Ada sedikit perkara penting dalam pengurusan dan penyimpanan sejuk ikan tangkapan anda. Biasanya, Apabila selesai memancing dan hasil tangkapan kemudian dikeluarkan di akhir sesi pancingan di bawah cuaca yang terik untuk disiang, situasi ini sering dilihat tidak dikendalikan dengan baik. Ini mengakibatkan daging ikan menjadi lembik.
Gunakanlah kebijaksanaan anda. Proseslah tangkapan anda di tempat yang terlindung. Pastikan tangkapan anda berada dalam ais semasa anda memproses setiap ikan, sebelum menggantikan ikan yang telah dibersihkan ke dalam peti simpanan ikan itu.
Ads
Sememangnya berbaloi mencuci tangkapan dan peti simpanan, sebelum ikan diagih-agihkan. Tujuannya mempastikan ikan yang diproses sentiasa bersih. Ia lebih bersih dan kemas, jika persekitaran kerja turut bersih dan kemas.
Sebab itulah proses ini lebih baik dilakukan di rumah, bukannya di jeti. Di rumah, kita juga tak perlu tergesa-gesa dan dapat menguruskannya betul.
Ads
Jika ikan hendak disejuk beku, ia perlulah dibuang kesemua insang dan perutnya. Pastikan semua usus dan darahnya tidak tertinggal. Ruang perut yang kosong sebaiknya digosok dengan berus bagi memanjangkan hayat simpanan. Selepas membasuh, pastikan air dibuang sebelum dibungkus untuk pembekuan.
Kalau daging ikan dilapah atau fillet untuk dibekukan, ianya hendaklah dibungkus dalam paket saiz hidang. Kemudian labelkan ia dengan nama spesies dan tarikhnya menggunakan marker pen, sebelum disusun kemas dan rata dalam peti sejuk.
Ads
Penambahan maklumat tarikh menyenangkan anda untuk menguruskan bekalan, di mana ikan yang paling lama disimpan akan digunakan terlebih dahulu.
Sebaik-baiknya jangan simpan ikan anda terlalu lama dalam peti sejuk sehingga lebih 5 bulan. Sekiranya anda berniat untuk simpan beku sehingga 5 bulan, disarankan ia dibungkus dalam pek kedap udara.
Ataupun disimpan dalam beg sejuk beku khas, kemudian disusun dalam bekas sebelum direndam air. Dengan cara ini, air akan membeku dan menghalang ikan menjadi lecur beku.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Selain melalui teknik casting, toman juga boleh dipancing dengan teknik dasar. Suatu ketika dahulu teknik ini amat popular. Sekiranya anda berhasrat untuk memancing toman melalui teknik dasar, panduan pemilihan peralatan berikut perlu korang teliti.
Pemilihan joran
Joran berkekuatan sekurang-kurangnya 10-20lb dengan aksi sederhana berat (medium heavy) adalah disarankan. Namun joran berkuatan 15-30lb dengan aksi sederhana berat merupakan pilihan yang terbaik. Bukanlah bermakna joran di bawah 10-20lb tidak boleh digunakan. Nak guna joran 4-10lb pun boleh tetapi boleh ke joran tersebut beraksi sempurna jika strike toman melebihi 5 kilogram?
Peranan joran bukan sahaja untuk menarik atau mengepam ikan, sebaliknya juga untuk menyentap mata kail masuk ke rahang ikan toman yang keras. Saiz panjang joran yang ideal ialah 6-8 kaki. Joran melebihi 6 kaki lazimnya lebih efisien untuk membuat lontaran menggunakan umpan seperti ikan keli hidup ke spot yang lebih jauh, sekiranya memancing dari daratan. Jika menggunakan bot atau boating, joran berukuran 5-6 kaki lebih efisien.
Pemilihan kekili
Kekili saiz siri 3000 hingga 5000 paling sesuai digunakan. Tak kiralah kekili untuk kegunaan air tawar atau air masin semuanya boleh digunakan. Yang penting kekili tersebut memiliki longkang gelendung atau spool yang dalam bagi mengisi tali tangsi yang mencukupi.
Daya seretan kekili atau drag kekili juga tidak perlu sehingga belasan kilogram. Drag 4 kg pun sudah memadai kerana boleh menggunakan bantuan tangan terhadap spool bagi mengekang larian toman.
