Sebagaimana buah kelapa sawit yang boleh digunakan untuk memancing ikan kelah, tengas dan sebagainya lagi, buah ara juga boleh digunakan untuk tujuan yang sama. Malah, kelebihan buah ara ia tidak perlu diperam sebagaimana buah sawit untuk diguna pakai. Ia boleh diguna secara asalkan buahnya sudah cukup masak.
Cara-cara Menggunakan Umpan Buah Ara
Ads
Jika tidak dapat mengambil buah ara yang masak (kebanyakan bewarna merah tua keungguan) pada dahan pokok, kutip saja buah-buah yang masih baru gugur. Buah yang baru gugur biasanya masih elok sifatnya berbanding buah yang sudah lama gugur dan buruk.
Potong buah ara dengan pisau yang tajam supaya elok belahan buahnya. Sebaiknya setiap biji buah itu dipotong empat.
Ads
Dengan menggunakan mata kail (tunggal) berperambut tali tangsi 20-30lb sepanjang 1-2 kaki, cucuk potongan buah ara pada mata kail satu persatu.
Potongan buah ara haruslah melepasi mata kail dan tersusun pada perambut. Sebaiknya potongan buah ara dicucuk kira-kira panjang sejengkal pada perambut sementara dua potongan buah dicucuk kemas pada mata kail.
Ads
Dengan menggunakan teknik pancingan dasar (saiz batu ladung hidup bergantung kepada kelajuan arus sungai), umpan ini sudah boleh dilontar ke lubuk untuk memikat kelah, tengas, jelawat ataupun patin liar.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Sesetengah bekas lombong turut didiami oleh ikan-ikan air tawar buruan ramai, namun sukar untuk menjinakkannya.
Tapi ia tidak menjadi suatu yang mustahil jika tahu bagaimana untuk menghasilkan umpan yang tepat. Berikut merupakan perkongsian terbaik untuk menjerat jelawat liar.
Bahan-bahan keperluan
2 biji telur goreng hancur
Kelapa parut goreng
Tepung gandum
Minyak belangkas (Kicap Rohu A1)
Cara Menyediakan Umpan
LANGKAH 1
Masukkan kelapa parut goreng ke dalam bekas bancuhan.
LANGKAH 2
Campurkan telur goreng hancur sedikit demi sedikit sambil digaul bersama kelapa parut. Kemudian gaul kedua-dua bahan itu sehingga betul-betul sebati. Selepas itu masukkan pula tepung gandum dan digaul sehingga menjadi doh yang sesuai.
LANGKAH 3
Masukkan minyak belangkas kira-kira 5-8 penutup.Uli adunan tersebut sehingga meresap bersama minyak belangkas.Sebaiknya uli adunan itu sehingga menjadi doh yang boleh dikepal dan tidak pecah.
LANGKAH 4
Guna spring dua mata dan kepalkan adunan pada mata kail dan juga spring.
Teknik bancuhan umpan dan perambut yang hampir sama dengan umpan rohu kolam. Sekiranya anda sudah biasa menghasilkan umpan rohu kolam maka ia tidak mendatangkan masalah kepada anda.
Namun umpan serbuk belangkas ini bukan saja untuk memancing ikan kolam, ia amat berkesan untuk memancing ikan liar disungai seperti lampam, tenggalan, lais, patin lawang dan pelbagai spesies liar lainnya.
Bahan keperluan
Dedak (apa saja jenis dedak termasuklah dedak ayam)
Pelet
Serbuk pes belangkas Ulong
Air
Mata bom
Tutorial 1
Masukkan apa saja jenis dedak (1kg) ke dalam kekas bancuhan umpan.
Tutorial 2
Masukkan pula satu bungkus serbuk pes belangkas.
Tutorial 3
Gaul dedak dan serbuk belangkas sehingga sekata.
Tutorial 4
Masukkan air (air sungai atau kolam) sedikit demi sedikit sehingga bancuhan sesuai dikepal. Jika sungai yang berarus, sebaiknya bancuhan sedikit liat dan tidak mudah peroi.
Tutorial 5
Ambil mata bom dan cucuk 1 atau 2 biji pelet yang telah dilembutkan dengan air dan digaul dengan serbuk pes belangkas.
Tutorial 6
Kepal bancuhan dedak pada spring yang ada pada set mata bom atau mata rambai.
Tutorial 7
Umpan yang siap untuk digunakan. Sekiranya arus agak laju, gunakan batu ladung yang sesuai agar umpan ini tidak hanyut.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...