➡ Sentiasa memakai jaket keselamatan yang diikat kemas pada badan (jangan hanya menyarung pada badan tanpa mengikatnya).
Dan pastikan juga jika menggunakan jaket keselamatan berkenaan mampu mengapungkan berat anda, tidak kira jenis jaket keselamatan yang digunakan.
➡ Jika anda memiliki bot dan enjin sendiri, pastikan bot dan enjin berada dalam keadaan baik sebelum keluar memancing. Begitu juga jika anda adalah seorang tekong.
Jangan abaikan perkara ini. Juga pastikan kelengkapan peralatan membaiki dan minyak tambahan mencukupi.
Ads
➡ Jaga adab dan tutur kata ketika memancing di tengah laut mahupun kawasan terpencil di sungai pergunungan. Yang penting sekali mulut jangan CABUL! Kecuali korang memancing seorang diri.
➡ Waspada terhadap ancaman ribut. Jika boleh, tamatkan trip atau cari kawasan berlindung dengan segera sebelum ribut melanda.
➡ Bawalah lampu suluh walaupun tidak bercadang untuk pulang lewat petang atau malam.
Ads
Ia umpama sediakan payung sebelum hujan kerana tiada siapa yang dapat menjangkakan apa yang bakal berlaku.
➡ Sentiasa waspada terhadap tunggul kayu atau kayu balak hanyut tidak kiralah di sungai atau laut. Banyak kejadian sampan terbalik gara-gara melanggar kayu hanyut.
Ads
➡ Elakkan memegang joran ketika hujan lebat atau ribut petir untuk elakkan risiko daripada terkena renjatan elektrik. Barang-barang elektronik pada bot juga boleh terjejas jika joran disambar kilat.
➡ Untuk casting di dalam bot, adalah lebih baik jika pemancing bertolak ansur untuk cast dan harus sentiasa memastikan jarak yang selamat sebelum melontar gewang. Casting di atas sampan merupakan risiko paling tinggi terkena mata tiga gewang.
➡ Bawa peti keselamatan yang lengkap dengan ubat-ubatan dan sewaktu dengannya.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Untuk pancingan pantai atau surfcasting, kombinasi peralatan yang sesuai digunakan ialah joran minimum 12 kaki, kekili mendatar sekurang-kurangnya saiz siri 4000 (lebih baik jika kekili gelendung panjang atau surf cast reel, tali utama dari jenis sulam atau braided 20-40lb, batu ladung jenis gantung atau batu mati lonjong (saiz bergantung kepada kelajuan arus).
Perambut 30-50lb (bergantung kepada struktur dasar lokasi dan ikan sasaran) dan dipadankan dengan mata kail nombor 8 hingga nombor 2, atau 1/0 hingga 3/0 bergantung juga pada spesies sasaran. Umpan yang sesuai bagi newbie pula terdiri dari jenis umpan yang tidak mudah tertanggal dari mata kail ketika melakukan lontaran. Disarankan anda mencuba umpan seperti umpun-umpun, hirisan sotong atau hirisan ikan belanak.
Sebaiknya anda perkemaskan teknik lontaran terlebih dahulu sebelum memasang impian untuk menerima strike. Tetapkan satu jarak sasaran yang perlu dicapai dan lakukan berulang kali. Dalam pada masa yang sama turut memantau keadaan umpan selepas melakukan lontaran.
Kombinasi peralatan surfcasting ini juga boleh diaplikasikan di tasik air tawar. Terutamanya peralatan utama seperti joran, kekili dan tali utama. Namun teknik perambut, batu ladung, mata kail dan umpan perlu disepadankan dengan konsep pancingan ikan air tawar.
Kekili menegak model bulat (round bc) seperti Shimano Calcutta Conquest atau ramai yang suka memanggilnya CQ memang memiliki peminatnya tersendiri. Ia memang cukup istimewa, lebih-lebih lagi model 50S shallow spool ini kerana ia limited edition.
Oleh kerana itu amat penting untuk kita menyelenggaranya dengan baik. DIY kali kami cuba untuk menerangkan bagaimana untuk servis kekili ini, moga ia memberi manfaat untuk kaki pancing yang memilikinya keberanian untuk melakukan servis sendiri.
Keperluan:
Screwdriver set
Rachet spanar
Spool pin removal
Minyak Zippo
Kain bersih
Air blow
Grease oil
Bearing oil
Cotton bud
Berus lukisan
Bekas kosong
Bekas tertutup (untuk cuci bearing).
Cara Servis:
Tutorial 1
Buka skru dengan cermat pada pengayuh kekili menggunakan pemutar skru.
Tutorial 2
Keluarkan plate pada kekili selepas skru dibuka.
Tutorial 3
Selepas keluarkan plate, gunakan rachet spanar untuk membuka nat.
Tutorial 4
Selepas nat dibuka, buka pengayuh kekili. Kemudian anda boleh membuka nat yang berada pada bahagian dalamnya.
Tutorial 5
Setelah itu, buka skru yang berada pada badan kekili.
Tutorial 6
Kemudian buka bahagian penutup sisi kekili. Inilah keadaan mekanikal setelah dibuka. Kemudian anda perlu keluarkan pinion gear yang terdapat di dalamnya (warna hitam).
Tutorial 7
Pinion gear yang telah dikeluarkan. Susun dengan cermat dan teratur agar tidak hilang.