Tali pancing sesuai
Penggunaan tali tangsi atau mono adalah disarankan untuk memancing toman. Tali sulam juga boleh digunakan tetapi haruslah disambung dengan shockleader 2-3 meter. Ia bertujuan bagi mengurangkan risiko tali utama berbelit atau berpintal terutamanya jika menggunakan umpan hidup seperti ikan keli atau ikan lampam.
Tali tangsi yang tahan lasak dan geseran berkuatan 20-35lb adalah pilihan terbaik. Justeru itulah kekili saiz siri 3000 hingga 5000 adalah pilihan sesuai bagi memuatkan tali tangsi 20-35 lb ini.
Tali tangsi berwarna jernih atau kehijauan lebih sesuai digunakan atau tali yang sepadan dengan warna air lokasi pancingan toman tersebut.
Pemilihan mata kail
Boleh dikatakan banyak jenis mata kail seperti octopus hook, siwash hook atau circle hook boleh digunakan. Saiz mata kail sederhana sekitar 2/0-4/0 sesuai digunakan bergantung kepada saiz umpan yang digunakan.
Apa yang penting mata kail mestilah tajam dan kukuh untuk menembus mulut dan rahang ikan toman yang keras. Shank atau teras mata kail sebaiknya yang sederhana tetapi kuat. Teras yang halus bagus untuk strike tetapi dikhuatiri tidak mampu bertahan. Sementara teras yang tebal pula menyulitkan untuk hook up yang kemas.
Sebaiknya juga gunakan mata kail daripada material black nickel. Jumlah penggunaan mata kail pula bergantung kepada saiz umpan. Namun penggunaan 1 hingga 2 mata kail sahaja sudah memadai.
Perambut sesuai
Perambut mono filamen atau fluorocarbon 30-50lb sepanjang sekaki disambungkan dengan perambut dawai atau kabel 20-30lb kira-kira sejengkal.
Sebaiknya pilihlah dawai lembut yang disalut getah hitam. Yang penting perambut mata kail wajib menggunakan dawai atau kabel kerana toman bukan saja memiliki barisan gigi yang tajam bahkan rahang kuat yang mampu mematahkan mata kail.
Penggunaan perambut tanpa dawai pun boleh digunakan tetapi ia lebih bergantung kepada nasib. Kalau nasib baik, naiklah toman tapi kebanyakkannya jarang yang bernasib baik.
Umpan hidup
Apa sahaja benda berdaging boleh digunakan sebagai umpan toman. Namun umpan yang biasa digunakan adalah ikan hidup atau ikan mati.
Ikan keli, lampam dan puyu merupakan umpan hidup yang lazim digunakan dan berkesan. Untuk lebih berkesan, sebaiknya guna umpan yang boleh diperoleh di habitat yang sama dengan toman tersebut.
Sekiranya lubuk tersebut turut ada sebarau maka gunalah ikan sebarau sama ada hidup atau mati. Sudah sekian lama dikatakan toman dan sebarau saling bermusuhan.
Joran aksi ringan dan jenis parabolik terutama jenis grafit untuk tindak balas cepat paling sesuai digunakan lebih-lebih lagi ketika henjutan si belitong yang cuba melepaskan diri. Kekili yang dipadankan ikut suka anda asalkan berpadanan dengan joran dan saiz tali yang disyorkan.
Rekod secara rasmi tangkapan terberat untuk belitong ialah 39.6 kg atau 87lb pada tahun 1976 di Costa Rica.
Belitong bukanlah satu spesies yang gemar mendiami satu-satu tempat, ia biasanya bergerak secara bekumpulan dari satu kawasan ke satu kawasan di mana terdapatnya kumpulan ikan pelagik yang mengikuti pergerakan arus.
Sekiranya ada pemancing yang menggunakan tangsi 2lb dan berjaya dengan tangkapan 10kg ke atas, beliau patuk diberi perhatian dan kita perlu mempelajari teknik darinya bagaimana tangsi sekuat tali benang boleh menarik spesies 15 kali lebih kuat. Bagaimanapun perambut yang digunakan adalah lingkungan 20lb hingga 50lb tangsi atau dawai.
Sesuai dengan diet utama spesies yang berwarna cantik ini memburu ikan pelagik, jadi umpan terbaik adalah dikalangan ikan-ikan pelagik terutama yang masih hidup. Spesies pelagik yang biasa ditemui di unjam termasuk selayang, selar, kembong, pelaling, selar kuning, tamban sisik, tamban beluru dan juga spesies kecil seperti ikan bilis.
