Penggunaan esen pisang amat meluas dalam penyediaan umpan bagi pancingan ikan air tawar terutamanya di kolam-kolam pancing. Ia jelas membuktikan bahawa pisang juga merupakan satu diet kepada beberapa spesies ikan air tawar.
Dalam perkongsian ini kami tunjukkan bagaimana caranya untuk jadikan pisang emas sebagai umpan memancing ikan. Kalau ikan tak nak makan pun, korang boleh makan pisang ni. Taklah membazir kalau kumpau.
Bahan-Bahan
Pisang (embun atau emas)
Perambut 3 mata kail
Mata kail teras panjang (long shank)
Straw
Manik polisterin
Cara Penyediaan
Ads
Tutorial 1
Potong pisang dalam anggaran 1-2 inci dan kupas kulitnya secara memanjang.
Tutorial 2
Kulit pisang itu kemudian dijadikan tapak umpan dan potong lebihan pada sekelilingnya.
Ads
Tutorial 3
Ambil mata kail paling tengah dari perambut 3 mata kail dan cangkukkan kulit pisang yang dijadikan tapak umpan.
Tutorial 4
Masukkan straw pada mata kail tersebut (straw hanya membalut teras mata sahaja).
Ads
Tutorial 5
Masukkan pisang melalui pangkal perambut dan melekap pada mata kail dan tapak umpan.
Tutorial 6
Cangkukkan 3-4 manik polisterin pada dua lagi mata kail daripada perambut 3 mata kail.
Tutorial 7
Cangkukkan dua mata kail tersebut pada bahagian sisi umpan dan ia sudah boleh digunakan sebagai umpan memancing.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Pelet merupakan makanan ikan yang terbaik untuk dijadikan umpan. Tanpa perlu dicampur apa-apa bahan sekalipun ia tetap akan dijamah oleh ikan. Namun mempercepatkan proses pelet ini dijamah oleh ikan, ia perlu campur dengan bahan-bahan perisa. Dan proses terbaik bagi menyatukan padu pelet dan perisa ini ia haruslah diperap atau diperam terlebih dulu.
Bahan-Bahan Keperluan
1 kg pelet 6363 / 920
Santan kelapa
kelapa parut
Perisa Strawberi Original
Yis segera
Cara-Cara Penyediaan Umpan:
Tutorial 1
Masukkan 1 kg pelet 6363 ke dalam bekas bertutup.
Tutorial 2
Curahkan pati santan atau santan kotak 200 mililiter kemudian goncang agar pati santan mengenai kesemua pelet.
Tutorial 3
Taburkan yis segera anggaran 2-3 cubit dan goncang lagi bekas acuan bertutup.
Tutorial 4
Curahkan pes perisa strawberi dalam anggaran 8-10 penutup dan goncang hingga sekata.
Tutorial 5
Taburkan kira-kira segenggam besar kelapa parut dan goncang sekali lagi. Perap adunan ini dalam bekas tertutup kira-kira 1 hingga 3 malam.
Cara Penggunaan Umpan:
Tutorial 1
Basahkan sedikit adunan umpan yang telah diperam apabila ingin menggunakannya.
Tutorial 2
Taburkan sedikit umpan gam jika perlu bagi mengelakkan biji pelet ini berderai apabila dikepal.
Tutorial 3
Gunakan spring dua mata kail dan cucuk mata kail dengan pelet. Satu mata kail lagi dicucuk dengan jajan atau keropok jagung.
Tutorial 4
Kepalkan pelet pada spring dengan menyelitkan mata kail dicucuk jajan di dalam kepalan. Manakala mata kail di cucuk pelet di luar kepalan.
Umpan kongkang merupakan umpan daripada usus ayam yang diproses bersama bahan lain.
Umpan kongkang sahaja sudah boleh dijadikan umpan memikat ikan.
Namun dengan campuran pes perisa Original, ia mampu mempercepatkan proses ikan menemuinya sekaligus membahamnya.
Bahan-bahan keperluan:
Umpan kongkang (umpan usus ayam) yang diproses
Perisa strawberi Original
Perisa soya Original
Roti ban manis
Cara penyediaan Umpan:
Langkah 1
Kupas atau buang lapisan atas roti ban manis. Belah roti potato menjadi dua bahagian. Bahagian
atas dipotong dadu sebagai bahan inti manakala bahagian bawah pula dipotong dadu lebih kecil untuk dijadikan bahan kepal menutup inti.
Langkah 2
Sediakan satu plastik kosong. Masukkan kira-kira dua sudu umpan kongkang (buatan sendiri atau apa saja jenama yang ada dijual).
Kemudian masukkan satu penutup perisa strawberi dan satu penutup perisa soya Original.
Sebatikan campuran ini di dalam plastik. Masukkan roti dadu bahagian inti dan goncang plastik sehingga kesemua roti dadu sebati dengan campuran umpan.
Langkah 3
Ulangi langkah yang sama. Hanya kali ini masukkan roti dadu bahagian kepal dan kembungkan plastik supaya roti dan umpan dapat diseratakan dengan sebati.
Cara menggunakan umpan:
Gunakan perambut Y dua mata kail tali sulam atau tangsi. Cucuk kedua-dua mata kail dengan beberapa roti dadu yang bersalut umpan perisa campuran (inti).
Gabungkan kedua-dua mata kail tersebut (atau salah satu daripadanya) dan kepal dengan roti dadu (kepal) sehingga menjadi seperti bebola. Sebaiknya biarlah kepalan itu tidak terlalu longgar atau terlalu padat.
Umpan terbaik untuk memancing ikan sasaran di sesuatu lubuk adalah umpan yang terdapat di lubuk itu sendiri. Sekiranya di lubuk tersebut banyak terdapat ikan seluang maka gunalah anak seluang tersebut untuk dijadikan umpan.
Langkah 1
Usahakan cari sesuatu untuk menyauk anak-anak ikan seluang yang terdapat di tepi sungai atau tali-tali air.
Langkah 2
Beginilah rupa anak ikan seluang. Penting untuk mengenal pasti ia adalah spesies ikan seluang bukannya spesies lain yang kurang digemari oleh ikan pemangsa seperti belida atau baung.
Langkah 3
Pegang anak ikan seluang dengan kemas dan cangkukkan anak ikan seluang ini dari bahagian kepala hingga ke ekor.
Langkah 4
Beginilah keadaan anak seluang yang telah dicucukan mata kail untuk dijadikan umpan belida atau apa sahaja pemangsa yang ada.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...