Selain umpan, teknik gaya persembahan umpan juga penting untuk pancingan kolam air tawar. Kalau salah pilih teknik perambut, boleh kumpau jadinya. Jadi, saya nak kongsikan satu teknik yang paling senang, paling menjimatkan umpan tetapi paling jarang mengecewakan.
Hanya dari segi hasil & saiz ikan yang berjaya didaratkan agak pelbagai. Adakala dapat besar, ada masa kecil. Dari segi spesies pula biasanya patin, pacu & patin Chaophraya la yang biasa makan. Itu pula bergantung pada setting umpan korang macam mana.
Cara-cara nak ikat perambut gantung
Perambut
Ambil tali perambut yang korang suka berkekuatan 20-50lb bergantung kepada saiz ikan yang korang target.
Buat dalam 1 depa hingga 3 depa bergantung pada kedalaman kolam tu macam mana. Lepas tu bahagikan sama panjang dan buat satu simpulan drooper loop.
Kalau tak tau nak buat drooper loop, korang boleh buat carian dalam website umpan ni ada tutorial siap video lagi.
Batu ladung
Ikat la batu ladung ikut saiz dan bentuk yang korang berkenan. Batu ladung memainkan peranan dalam menanam (menggantung) umpan korang dan juga jarak balingan umpan. Batu ladung yang terlalu ringan akan menyebab umpan korang timbul.
Perambut mata kail
Hujung perambut gantung satu lagi korang ikat la mata kail. Terlebih dahulu saya suka buat sambungan perambut dengan tali sulam dengan teknik ikatan improved Albright. Tali sulam berkekuatan 50lb yang disulamkan sikit lebihan talinya.
Umpan
Bancuh la roti dadu dengan umpan pilihan korang. Sebelum cucuk roti dadu pada mata kail, korang cucuk dulu marshmellow melepasi mata kail. Tujuan marshmellow ini untuk mengapungkan lagi umpan.