Kehadiran ikan belitong mudah dikesan oleh kebanyakan pemancing kerana tabiatnya yang gemar melonjak ke udara.
Jika kena pada masanya, sebarang umpan hidup maupun mati tidak menjadi masalah, belitong nescaya akan menyambar umpan tersebut sebaik saja dilemparkan.
Saya lebih senang menggunakan perambut tangsi (monofilament) berkekuatan 30lb hingga 50lb sepanjang sedepa ke atas dari menggunakan perambut dawai.
Menggunakan perambut tangsi (biasa) membuatkan umpan kelihatan lebih hidup terutama ikan mati apabila dibuai arus. Belaian arus mengolak pemangsa datang menyiasat dan seterusnya meragut ikan ‘hidup’ itu.
Jika menggunakan perambut biasa lakukan pemeriksaan setiap kali anda mendaratkan ikan terutama berdekatan dengan ikatan mata kail dari kesan-kesan calar atau genting. Potong saja bahagian calar jika perlu.
Manakala untuk mata kail purata saiz yang disyorkan nombor 2/0 hingga 4/0 sama ada jenis umpan hidup atau jenis lurus panjang kerana belitong agak rakus menyambar umpan.
Selain itu kaedah menunda (trolling) balingan gewang serta jigging juga mendatangkan kesan positif jika kena masanya.
Kejayaan memancing yang produktif memerlukan perencanaan yang bijak. Pemancing yang hebat mempertimbangkan banyak faktor sebelum memancing seperti pengenalan padang pancing, pasang surut, fasa bulan, suhu air dan cuaca.
Hujan renyai cenderung membuat beberapa pemancing tidak mahu beraksi, tetapi sebenarnya memberikan peluang besar untuk memperoleh hasi. Berikut beberapa tip bagus untuk memancing di tengah hujan.
Ketika merencanakan perjalanan memancing ketika hujan, pertimbangkan semua tip memancing ketika hujan dan faktor lingkungan seperti suhu air, pasang surut, struktur, lokasi umpan, pergerakan air, dan waktu untuk memancing.
Memancing tepat sebelum ribut. Penangkapan ikan yang paling produktif akan terjadi sebelum ribut ketika tekanan udara yang rendah dapat mendorong ikan galak untuk makan. Faktor Ini mungkin perlahan selama berlakunya ribut dan meningkat setelah berlalu ketika tekanan mulai naik lagi.
Ketika memancing dalam keadaan basah, kenakan kelengkapan pakaian untuk cuaca sebegini buruk. Perlengkapan tahan air berkualiti mampu menghasilkan suasana yang berbeza sama ada nyaman atau sengsara. Tetap hangat dan kering, lantas anda dapat memancing sepanjang hari.
Wujudkan bunyi dan warna dan kontra. Hujan menyebabkan air menjadi keruh, mengurangkan jarak penglihatan dan menyulitkan ikan untuk melihat umpan. Saat memilih gewang, pertimbangkan warna-warna cerah dan gagang yang mengeluarkan bunyi, seperti crankbait dilengkapi ball bearing untuk membantu ikan menemukan umpan.
Gerakan air ikan. Selama ribut, air pasang lebih tinggi dan air hujan bertumpuk di darat. Ikan di lubuk saluran air, saluran masuk atau saluran pelimpah di mana aliran keluar akan mengeluarkan umpan dan ikan akan menunggu untuk diberi makan.
Pancinglah di pantai yang tertiup angin setelah ribut berlalu. Angin yang bertiup ke garis pantai ketika ributakan mendorong makanan dan kerang-kerangan bergerak ke garis pantai atau belakang bukit laut yang menciptakan tempat makan yang produktif bagi ikan.
Pelbagaikan kelajuan gerakan gewang. Tingkatkan kecepatan kayuhan gewang untuk melihat respon daripada ikan. Kekalkan kadar kayuhan apabila ikan mula menyambar pada kelajuan karauan tersebut.
Cuba gewang topwater. Ketika ikan aktif, mereka mungkin berada di air yang lebih cetek berdekataan permukaan. Cubalah memancing dengan teknik topwater atau beberapa meter di bawah permukaan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...