Bukan senang untuk menjayakan sesuatu trip memancing hari ini. Lebih-lebih lagi trip memancing yang memakan masa panjang dan kedudukan padang pancing pula beratus batu jauhnya.

 

Untuk melangsungkan trip seorang diri, sudah tentulah tidak semua pemancing yang mampu. Jadi, untuk menampungkan kos trip, ia perlulah dilangsungkan secara beramai-ramai.

 

Apabila hari kejadian, tahu-tahu ada ada rakan (ahli trip) yang menarik diri. Tidak kiralah sama ada beritahu lebih awal atau lebih parah lagi tidak beritahu langsung. Dan pemancing yang bersikap sebegini sebenarnya bukan sedikit.

 

Cara Nak Akal Kaki Kansel Trip

 

Di sini, kami kumpulkan jawapan dan penyelesaian para netizen bagi berhadapan dengan manusia-manusia yang suka kansel trip suka-suka hati mereka saja.

 

“Kalau aku senang je. Dia buat banyak kali pun tak apa. Kemudian minta dia arrange satu trip. Tak perlu trip ribu riban harga dia, cukup cecah seribu sudahlah. Kemudian pada hari kejadian, pakat semua tarik diri. Baru dia ada akal!”

– Mie Nandrek

 

“Masuk aje nama terus kena bayar full. Tak ada booking nama pakai air liur je… no money no talk! Banyak lagi kaki pancing nak join.”

– Saipul Bahari

 

Cara Nak Akal Kaki Kansel Trip

 

Ads

“Sekali buat perangai macam tu, tanpa alasan munasabah (contoh alasan, anak sakit masuk hospital) terus dibuang dari geng. Tidak akan diajak lagi sampai bila-bila. Sila pergi cari komplot lain.”

– Mohd Faizal Moin

 

“Team kami amal macam ni.. kalau last minute cancel, kena bayar tambang full jugak. Alhamdulillah team bagi kerjasama. Saya sendiri dah dua kali last minute kansel. Hasil pancing tetap dapat walaupun tak turun.”

– Jaih Zaraki

 

“Disarankan penganjur minta deposit sekurang-kurangnya 50% dan deposit hangus jika tarik diri saat akhir tanpa pengganti. Dalam soal ni penganjur kena tegas. Kalau penganjur sanggup payung takpe la.”

– Weslley Melina

 

Cara Nak Akal Kaki Kansel Trip

 

“Senang saja. Tengok alasan dia dulu. Kalau munasabah okey, boleh terima. Kalau tak munasabah, jawabnya lain kali minta terus bayaran penuh dari dia, baru isi nama. Kalau dia nak tarik diri jugak, Alhamdulillah….”

Ads

– Nazri Rahim

 

“Ya… memang ada orang macam ni. Cara mendidik, kita atur satu trip lepas tu kita kansel last minit pulak. Tu je ubat dia, bagi ada akal sikit.”

– Mohd Afiz Mustapa

 

“Tengok dulu apa sebabnya dia kancel. Kalau takde sebab, next trip semua hasil tangkapan kita bahagi sama-sama kecuali bahagian dia je jangan kasi… hehe.”

– Wi Zu Rai

 

Cara Nak Akal Kaki Kansel Trip

 

“Sabar je la. Kadang-kadang ada hal yang tidak dapat dielakkan. Jadi teruskan aktiviti. Tapi kalau kerana dia semua trip kansel… sebat pakai joran, sorang sepuluh kali.”

– Azman Apot

Ads

 

“Tengok dulu alasan dia… logik ke tak logik. Kalau alasan dia bini tak bagi, suruh dia mintak cerai…! memang ramai yang kansel sebab takut bini. Puikkk!”

– Pak Tam

 

“Kali pertama kansel kita terima. kali kedua kansel terima lagi. kali ketiga kalau dia ikut… tolak dia kat tengah laut. Settle satu masalah kawan yang tak guna! Tak jadi kawan pun takpe la kalau ada orang camni.”

– Danish Bangkok

 

Cara Nak Akal Kaki Kansel Trip

 

“Aku salah seorang daripada yang kansel last minute. Bapak masuk hospital dan anak lelaki patah kaki. Cukup tak alasan ni? Hehe… sori la kawan-kawan. Bukan disengajakan tu.”

– Jas Kiddin

 

“Paling haprak dah la tak join trip… lepas tu minta refund pulak. Memang dajei betul! Ishhh… geram pulok rasanya eh.”

– Fauzan Yaacob

 

“Memang pernah kena dan kami ada cara tersendiri untuk mendidiknya. Caranya kita orang asyik bercerita dalam grup pasal trip memancing yang dia tak pergi tu. Lama-lama dia malu sendiri dan keluar grup… hahaha. Korang boleh try guna kaedah ni.”

– Rahmat Ismail

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI