Cara Pasang Parts Calcutta 50

Share

 

Bahagian kedua ni lebih mencabar sikit jadi korang perlu lebihkan tumpuan. Abaikan perkara lain dan fokus.

 

Parts drag assembly yang dah dipolish / dibersihkan. Cuma drag no 2 dari kiri yang ori. Yang lagi dua tu Carbon Matrix dari Abu Garcia.

 

 

Washer yang ori tu dikekalkan sebab bila ditukar ada masalah spacing. Drag assembly jadi terlalu ketat.

So, main washer dipasang. Saiz asal washer ni lebih besar dari yang diperlukan. Telah dipotong dengan gunting dan trim dengan gunakan kikir halus dan kikir bulat. Washer gantian parts untuk Abu Ambassadeur 5500 series.

 

Pasang lagi yang seterusnya.

 

Sebelum pasang washer2 tersebut telah disapu dengan grease dan dilap balik. Kasi dia damp wet je. Ini untuk smoothness, max drag tak banyak terjejas.

 

Selepas itu di install main gear/drag assembly pada set plate. Pastikan bearing dah dibersihkan dan letak setitik dua je minyak reel. Grease akan beratkan lagi bearing tu nanti.

 

Sebelum pasang right side plate, one way bearing diminyakkan.

 

Semua dah ok, set plate dipasang pada right side plate. Ada 2 skru kecik yang ikat set plate. Bushing one way bearing dipastikan tak terkeluar dan key pada hujungnya masuk ngam2 ke main gear.

 

Seterusnya ada bahagian yang di upgrade. Walaupun datang dari Jepun, Shimano tak maximise potential reel ni. Pada brake adjustment knob hanya brass bush digunakan. Cara ni memang tahan tapi untuk meringankan spool maka saya pergi ke kedai bearing.

 

Hasilnya… sebijik bearing NMB ukuran 7mm(OD)x3mm(ID)x3mm(thickness) diperolehi. Sebelah kanan dalam gambar bushing yang asal. Ohh ye… bearing dibersihkan dan dititikkan dengan minyak reel.

 

Dipasang pada knob housing, rumah asal bushing. Klip dalam gambar sebelum ni dipasang. Kalau hilang naya.

 

Next… line guide assembly.

Seperti dalam gambar, tiada bearing di sini. Walaupun waktu casting guide tak bergerak, tapi untuk smooth retrieve, bahagian ni pun dibersihkan, polish dengan brasso. Grease amatlah dilarang sebab akan memberatkan lagi karauan.

 

Dah pasang!

 

Bearing kat dalam tu dibersihkan dengan contact cleaner dan titikkan minyak. Left side plate dipasang, ada dua skru lagi mengikatnya.

 

Apabila siap sebelah kiri, spool yang dah di load dengan tali 14lbs diinstall.

 

Sebelum tu bearing pada spool diminyakkan. Brake blocks (takde gambar) pakai 2 aje.

 

Right side plate dipasangkan sejurus selepas itu. Star drag dipasang sekali.

 

Dah pasang kene check. Contoh dalam gambar ni skru yang memegang set plate tak secure dengan betul.

 

Lepas itu ke acara terakhir, pasang siap handle. Dah siap? Belum, ada yang kena check.

 

Selepas ditukar drag washer, ianya menjadi ketat sebab drag abu lebih tebal. Masalah ini diselesaikan dengan ketatkan drag ke maximum dan longgarkan balik. Alhamdulillah ok. Kasi test sikit. Drag sememangnye tak jerky lagi. Lebih smoth… free spooling lebih lama dari yang asal. Retrieving pun lebih lembut. Rasa seperti reel yang berbeza.

Published by
Amang