu atau terbeli enjin curi.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...