Boleh dikatakan peratus paling tinggi punca kehilangan gewang disebabkan ia tersangkut pada objek di dalam air seperti reba. Tanpa penyelamat gewang dan tidak berani mengambil risiko untuk terjun menyelamatkannya maka terpaksa akan kehilangannya.
Terbabas ke atas pokok
Situasi hampir sama iaitu tersangkut pada sesuatu objek. Bezanya, gewang ini dapat dilihat tersangkut di atas pokok tetapi tidak dapat untuk diselamatkan atas beberapa sebab tertentu.
Jalan terakhir terpaksalah diputuskan tali pancing dan berharap tiada siapa menemuinya.
Putus dan terbang melayang
Biasanya ia berpunca dari utama tersekat atau terputus yang mengakibatkan gewang yang sedang dilontar terbang melayang jauh. Nasib untuk menemui gewang kembali masih ada tetapi jika gewang jenis tenggelam maka ia akan menghilang dalam sekelip mata.
Snap terkangkang
Kecuaian tidak mengunci snap atau kili dengan betul juga menjadi punca gewang hilang sejurus pemangsa menyambar gewang.
Ia tidak semestinya dilakukan oleh pemangsa bersaiz kasar kerana haruan bersaiz curut pun mampu melarikan gewang itu dengan mudah.
Sangkut objek dalam air
Biasanya gewang jenis selaman dalam yang menjadi mangsa keadaan. Kesilapan atau mungkin juga kedegilan menggunakan gewang selaman dalam di lubuk yang cetek mendorong gewang tersangkut pada sesuatu objek di permukaan dasar.
Kena curi
Ada banyak cara bagaimana gewang hilang disebabkan oleh kecurian. Tetapi kecurian yang paling menyakitkan hati adalah apabila ingin menggunakan gewang tersebut barulah sedar ia sudah hilang tanpa disedari dan tiada sebarang petunjuk siapa yang mencurinya.
Member pinjam
Selain kedekut berkongsi spot, kebanyakan pengilat juga tidak mudah untuk memberi pinjam gewang apatah lagi jika gewang berstatus rare atau tahyul.
Ia adalah satu jenis kehilangan yang menyakitkan hati apabila diberi pinjam dan si peminjam hilangkannya tanpa rasa bersalah.
Mangsa pergolakan rumahtangga
Jangan kata isteri tidak menyumbang kepada punca kehilangan gewang. Cubalah lebih kerap pergi casting tanpa menghiraukan bebelannya.
Ia bukan tidak mengamok secara fizikal kepada anda tetapi akan menjadikan peralatan memancing termasuklah gewang anda sebagai mangsa amokkannya.
Ganti pampasan
Ia mungkin jarang berlaku tetapi sekiranya anda meminjam gewang member dan menyebabkan gewang tersebut hilang, maka ia perlu diganti balik dengan gewang yang sama.
Ini merupakan punca kehilangan gewang paling adil di antara banyak punca kehilangan gewang.
Kalah bertaruh
Unsur judi sememangnya tidak dapat lari dari dunia memancing. Bentuk pertaruhan pula tidak semestinya duit. Petaruhan dalam bentuk gewang sebenarnya sudah lama berlaku.
Jadi, kalau tak nak gewang kesayangan dalam petaruhan, jangan sesekali menyahut cabaran sebegini.
UMPAN: Sejak bila bergelar pengusaha umpan memancing ini?
SHIMA: Secara rasminya lebih kurang dalam 2 tahun yang lepas, saya mula memasarkan umpan Minyak JS ini ke pasaran seluruh negeri.
Pada awalnya saya hanya memasarkan untuk pemancing sekitar Terengganu dan Kelantan saja tetapi banyak dapat permintaan dari luar seperti Selangor dan utara tanah air.
UMPAN: Kenapa anda memilih usaha ini?
SHIMA: Sebelum ini saya memancing di kolam air tawar menggunakan umpan minyak yang dibeli. Oleh kerana hasil yang kurang memberangsangkan, saya belajar dan tabiat pemakanan ikan dan cuba buat umpan sendiri.
Pada permulaannya saya buat untuk saya pakai sendiri. Lepas tu ada permintaan dari kawan-kawan dan mereka syorkan boleh cuba untuk buat jualan.
UMPAN: Apa cabaran dan harapan anda dalam meneruskan usaha ini?
SHIMA: Sememangnya ada cabaran walaupun sambutan biasa-biasa sahaja. Saya jugak beritahu pelanggan secara jujur… lain kolam lain citarasa. Ada yang sesuai ada yang kurang… dan juga berkongsi rahsia teknik dan cara guna tersendiri.
Saya sering ingatkan bahawa umpan hanya sekadar tawakal dan usaha. Rezeki datang dari Allah… itulah yang paling saya tekankan untuk pelanggan. Semestinya harapan saya amat berharap pelanggan saya dimurahkan rezeki serta dipermudahkan hasil yang lumayan.
UMPAN: Ceritakan apa kelebihan produk anda?
SHIMA: Minyak JS dijamin halal. Ia diperbuat daripada bahan-bahan sumber halal dari laut. Walaupun bahan dari laut namun ia sangat menarik serta berupaya memikat ikan-ikan air tawar. Minyak JS memiliki bau yang tersendiri yang sangat sesuai deria ikan untuk mencari makanan.
UMPAN: Cerita sedikit pencapaian membanggakan yang pernah diperolehi?
SHIMA: Setakat ini saya tidak menerima sebarang komen negatif dari para pelanggan. Secara peribadi pula saya pernah memperolehi ikan rohu sebanyak 50ekor dalam masa 5jam. Itu adalah rekod yang terbanyak pernah saya dapat.
Minyak JS boleh dicampur dengan dedak dan roti. Rekod ikan terbesar yang pernah diperoleh ialah ikan tongsan 13kg. Minyak JS ini juga boleh digunakan untuk memikat ikan keli dan patin kolam.
Malah ada pengguna yang berjaya mendaratkan patin liar di sungai menggunakan minyak ini bersama perut ayam.
Sebagaimana yang diketahui ramai, garam yang terkandung di dalam air laut atau kolam air masin bersifat menghakis. Sementara kebanyakan logam juga merupakan musuh utama garam air laut. Jika logam besi atau zink akan menyebabkan ia berkarat.
Sementara logam lain seperti aluminium tidaklah akan menyebabkan ia berkarat, sebaliknya mendapan air masin akan membentuk bunga-bunga garam pada permukaan logam aluminium seperti spool atau gelendung kekili sekaligus menghakis permukaannya.
Tali benang tidaklah berkarat akibat serapan air masin namun bunga-bunga garam akan terbentuk pada tali tersebut. Walaupun tidak menyebabkan ia reput sepenuhnya, sedikit sebanyak ia akan prestasi tali tersebut menurun dan sekaligus membentuk bunga garam pada spool.
Tali benang akan cepat reput jika terlalu dedah kepada cahaya panas dan pembentukan garam yang terhasil itu mempercepatkan lagi proses tersebut. Oleh yang demikian ada baiknya anda bilas dan cuci tali benang dengan air tawar selepas digunakan di perairan air masin. Jangan simpan kekili tersebut tanpa dibilas dengan air tawar.
Untuk penjagaan tali pancing yang lebih sempurna, ada baiknya tali benang tersebut dikeluarkan dari spool jika tidak digunakan untuk tempoh yang lama. Ia bukan saja dapat memelihara jangka hayat tali benang, malah juga kekili tersebut.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...