Sebagaimana sifat kebanyakan ikan bermisai (catfish) lain mereka tidak suka bergerak bebas. Sebaliknya lebih banyak menghabiskan masa dengan melekapkan diri pada dasar perairan dan sesekali merayap mencari makanan. Dalam hal ini, sesungut yang berada di sekitar mulut banyak membantu dalam proses mencari makanan.
Tabiat pemakanan yang agak pasif ini menyebabkan jenis makanan yang diambil adalah terhad kepada kehadiran makanan di bahagian dasar dan juga organisma yang tidak mampu bergerak pantas. Berdasarkan analisa kandungan perut, kedua-dua spesies sembilang ini secara semulajadinya menjadikan krustasea kecil, moluska dan anak-anak ikan sebagai makanan utama.
Ads
Di kalangan pemancing, tabiat pemakanan sebegitu sedikit sebanyak memberi peluang kepada mereka untuk memancing sembilang dengan mudah. Ini kerana ikan-ikan sebegini tidak terlalu cerewet dalam memilih umpan. Jadi pemancing tidak perlu terlalu serius mencari umpan jika ingin memburu sembilang. Mereka turut memakan umpan yang mudah dicari seperti isi ikan yang dipotong-potong.
Namun begitu banyak pendapat yang mengatakan sembilang lebih tertarik kepada umpan-umpan yang semulajadi terdapat di sekitar kediaman mereka seperti perumpun, anak-anak udang dan siput. Selain itu bivalvia seperti kerang segar turut menjadi umpan pilihan pemancing. Bau umpan yang hanyir ini akan menarik perhatian sembilang yang terdapat di sekitarnya.
Ads
Memandangkan tabiat sembilang yang kurang bergerak, pengetahuan tentang tempat mereka berkumpul adalah penting. Di kawasan tertentu, sangkar-sangkar ternakan ikan sering menjadi pilihan pemancing. Ini kerana kebanyakan ikan termasuk juga sembilang sering berkeliaran di bawah sangkar menunggu sisa makanan yang terjatuh ke dasar.
Ads
Walaupun ikan sembilang bukan dari jenis yang mampu bersaing hebat, namun rentapannya semasa merampas umpan sememangnya mendebarkan. Apatah lagi jika ia adalah sembilang bersaiz kasar atau gemang. Gemang bukan sahaja ganas merentap umpan tetapi turut membuatkan pemancing lenguh mengawal kekili sebelum dapat menewaskannya.
Seperkara lagi yang menarik apabila memancing sembilang ialah sekiranya anda bertemu rombongannya (biasanya sembilang batu). Dalam hanya beberapa ketika anda sudah mampu mendaratkan berpuluh-puluh ekor ikan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Memancing bebolos tidak memerlukan set pancing khusus. Memadai joran aksi ringan dengan tindakan hujung yang sensitif amat sesuai memancing bebolos. Kekili adalah jenis ringan untuk tali berkuatan maksimun atau yang disyorkan sehingga 15 paun sudah memadai.
Guna tali berkekuatan maksimun 10 lb atau ke bawah adalah disyorkan supaya kesan ikan merembat umpan lebih dapat dirasai. Mata kail jenis tajam dan kecil seperti mata udang no.7 hingga no 10 adalah sesuai untuk mulutnya yang kecil.
Pemberat hendaklah sesuai dengan kelajuan arus (jika ada) atau sekadar untuk melabuhkan umpan ke dasar. Perambut pendek lebih sesuai iaitu kira-kira sejengkal dari pemberat sama ada menggunakan satu mata atau dua mata. Perambut yang pendek bertujuan untuk senang membalas serta mengelakkan umpan dihanyutkan arus ke atas.
Umpan hendaklah dipotong kecil sekadar memuatkan mata kail. Jika mengunakan udang mati, buang kulit luar yang keras dan gunakan isi sahaja. Saya pernah mengikuti rakan memancing bebolos di kawasan pantai Port Dickson.
Masa yang paling sesuai memancing bebolos di kawasan pantai tersebut ialah ketika air surut. Teknik memancing agak mudah di mana joran buluh/ bemban digunakan dengan tali asas yang sama panjang dengan joran tanpa pemberat.
Umpan
Umpan pula ialah perumpun pantai yang dicari menggunakan air ikan mati. Umpun-umpun jenis ini akan keluar ke permukaan apabila terbau makanan. Kecekapan mencengkam perumpun dengan tangan adalah penentu kepada kejayaan memperolehi umpan yang cukup.