Lipless rattlebaits merupakan antara gewang killer untuk kebanyakan spesies pemangsa. Rahsianya ialah gabungan goyangan yang menggoda dan bunyi gemerincing dalam frekuensi tinggi yang mampu menarik perhatian ikan pemangsa.
Gewang rattlebaits dianggap gewang yang versatil dan dengan pilihan warna dan kemasan yang ditawarkan memang menjadi antara pilihan kaki mengilat. Kami sediakan 12 pilihan gewang rattlebaits tanpa bibir untuk anda.
Gewang hasil buatan Bill Lewis dianggap sebagai gewang klasik yang telah menewaskan banyak ikan bass sejak tahun 60-an.
Terkenal dengan gaya getaran dan bunyi gemerincingnya, gewang ini menjadi kegilaan peminat ikan jenis bass.
Terdapat dalam beberapa saiz dan kemasan warna spektrum daripada Avocado Zombie hingga Blue. Streak.
Cotton Cordell Super Spot
Super Spot merupakan gewang rattling ikonik dengan getaran yang cukup baik. Dengan padanan mata tiga saiz 4, gewang suspending 3 inci ini merupakan pilihan terbaik untuk balingan yang jauh serta aksi meracaunya dengan getaran frekuensi tinggi.
Gewang ini menyelam sekitar 3 kaki dan dihasilkan dengan variasi warna Royal Chrome hingga ke Foxy Mama.
Jackall Lures TN/70
Gewang ini datang dengan ballast luaran daripada tungsten yang menstabilkan posisi renangannya walaupun dalam keadaan karauan perlahan, laju atau berhenti.
Gewang ini juga dikatakan antara gewang killer dalam kelasnya. Dengan panjang sekitar 2.8 inci, gewang ini datang dengan variasi warna tradisional dan paten ghost.
LiveTarget Yearling Baitball Rattlebait
Direka untuk menyerupai kawanan ikan kecil, rattlebait unik ini dihasilkan dalam 2 saiz, di mana setiap satu profil agak berbeza.
Model 3 inci lebih menyerupai rekaan rattlebait tanpa bibir yang biasa manakala versi 2½ inci pula mempunyai rekaan perut yang lebih besar.
Livingston : Pro Ripper
Livingston mengeluarkan model Pro Ripper dengan dilengkapi teknologi yang dinamakan Electronic Baitfish Sound atau EBS. Kesannya, gewang ini menghasilkan aksi goyangan menarik serta bunyi gemerincing mimik ikan yang ketakutan.
Sistem EBS membuatkan gewang ini cukup berkesan pada keadaan turbiditi tinggi atau keruh.
Rapala : Rippin’ Rap
Rippin’ Rap daripada Rapala ini mempunyai aksi yang agresif, getaran yang berfrekuensi tinggi dan jatuhan yang lembut.
Gewang ini mampu di manipulasi dalam pelbagai jenis kelajuan karauan.
Dihasilkan dalam 3 saiz dan pilihan 12 warna, gewang ini dilengkapi dengan mata VMC, set mata 3D, tekstur sisik pada badannya serta sistem rattle multi-BB.
Diperkenalkan pada tahun 2014, Ruckus direka untuk lebih menarik perhatian ikan pemangsa.
Hasilnya gewang ini dilengkapi dengan sistem ratlle dual-frequency yang memberikan nada bunyi gemerincing yang tinggi dan rendah bergantung kepada karauan.
Gewang 3 inci dilengkapi dengan mata tiga daripada black-nickel Big Bite.
Sebile : Flatt Shad
Calon gewang tanpa bibir yang unik, Flatt Shad mempunyai rekaan bahagian perut yang agak bulat dan pusat graviti yang rendah lantas membuatkannya beraksi dengan baik dalam banyak variasi kelajuan.
Gewang ini tidak menghasilkan bunyi namun mampu menjadi antara gewang killer.
Terdapat dalam variasi sinking, extra heavy dan suspending dengan pilihan warna yang banyak.
SPRO : Aruku Shad
Direka oleh pemancing bass legenda Roland Martin, Aruku Shad beraksi dengan posterior kepalanya ke bawah membuatkannya menggoda pemangsa di dasar.
Dengan kemasan warna menyerupai ikan sebenar, gewang ini dilengkapi dengan tekstur sisik dan mata 3D serta mata daripada Gamakatsu.
Storm : Rockin’ Shad
Rockin’ Shad daripada Storm ini mempunyai rekaan agak gemuk dan kepala yang rata serta badan yang agak tebal.
Gewang ini dilengkapi dengan sistem dalaman multi-ball rattle yang menghasilkan aksi sonik.
Dijual dengan padanan mata 3D hologram dan mata daripada VMC. Terdapat dalam 15 pilihan warna.
Strike King : Red Eye Shad
Antara kegemaran pemancing kompetitif Kevin Van Dam, Red Eye Shad unggul di kawasan berumput dan berstruktur yang dalam.
KVD menyukai gewang ini kerana goyangan ketika jatuhan dan aksi ketika twitch dan karauan rip-pause. Dilengkapi dengan mata VMC, mata 3D dan aksi free-floating rattles.
XCalibur : One Knocker Xrk
Jika kebanyakan gewang rattle menghasilkan bunyi gemerincing yang bising, One Knocker Xrk pula agak berlainan ritmanya.
Dengan tungsten tunggal, gewang ini menghasilkan nada ritma think-thunk-thunk dari kejauhan atau sayup.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...