Kawasan yang biasa dikunjungi oleh pemancing bebolos ketika air surut ialah di perairan yang sedalam paras lutut dan mempunyai sedikit tompokan batu karang di sekitar serta kawasan berbeting. Bebolos juga boleh dijadikan umpan untuk memancing pari.
Hanya mereka yang pandai memasak sahaja yang boleh beritahu kepada kita macam mana hendak menambahkan lagi keenakan daging halus bebolos. Ramai yang suka stim bebolos walaupun ianya bersaiz kecil dan goreng bercili sehingga garing sampai ke tulang sudah cukup sekiranya anda bukan tukang masak yang pandai.
Sekarang ini nak dapat satu strike seekor toman bukan main susah lagi jadi jangan bazirkan peluang yang terhidang dengan kesilapan teknikal yang tidak sepatutnya berlaku.
Percaya atau tidak, tabiat pemakanan toman di Tasik Chini tidak sama dengan tasik lain walaupun tasik berdekatan. Untuk berjaya memburu toman Tasik Chini, beberapa perkara perlu anda semua perhatikan terlebih dahulu.
WAKTU MENCAKOP
Sebaik sahaja banjir surut antara waktu yang ‘menjadi’ untuk casting. Julai hingga Oktober adalah waktu terbaik untuk berkunjung ke sini. Pastikan korang tidak terlepas waktu mencakop ini.
WAKTU MEMBANGAU
2-3 minggu selepas air surut. Yang mana mengkuang, kelecut, teratai, rasau serta lain-lain tumbuhan yang ditenggelami air akan layu dan mati. Situasi ini akan menyebabkan air menjadi masam. Ketika ini toman agak sukar membuka mulut.
LURE KILLER
Pencil antara gewang permukaan yang sesuai dimainkan. Ketika tasik tenang dan permukaan tasik seumpama cermin yang mana pergerakkan pencil dapat dikesan oleh sang toman dengan cepat. Awal pagi ketika angin belum berhembus serta lewat petang, pencil memang ‘laku’.
Apabila angin mula ‘mengocak’ permukaan tasik, para caster biasanya menggunakan gewang kekipas, popper, jump frog dan juga buzzbait.
SETTING POWER
Joran berkekuatan 7lb-14lb atau 10lb-20lb sudah dikira berbaloi untuk dibawa ketika berkunjung ke sini.
Kekili ratio tinggi sesuai kerana kebiasaannya gewang permukaan menjadi pilihan untuk casting di tasik ini. Manakala tali utama kebanyakan caster di sini menggunakan tali sulam 20lb-30lb.
Shock Leader sama ada yang biasa mahu pun flourocarbon adalah penting mana kala kabel atau tali kevlar perlu diikat pada muncung gewang sebagai insuran.
Udang (hidup dan mati), umpun-umpun serta apollo merupakan umpan dan barang yang bawa jika memancing di sangkar ikan, rumah rakit dan juga kelong. Anda juga boleh bawa umpan alternatif lain seperti ikan dan sotong untuk dijadikan umpan potong atau hirisan.
Sama ada udang hidup atau mati merupakan umpan terbaik untuk target ikan gred A atau bersaiz besar.
Boleh dikatakan hampir semua spesies ikan muara atau persisir pantai menjadikan udang sebagai sumber makanan utama. Sebaiknya bawa udang hidup kerana walaupun sudah mati ia masih terbaik untuk dijadikan umpan segar.
Umpun-umpun terutamanya umpun-umpun sarang merupakan umpan terbaik untuk spesies tak bersisik seperti sembilang, duri, ketuka atau pari.
Ikan-ikan ini sememangnya spesies yang sering ditemui di kawasan port memancing ini. Selain itu ikan-ikan gred A juga turut membaham umpun-umpun jika ditemui.
Malah admin sendiri pernah menaikkan siakap 6kg menggunakan umpan umpun-umpun sarang di kelong.
Apollo terutamanya bersaiz kecil (4-8) perlu dibawa kerana ia boleh digunakan untuk mencari umpan ikan hidup seperti bilis dan tamban.
Kedua-dua ikan ini merupakan umpan terbaik jika digunakan ketika hidup atau masih segar. Malah apollo juga boleh digunakan sebagai teknik perambut.
Dengan meletakkan umpan pada mata kail apollo, anda berpeluang untuk memancing ikan gelama, bebolos, daun baru dan sebagainya.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...